Friday, February 27, 2009

Public Mutual terima Anugerah Dana Islam

Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR 15 Mei - Public Mutual Bhd. (Public Mutual), anak syarikat milik penuh Public Bank hari ini menerima Anugerah Dana Islam Failaka kategori Pengurus Dana Terbaik di Asia 2008 daripada penasihat Failaka.

Anugerah Dana Failaka Islam ini diwujudkan oleh penasihat Failaka yang diiktiraf sebagai peneraju dalam penyelidikan dana Islam.Ia merupakan tanda aras bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan dana Islam dan melambangkan puncak kejayaan untuk pemenang-pemenang anugerahnya.Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Penasihat Failaka, A. Mark J. Symth kepada beliau pada Majlis Makan Malam Anugerah Tahunan Public Mutual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Hong Piow berkata, ini merupakan kali kedua Public Mutual menerima anugerah tersebut dan beliau amat bangga dengan pengiktirafan antarabangsa itu.''Anugerah ini mempamerkan komitmen Public Mutual yang sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada para pemegang unitnya.''Anugerah ini adalah hasil kerjasama kesemua ahli lembaga pengarah, badan pengurusan, kakitangan, pasukan agensi dan pemegang-pemegang unit Public Mutual atas semangat mereka yang membantu Public Mutual mencapai kecemerlangan ini," katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 62 dana untuk lebih 1,800,000 pemegang akaun. Sementara itu, Symth berkata, Public Mutual menunjukkan prestasi konsisten dalam menguruskan dana-dana berlandaskan Syariah dan ini terbukti dalam pulangan dana-dananya. Pada majlis ini, Public Mutual turut memberi penghargaan kepada kakitangan yang melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang 2007.Antara mereka ialah Steven Lim, Grace Loo, Adi Sasteria Nurputra, Joseph Chan Yew Hong, Hismazaitul Azmy dan S. Ramachandran P. Seevaratnam.
sekian.

No comments: