Tuesday, February 17, 2009

Insurans kepada TAKAFUL.

Insurans,, Siapa yang tidak tahu. Hampir kita semua telah melanggan insurans, dan yang paling hampir semua kita telah melanggan Insurans kenderaan samada kereta ataupun motorsikal. Sedia maklum, ada yang sudah mengatahui akan hukum sebenar insurans yang telah di tegah dalam Islam. Namun masih ada yang tak endah dalam larangan ini. Untuk mengatatahui lebih lanjut, kita lihat di mana silapnya sistem Insurans konventional yang ada di pasaran sekarang!!
Konsep asal Insurans meliputi suatu sistem yang bercorak koperatif yang berlandaskan satu perjanjian antara satu kumpulan manusia yang sama-sama bersetuju memikul sistem ini, supaya sama-sama memikul apa juga beban akibat bencana atau musibah yang menimpa salah seorang daripada mereka yang berada dalam kolompok itu. Individu di dalam kumpulan ini juga berkongsi menyumbang wang bagi mengatasi bencana ataupun membayar pampasan kerana ditimpa bencana tersebut. Namun demikian, sistem ini secara kerasnya di haramkan untuk dilanggan oleh umat Islam kerana terdapat beberapa unsur yang di larang oleh Al- Quran dan Hadis. Di mana, elemen yang dimaksudkan ini ialah Gharar, Maisir dan Riba.
Pertama, Gharar merupakan sesuatu benda yang tidak di ketahui atau tidak pasti wujud dalam polisi insurans nyawa dan juga polisi insurans am (umum). Hal ini berlaku kerana faktor "ketidakpastian" menjadi perkara utama dalam kontrak polisi insurans. Di mana, dalam Islam perkara ini mestilah sesuatu yang jelas dan nyata. Dalam urusan insurans konventional, pemegang polisi bersetuju membayar sejumlah premium dan sebagai balasan syarikat Insurans menjamin untuk membayar sejumlah wang pampasan sekiranya berlaku kecelakaan. Walaubagaimanapun, pemegang polisi tidak dijelaskan kaedah, sumber dan jumlah wang yang dibayar oleh syarikat Insurans kepadanya. Selain itu, gharar juga wujud apabila berlaku ketidakadilan atau kesamaan dalam perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Keadaan ini wujud dalam polisi Insurans nyawa dan Insurans Am sistem konventional. Sebagai contoh, pemegang insurans akan kehilangan premiumnya sekiranya mereka berhenti menjadi ahli sebelum mencapai tempoh layak mendapat apa yang di panggil "cash sureender value". Begitu juga dengan pemegang polisi am di mana kelebihan akan memihak kepada Syarikat Insurans kerana apabila berlaku pembatalan polisi dalam jangka pendek. anda ngerti???
Kedua, Maisir atau perjudian merupakan kesinambungan kepada konsep ketidakpastian. Sebagai contoh, seseorang yang mengambil polisi Insurans akan membayar sejumlah premium dengan harapan bayaran bayaran yang besar akan diterima oleh keluarganya jika dia meninggal dunia. Selain itu, pengambilan polisi juga tidak mengatahui seumber dan cara mana wang yang dibayar kepada penerima faedah diperoleh.
Ketiga, unsur riba pula wujud dalam sistem Insurans konventional kerana syarikat akan berjanji untuk membayar pulangan yang tetap keatas wang yang dicarumkan oleh pemegang polisi tersebut. sebagai contohnya, sekiranya anda melabur dalam sistem Insurans konventional, syarikat Insurans akan memberikan peratusan keatas jumlah premium anda.
Oleh sebab adanya faktor-faktor yang dilarang oleh Islam, maka umat Islam yang menjalani kehidupan di muka bumi ini yang beriman kepada Allah S.W.T adalah diTEGAH sekeras-kerasnya untuk menjadi pelanggan kepada sistem Insurans Konventional. Oleh yang demikian, beralihlah kepada sistem TAKAFUL yang memenuhi kehendak peraturan Syriat. Di Malaysia, sudah banyak syarikat Takaful yang menjalankan perniagaanya.
Akhir sekali, nasihatku, kembalilah kepada sistem yang di benarkan oleh agama. Tukarlah insurans anda segera kepada TAKAFUL seperti Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia dan BSN Prundential Takaful.
Sekian,

No comments: