Monday, July 20, 2009

Public Bank catat untung bersih RM1.2 bilion

PUBLIC Bank Bhd mencatat keuntungan bersih RM1.2 bilion bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2009 berbanding RM1.3 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Dalam tempoh kajian, bank ketiga terbesar tempatan berdasarkan aset itu, merekodkan pendapatan sebanyak RM4.78 bilion berbanding RM5.15 bilion sebelumnya. Pengerusinya, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata keuntungan bersih itu diraih selepas mengambil kira pembayaran sagu hati berjumlah RM200 juta susulan jalinan perikatan strategi dengan ING Asia-Pacific Ltd Januari lalu bagi tujuan pengedaran produk bancassurance di rantau ini.

Katanya, tidak termasuk pembayaran sagu hati berkenaan, keuntungan operasi bersih kumpulan mengukuh sebanyak tiga peratus berbanding tempoh sama 2008. "Ia dicapai walaupun berdepan persekitaran operasi mencabar dan kesan negatif ke atas margin faedah bersih akibat pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) antara November 2008 dan Februari 2009 berjumlah 1.5 peratus," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek pada taklimat media keputusan kewangan kumpulan perbankan itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Operasinya, Leong Kwok Nyem.

Bagi suku kewangan kedua berakhir 30 Jun 2009, keuntungan bersih Public Bank meningkat kepada RM610.74 juta daripada RM593.54 juta sebelumnya, manakala pendapatan susut sedikit kepada RM2.35 bilion daripada RM2.52 bilion. Tay berkata, jumlah pinjaman kasar kumpulan meningkat 7.2 peratus pada separuh pertama tahun ini, manakala kualiti aset pula kekal kukuh dengan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) bersih berada di bawah paras satu peratus. Beliau berkata, buat kali pertama jumlah aset kumpulan melepasi paras RM200 bilion, iaitu RM204 bilion setakat akhir Jun 2009. Jumlah pinjaman dan pendahuluan pula, mengukuh RM8.7 bilion atau 7.2 peratus kepada RM129.4 bilion, mengatasi dengan ketara industri perbankan iaitu 1.2 peratus bagi tempoh lima bulan pertama 2009.

"Pinjaman bagi pembiayaan kediaman, kenderaan penumpang dan perniagaan kecil dan sederhana, menyumbang 77 peratus daripada jumlah pinjaman RM129.4 bilion setakat akhir Jun. "Deposit pengguna menambah 11.5 peratus dalam enam bulan pertama 2009 kepada RM125.3 bilion berbanding industri perbankan iaitu 2.9 peratus dalam tempoh lima bulan pertama 2009," katanya. Sementara itu, Tay berkata, kumpulan menjangka dapat mencapai sasaran pertumbuhan pinjaman 14 hingga 15 peratus bagi 2009. Katanya, pertumbuhan pinjaman itu dijangka disokong oleh permintaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peningkatan dalam pinjaman perumahan. "Kami menjangka dapat mencapai sasaran ini berdasarkan kepada prestasi separuh pertama," katanya. Mengenai prospek masa depan, beliau berkata meskipun ekonomi yang perlahan, industri perbankan di Malaysia terus berdaya tahan, disokong oleh permodalannya yang kukuh, kualiti aset stabil dan amalan pengurusan risiko bertambah baik.
Justeru itu, kumpulan meneruskan strategi pertumbuhan perniagaan organik yang kukuh serta mengekalkan portfolio pinjaman berkualiti tinggi dan menambah baik produktiviti, katanya. "Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, kumpulan menjangka terus mencatatkan prestasi memuaskan bagi baki tempoh selebihnya 2009," katanya.
P/s: Sebagai Perunding Unit Amanah di Public Mutual Berhad, saya amat merasa bangga dan menjadi sebahagian ahli family Public Bank. Tahniah atas kejayaan Public Bank Berhad, sekaligus memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur di luar sana. Teruskan kejayaan untuk kebaikan bersama.

Declaration of distribution For the financial year ending 30 June 2009

We are pleased to inform that we will be declaring a Final Gross Distribution of 2.50 sen per unit to unitholders of Public Islamic Money Market Fund, who remain in the Register as at 30 June 2009.

Kindly take note of the following:
(i) The net distribution and tax credit per unit for the final distribution will only be determined once our auditors, Ernst & Young, have finalised the accounts. Unitholders will be notified of the net final distribution and tax credit through the Tax Voucher.

(ii) For unitholders who opt for distribution reinvestment, the final distribution will be reinvested at NAV per unit, computed at the close of the first business day following the distribution date. No service charge will be imposed on distribution reinvestment.

(iii) The Tax Voucher (including the distribution cheque), Annual Statement
and Annual Report will be despatched to unitholders by 31 August 2009.
Regards,
TPF/YKY/mi
cc : Chief Executive Officer
All Departmental