Sunday, September 20, 2009

Bagaimana mendapat UNTUNG dalam pelaburan Amanah Saham (Public Mutual)

Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan Unit trust beroperasi dan apa strategic yang patut untuk keuntungan yang maksima.

Strategik yang utama dan paling popular dikalangan para pelabur ialah – Beli semasa harga murah dan Jual pada harga Mahal. Walaupun dari tahun ketahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategic ini patut digunakan dalam membuat keputusan pelaburan.

Persoalannya sekarang, bila masa pula harga unit amanah ini murah? Jawapannya, pertama unit amanah akan murah pada harga permulaan (yang baru launching iaitu pada kadar RM 0.25 seunit). Kedua, bila mana berlaku masalah kegawatan ekonomi serantau. Masalah ini berlaku di pada kebiasaannya di Malaysia pada anggaran setiap 10 tahun. Bermakna, Di Malaysia pernah berlaku pada sekitar tahun 1990, kemudian 1998 dan kini 2008. Pada masa tersebut, harga seunti unit amanah akan jatuh pada kadar yang terendah malah boleh jatuh pada harga launching (RM0.25).

Oleh yang demikian, bila mana berlaku keadaan ini, para pelabur seharusnya mengambil peluang untuk membeli sebanyak mana unit amanah berdasarkan kemampuan untuk mendapat unit yang lebih.

Saya mengambil contoh:

Membeli semasa harga Murah
Melabur RM 100,000 pada 20 Jan 2009 ke dalam dana Public China Ittikal Fund(PCIF) dengan matlamat mencapai keutungan pada jangka masa yang singkat.

Pengiraan:
Jumlah duit yang dilaburkan: RM 100,000.00
Harga jualan seunit: RM 0.1406
Profail dana : Agresif
Service Charge : 5.5%
Jumlah pegangan unit : RM 100,000 – (5.5% X RM 100,000) / RM 0.1406 = 672,119.49 unit.

Jual Pada harga semasa mahal

Harga Unit saham pada 12 Jun 2009: RM 0.1896
Nilai pelaburan sekarang: 672,119.49 X RM 0.1896 = RM 127, 433.86
Jumlah keuntugan(profit): RM 27,433.86
Tempoh : 6 bulan
Peratusan keuntugan (%): 27.43%

Pengiraan di atas adalah merujuk kepada harga yang sebanar pada tarikh tersebut. Ini bermakana anda boleh mendapat pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Berdanding pelaburan ASB, ASN, ASW dan sebagainya yang hanya memberi pulangan purata dalam 6- 9% SETAHUN. Dalam Public Mutual anda sudah boleh mendapat keuntugan 27.43 % hanya dalam masa 6 bulan sahaja walaupun ekonomi yang merundum pada ketika ini.

Oleh yang demikian, ini menunjukan bahawa strategic Beli semasa harga murah dan jual pada harga mahal adalah sangat berkesan untuk pelaburan jangka masa singkat, sederhana dan panjang.

Maka itu, pada masa kini, harga seuit saham adalah adalah sangat murah, gunakan lah peluang ini untuk memenuhi matlamat pelaburan anda.

Untuk maklumat selanjutnya atau sebarang nasihat mengenai strategic pelaburan anda hubungilah saya di talian 013-829 1013.

Sekian.