Tuesday, February 17, 2009

Potensi Unit Amanah terus dikembangkan.

POTENSI mengembangkan industri unit amanah sebagai instrumen pelaburan berdaya maju amat besar memandangkan jumlah tabungan individu yang tinggi dan masih belum digunakan. Kerajaan akan terus memudahkan pembangunan dan pertumbuhan industri unit amanah secara teratur tetapi industri itu perlu meningkatkan kapasiti dan keupayaan merebut peluang dari potensi pertumbuhan unit amanah untuk menggalakkan pelaburan dalam unit amanah.Kadar tabungan negara adalah tinggi sebanyak 37.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kumpulan aset boleh dilabur pula melebihi RM750 bilion pada akhir tahun 2005.
Selain itu, deposit tabungan individu dengan institusi perbankan juga tinggi.Malaysia juga mempunyai tahap penembusan unit amanah yang rendah berbanding negara yang telah membangun dan industri unit amanah harus mengambil usaha yang berterusan untuk merangsang minat pelabur dalam unit amanah sebagai alternatif pelaburan pilihan. Industri unit amanah juga mesti terus menawarkan produk yang inovatif dan berdaya saing untuk menggalakkan pelabur memindah simpanan kepada pelaburan unit amanah.
Syarikat pengurusan unit amanah juga harus menerima dan mengamalkan piawaian profesionalisme yang tinggi, terutamanya oleh kakitangan jualan mereka untuk memupuk keyakinan pelabur terhadap industri unit amanah. Mereka perlu menyediakan perkhidmatan yang cekap dan kos efektif serta selalu berusaha memastikan pulangan maksimum bagi pelaburan pelanggan mengikut piawaian dan amalan berhemat, katanya.
Kerajaan pula katanya akan terus menumpukan usaha bagi menjamin perkembangan industri unit amanah dalam persekitaran yang dikawal selia dengan baik serta memberi penekanan kepada perlindungan pelabur.Beberapa langkah telah diambil untuk menggalakkan pembangunan industri amanah seperti pengenalan produk baru, liberalisasi, perluasan penyertaan pasaran, pengurangan tempoh masa ke pasaran dan peningkatan perlindungan pelabur.
Kerajaan akan terus memudahkan pembangunan dan pertumbuhan industri unit amanah secara teratur, namun industri unit amanah sendiri mesti terus meningkatkan kapasiti dan keupayaannya bagi merebut peluang daripada potensi pertumbuhan unit amanah untuk menggalakkan pelaburan dalam unit amanah, katanya.
Sekian.

No comments: