Tuesday, February 17, 2009

Pencarum jangan ghairah guna skim pengeluaran KWSP


Bukan suatu yang pelik apabila wang KWSP yang disimpan sejak muda hingga bersara, dalam masa yang singkat boleh habis begitu sahaja. Daripada angan- angan untuk merasa nikmat menjadi orang kaya, ia juga mampu mengubah kita bertukar menjadi miskin.


Daripada penyelidikan KWSP, 60 peratus wang pesara dihabiskan dalam tempoh tiga dan empat tahun sahaja selepas dikeluarkan. Sedangkan jangka hayat rakyat negara ini sekarang boleh mencecah hingga usia 75 tahun.Wang simpanan daripada 23 peratus gaji bulanan pekerja itu sewajarnya diperuntukkan untuk faedah diri pencarum sendiri apabila tidak bekerja lagi pada masa tua. Bagaimanapun ada pencarum yang menggunakan wang KWSP mereka untuk anak-anak seperti membeli motosikal dan mengadakan majlis perkahwinan, menyebabkan wang mereka habis begitu sahaja.


Apabila wang habis, anak-anak tidak mahu menjaga mereka lalu terpaksa pula minta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.Jika demikian aliran pengurusan kewangan majoriti pesara yang berumur 55 tahun bagi sektor swasta dan 56 tahun (sektor awam), bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan untuk 20 tahun lagi. Ini ditambah lagi dengan kos barangan keperluan dan kesihatan yang kian meningkat. Semua ini terletak pada diri pencarum, baik yang berumur muda ataupun masuk ke pintu persaraan untuk beringat-ingat sebelum menyesal kemudian hari. Hakikatnya sejak beberapa tahun ini banyak godaan supaya pencarum mengeluarkan wang simpanan hari tua mereka. Wujudnya skim pengeluaran untuk bayaran pendahuluan dan baki pinjaman perumahan, skim pengeluaran pendidikan dan kesihatan.


KWSP memang bermurah hati memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka tetapi ada yang menyalahgunakannya.Pemikiran masyarakat pencarum negara kita mudah dibaca. Jika wujud kemudahan pengeluaran wang KWSP, seboleh-boleh mereka akan melakukannya walaupun keperluannya tidak mendesak.Banyak alasan boleh diberikan misalnya untuk mengurangkan beban hutang ataupun beban kewangan lain yang seharusnya perlu diselesaikan tanpa mengharapkan wang KWSP.


Pencarum perlu tanya mengenai kemampuan diri sebelum memilih sama ada mengeluarkan wang caruman untuk skim pengeluaran yang disediakan atau biar sahaja disimpan untuk kegunaan masa selepas bersara kelak.Dalam keadaan usia warga emas, seseorang pencarum memerlukan sumber kewangan. Tetapi bagi golongan yang malas berfikir tentang takdirnya di hari tua, pengeluaran daripada KWSP merupakan jalan singkat dan terbaik untuk mencari penyelesaian. Mereka mudah lupa, biasanya institusi-institusi kewangan berada dalam keadaan sukar untuk memberikan pinjaman kepada mereka yang telah berumur.


Bagi golongan berpendapatan tinggi penggunaan wang KWSP untuk tujuan itu tidak begitu dirasai berbanding golongan berpendapatan rendah. Oleh kerana banyak godaan pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP sekarang, kita mengharapkan satu skim seumpama skim pencen sektor awam diperkenalkan untuk pekerja swasta.Kita tertanya-tanya mengenai cadangan kerajaan untuk mewujudkan Pelan Pencen Swasta yang pernah dikemukakan pada 2005. Bilakah ia dapat dilaksanakan?


Namun sebelum ia difikirkan semula oleh kerajaan, 11 juta pencarum KWSP mesti menyedari wang caruman merupakan untuk simpanan hari tua mereka, oleh itu janganlah ghairah untuk mengeluarkan wang itu sekarang. Namun langkah yang terbaik adalah mengoptimumkan tabung KWSP anda ialah melalui pelaburan Unit Amanah. Di Public Mutual Berhad PMB (anak syarikat Public Bank) seramai lebih 1.8 juta pemegang akaun Public Mutual telah bermanfaat dari pengalaman dan kepakaran PMB dalam pengurusan dana selama 30 tahun. Berilah satu alternatif kepada anda sendiri untuk mempelbagaikan tabung simpanan persaraan anda.


* Tahukan anda bahawa anda dibenarkan melabur 20% daripada baki yang melebihi simpana asas yang anda perlukan dalam akaun 1 untuk pelaburan dalam unit amanah.

Sekian.

No comments: