Tuesday, February 17, 2009

Rancangan Kewangan Peribadi

Dewasa ini, setiap kita semestinya mempunyai impian kehidupan yang lengkap dan sempurna. Kita impikan satu kehidupan yang serba mewah yang dilengkapi oleh sebuah rumah banglo yang dalamnya lengkap dengan pelbagai bentuk perabot serta sebuah kereta mewah. Malah kita juga impikan sebuah kehidupan yang mewah selepas pencen atau bersara kelak. Hatta kita juga impikan pendidikan anak-anak supaya dewasa kelak dapat belajar sehingga ke peringkat yang tertinggi. Bagaimana sebuah impian itu kita jadikan kenyataan? Sebuah kehidupan yang serba mewah ini dapat kita jadikan kenyataan? Hanya dengan berbekalkan sebuah kehidupan yang serba kurang pada masa kini. Dengan kerja makan gaji dan pendapatan bulan hanya sekitar RM 1000 ke RM 2000. Mampukah kita capai impian itu?
Tidak mustahil, setiap perkara yang kita impikan itu ada jalan penyelesaiannya. Bak kata pepatah melayu “di mana ada kemahuan di situ ada jalan” impian ini semestinya mempunyai jalan penyelesaiannya. Bagaimana? Caranya hanya mudah, anda hanya merancang sebaik-baiknya kewangan peribadi anda. Bagaimana perancangan kewangan yang sistematik?
Asasnya sangat mudah, anda hanya perlu membuat satu perancagan kewangan peribadi yang sempurna. Hal ini kerana, semua penyelesaian yang anda impikan tadi itu akan tercapai sengan adanya cash ataupun tunai yang banyak untuk membeli perkara yang anda idamankan. Maka sebab itu anda pelu tanamkan sifat menabung pada setiap bulan untuk impian yang anda idamkan? “ Tapi masalahnya “gaji bulanan saya tidak cukup untuk menyimpan” Maka itu anda perlu membuat perancangan keawangan peribadi anda mulai sekarang!Apa yang dikatakan Racangan Kewangan Peribadi (RKP)?RKP merupakan konsep yang luas berteraskan keperluan dan objektif kewanagan anda. RKP juga merupakan proses bersepadu yang terdiri daripada lima bentuk perancangan iaitu;

*Pengurusan Tunai.
*Pengurusan Risiko dan Perancangan Insurans/ Takaful.
*Perancangan Pelaburan.
*Perancangan Cukai
*Perancangan Persaraan dan Estet.
Di mana lima perancangan ini dapat membantu anda menguruskan;
*Melindumgi asset anda daripada kesan inflasi.
*Memastikan pendapatan anda mencukupi apabila diperlukan.
*Menyediakan garis panduan tentang objektif belanjawan anda samada jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
*Menambah baik kehidupan gaya hidup anda masa kini dan masa depan.
*Membantu anda dengan “tidak perlu risau” tentang kedukan kewangan anda.
Pengurusan Tunai.
Pengurusan tunai atau belanjawan amat penting kerana ia membolehkan seseorang individu untuk menganalisis jumlah pendapatan berbanding perbelanjaannya, mengenal pasti perbelanjaan yang penting dan yang tidak penting serta jumlah yang boleh diketepikan untuk simpanan. Jika anda ingin menyimpan lebih banyak, anda boleh mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting atau menangguhkan perbelanjaan tersebut. Maka sebab itu, anda perlu disiplin dalam membuat simpanan bulanan. Di mana simpanan ini pelbagai cara yang anda boleh lakukan bergantung pada kemampuan dan matlmat simpanan anda.
Pengurusan Risiko dan Perancagan Insurans / Takaful
Pengurusan Risiko dan Perancangan Insurans / Takaful, merupakan proses mengenal pasti punca dan takat risiko kerugian kewangan , fizikal dan peribadi seseorang dan merangka strategik untuk menguruskan pendedahan kepada risiko dan meminimumkan kemungkinan dan jumlah kerugian yang mungin alami tanpa di duga.Perancangan pelaburanPerancangan pelaburan merupakan satu proses menentukan cara untuk melabur asset semasa dan simpanan masa depan berdasarkan kepada matlamat kewangan jangka pendek dan panjang, kedudukan kewangan semasa dan ketahanan terhadap risiko anda. Rancangan pelaburan yang baik mampu mengenal pasti matlamat , jumlah dalam Ringgit yang akan diperoleh dan jangka masa bagi mencapai matlamat tersebut Selepas matlamat, jumlah dalam ringgit dan jangka masa yang dipilih , Instrumen kewangan yang sesuai perlu dibeli dan menyokong matlamat tersebut. Kebanyakan rancangan pelaburan di Malaysia biasanya dibuat untuk perancangan persaraaan, pendididkan anak-anak, dan juga untuk mengumpul kekayaan. Kesuaian tersbut boleh rujuk kepada artikel diatas (Enam Cara Untuk Menukar Simpanan Menjadi Pelaburan).

Perancangan Cukai
Perancangan Cukai pendapatan boleh ditakrif sebagai pembagunan dan pelaksaan strategic yang sesuai untuk mengurangkan, mempengaruhi pengaturan masa dan mengalihkan sama ada tangunggan cukai pendapatan semasa mahupun masa depan. Strategik yang disyorkan bukan sahaja berdasarkan kepentingan cukai itu sendiri, tetapi juga berdasarkan matlamat kewangan keseluruhan anda.
Perancangan Persaraan dan Estet.
Pada dasarnya, perancangan persaraan adalah suatu rancangan yang membolehkan fasa terakhir anda, iaitu apabila bersara anda ditampung oleh simpanan, pelaburan, dan pendapatan pasif. Secara mudah, perancangan estet pula adalah satu kaedah bagi menentukan cara untuk mengagihkan aset seseorang semasa hayatnya dan apabila dia meninggal dunia. Ia adalah proses merangka dan melaksanakan satu pelan induk yang memudahkan pengagihan asset selepas kematian dan kehendak anda.

Kesimpulannya, Perancagan Kewangan Peribadi dapat membentuk anda daripada belenggu hutang yang terlalu banyak, pendapatan yang defisit, masalah rumahtangga, dan kemiskinan. Namun segenap lapisan masyarakat sering pandang remeh dan merasakan bukan suatu keperluan pada diri sendiri. Adakah anda sudah cukup yakin bahawa kemampuan anda pada hari ini sudah cukup untuk menapung kehidupan masa hadapan anda. Perlu ingat kadar inflasi yang semakin meningkat mungkin akan merosakan masa hadapan anda.

Sekian.

No comments: