SAHAM Amanah
adalah satu skim pelaburan yang mengumpul wang daripada sejumlah besar pelabur berkongsi matlamat kewangan yang sama. Di mana, dana yang dikumpulkan itu kemudian diuruskan sekumpulan pengurus professional yang melabur wang berkenaan ke dalam instrumen pelabur terutama di pasaran saham atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan bagi mencapai pelaburan dana berkenaan. Memandangkan pasaran saham semasa kurang cergas, sudah tentu pulangan daripada pelabur saham amanah yang dilaburkan dalam instrumen itu tidak memberikan pulangan seperti yang diharapkan. Namun, adakah berdasarkan keadaan itu kita harus berhenti melabur dalam saham amanah?
Dalam soal ini, Pengurus dana menasihatkan pelabur supaya tidak melihat kepada factor itu kerana pada pandangan mereka, tidak kira sama ada keadaan pasaran saham cergas atau tidak, peluang melabur dalam saham amanah sentiasa terbuka kerana ia adalah suatu pelaburan bermatlamat jangka panjang. Sudah tentu ia adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh pelabur kerana peluang sentiasa terbuka di pasaran saham amanah.
Pelabur perlu sentiasa ingat bahawa pelaburan dalam saham amanah adalah untuk jangka panjang. Justeru itu, para pelabur tidak boleh mengharapkan pulangan serta merta iaitu sebaik sahaja pasaran pulih. Jika anda mengharapkan pulangan dalam masa enam bulan, jawapannya TIDAK!. Ia mesti lama daripada itu. Tetapi jika jangka masa pelaburan anda adalah untuk jangka panjang misalnya lima tahun, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk membeli unit amanah kerana harga unit adalah sangat murah. Misalnya, bagi dana Public ITTIKAL pada 2007 pernah mencatatkan harga seunit RM1.20, kini harga tersebut hanya dalam lingkungan RM0.60 sahaja. Oleh yang demikian, masa sekarang adalah masa yang paling TERBAIK untuk membeli, dan peluang ini berlaku hanya sekali dalam masa lingkugan 10 tahun.
Dimana, orang ramai boleh menggunakan caruman KWSP untuk tujuan pelaburan. Bagusnya skim ini kerana wang hanya boleh digunakan semata-mata bagi tujuan pelaburan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan membeli perkara lain.
Selain daripada skim KWSP, pelabur juga boleh membuat pelaburan menerusi simpanan berkala secara tetap daripada potongan gaji ataupun potongan melalui akaun. Di mana anada boleh membuat potongan tetap beberapa ratus ringgit daripada gaji bulanan anda untuk dimasukkan kedalam program saham amanah.
Perkara ini memerlukan disiplin, jika tidak mempunyai banyak wang. Cukuplah dengan mulakan hanya RM100 sebulan atau untuk mendapatkan pulangan yang tinggi laburkan RM 500 sebulan untuk membeli unit saham amanah yang baik mengikut kemampuan masing-masing.Perkara yang perlu anda ambil perhatian juga, orang ramai seharusnya memulakan pelaburan saham amanah seawal yang mungkin, sebaiknya ketika baru memasuki alam pekerjaan.
Sebagai kesimpulannya, jangan biarkan diri anda menyesal di kemudian hari nanti berikutan kekangan masalah kewangan sekiranya tidak memulakan dari sekarang. Perancangan Kewangan boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan yang anda inginkan. ANDA masih belum terlambat.
Sekian..
Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkaitan pelaburan unit saham amanah.
Nasruddin Abdullah : 013-8291013
Email : nasruddinabdullah@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment