Wednesday, March 11, 2009

Perkembangan PCIF

Tempoh kewangan bawah kajian meliputi tempoh dari permulaannya pada 10 Disember 2007 (yakni hari terakhir tempoh tawaran awal) hingga 30 November 2008. Dalam tempoh kewangan bawah kajian, pasaran ekuiti China yang diukur oleh Penanda Aras Public Dana China Ittikal (PCIF atau Dana) jatuh sebanyak 47.72%.
Kebimbangan mengenai ekonomi A.S. yang lembap menyebabkan pasaran serantau menjejak semula menjelang akhir 2007. Pasaran serantau lega lagi pada suku 1 2008 berikutan jualan turun dalam pasaran global dan serantau akibat kebimbangan berterusan mengenai isugadaian sub-prima di A.S. Saham China “H” yang disenaraikan di Hong Kong juga jatuh disebabkan kebimbangan mengenai inflasi yang semakin meningkat di China.
Walau bagaimanapun, langkah Rizab Persekutuan A.S. menyuntik kecairan ke dalam pasaran kredit membantu memulihkan pasaran serantau sedikit sebelum berundur disebabkan kebimbangan terhadap inflasi yang meningkat pada suku 2 2008. Walaupun terdapat kemerosotan dalam harga tenaga pada suku 3 2008, pasaran serantau terus menjejak semula menjelang akhir tempoh kewangan bawah kajian disebabkan kesan buruk krisis sub-prima A.S. terhadap institusi kewangan global.
PCIF mencatatkan pulangan sebanyak -43.24% pada purata pendedahan ekuiti patuh Syariah sebanyak 82.63% dan mencatatkan prestasi yang lebih baik daripada pulangan Penanda Aras sebanyak -47.72% untuk tempoh bawah kajian. Portfolio ekuiti patuh Syariah Dana mencatatkan pulangan sebanyak -50.95% manakala portfolio sukuk dan pasaran wang Islam masing-masing meningkat sebanyak +0.12% dan +3.40% dalam tempoh kewangan bawah kajian.
Analisis penyebab prestasi terperinci disediakan di bahagian-bahagian berikutnya. Sejak permulaan Dana pada 10 Disember 2007 hingga 30 November 2008, Dana mencatatkan pulangan sebanyak -43.24% yang lebih baik daripada pulangan Penanda Aras sebanyak -47.72% dalam tempoh yang sama. Sejak pelancarannya, Dana mula mengukuhkan portfolio pelaburan patuh Syariah di rantau Tanah Besar China dan pasaran tempatan. Oleh demikian, Pengurus berpendapat bahawa Dana ini berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai objektifnya untuk menyediakan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam portfolio patuh Syariah di rantau Tanah Besar China dan bakinya di pasaran tempatan
Rujukan: Annual Report PCIF 30/11/2008

No comments: