Friday, February 27, 2009

Public Mutual terima Anugerah Dana Islam

Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR 15 Mei - Public Mutual Bhd. (Public Mutual), anak syarikat milik penuh Public Bank hari ini menerima Anugerah Dana Islam Failaka kategori Pengurus Dana Terbaik di Asia 2008 daripada penasihat Failaka.

Anugerah Dana Failaka Islam ini diwujudkan oleh penasihat Failaka yang diiktiraf sebagai peneraju dalam penyelidikan dana Islam.Ia merupakan tanda aras bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan dana Islam dan melambangkan puncak kejayaan untuk pemenang-pemenang anugerahnya.Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Penasihat Failaka, A. Mark J. Symth kepada beliau pada Majlis Makan Malam Anugerah Tahunan Public Mutual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Hong Piow berkata, ini merupakan kali kedua Public Mutual menerima anugerah tersebut dan beliau amat bangga dengan pengiktirafan antarabangsa itu.''Anugerah ini mempamerkan komitmen Public Mutual yang sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada para pemegang unitnya.''Anugerah ini adalah hasil kerjasama kesemua ahli lembaga pengarah, badan pengurusan, kakitangan, pasukan agensi dan pemegang-pemegang unit Public Mutual atas semangat mereka yang membantu Public Mutual mencapai kecemerlangan ini," katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 62 dana untuk lebih 1,800,000 pemegang akaun. Sementara itu, Symth berkata, Public Mutual menunjukkan prestasi konsisten dalam menguruskan dana-dana berlandaskan Syariah dan ini terbukti dalam pulangan dana-dananya. Pada majlis ini, Public Mutual turut memberi penghargaan kepada kakitangan yang melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang 2007.Antara mereka ialah Steven Lim, Grace Loo, Adi Sasteria Nurputra, Joseph Chan Yew Hong, Hismazaitul Azmy dan S. Ramachandran P. Seevaratnam.
sekian.

Pelepasan cukai pelabur dana amanah persaraan.

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Persekutuan Pengurus-Pengurus Saham Amanah Malaysia (FMUTM) berharap kerajaan akan menawarkan pelepasan cukai kepada pelabur unit amanah persaraan dan mengurangkan had layak melabur untuk pencarum KWSP.


Presiden FMUTM Tunku Datuk Ya'acob Tunku Abdullah berkata, langkah itu, selain mengembangkan industri unit amanah tempatan, ia juga dapat membantu pencarum yang bersara menikmati kehidupan lebih baik.


``Berdasarkan kajian FMUTM, sekiranya seseorang itu berkerja dengan gaji sebanyak RM2,000 sebulan, beliau mengambil masa selama 19 tahun untuk layak melabur dengan skim pelaburan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).


``Bayangkan singkatnya masa yang ada selama 16 tahun menjelang persaraan, biarpun seseorang itu mula berkerja pada usia sekitar 20 tahun, kata beliau selepas melancarkan sistem maklumat pelaburan melalui internet FMUTM atau bernilai hampir RM1 juta di sini hari ini.


Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Eksekutif FMUTM Kathy Tan dan juga Naib Presiden FMUTM, Paul Low.


Pada masa ini, para pencarum KWSP hanya layak melabur dalam dana-dana amanah di bawah skim pelaburan firma dana pencen itu dari 20 peratus berdasarkan baki asas mengikut umur kelayakan.


Sambil mengakui pelaburan dalam unit amanah juga berisiko tetapi menawarkan pulangan tinggi, beliau berkata, pencarum juga tidak boleh mengharapkan caruman KWSP sahaja untuk menampung persaraan mereka kerana ia tidak mencukupi.


Tunku Ya'acob berkata, golongan muda patut dibenarkan menyertai skim itu lebih awal kerana mereka juga kurang melabur apabila mula berkeluarga.


Beliau juga menambah, pemberian insentif dan liberalisasi industri dana pencen akan membantu industri unit amanah berkembang dan tumbuh untuk menyokong ekonomi negara seperti mana industri dana pencen di Amerika Syarikat.


Tunku Ya'acob berkata, pada masa ini hanya 3 peratus daripada dana KWSP dilaburkan dalam industri unit amanah tempatan.


Mengulas perkembangan industri unit amanah, beliau berkata, industri itu terus mengalami pertumbuhan positif.


``Industri ini terus berada dalam kedudukan untuk mencapai sasaran nilai aset bersih sebanyak 40 peratus daripada permodalan Bursa Malaysia pada tahun 2020,'' kata beliau.


Sehingga 30 Jun 2004, terdapat 36 buah syarikat pengurus unit amanah beroperasi dengan dana yang diluluskan berjumlah 273 buah manakala saiz dana yang diluluskan 203.87 bilion unit dan unit dalam edaran 106.12 bilion.


Mengenai cadangan penjualan unit amanah secara dalam talian yang cuba diperkenalkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tunku Ya'acob berkata, FMUTM telah memberikan maklum balas yang positif kepada SC.


``Perkara itu juga sedang dibincangkan oleh para pemain dalam industri unit amanah tempatan,'' kata beliau. Mengulas mengenai i3, Tunku Ya'acob, berkata, sistem itu menawarkan maklumat awam mengenai industri unit amanah termasuk harga unit, selain menentu sahkan penggiat dalam industri berkenaan dan menyelesaikan operasi belakang FMUTM.

Thursday, February 26, 2009

Bendung Inflasi

Apa bah itu INFLASI?
Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Dasar Kewangan (Monetary Policy)

Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)
Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.

Pentadbiran

i. Menggalakkan Persaingan
Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.

ii.Memperbalki Sisterm Pengangkutan
Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.

iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan
Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

KEMPEN ANTI-INFLASI DI SELURUH NEGARA
Kerajaan menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi. Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga mencapai tahap sifar. Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya:

· membeli barang buatan Malaysia
· mengelakkan pembelian tidak dirancang
· membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan
· menggalakkan berjimat cermat dan menabung (cth; Pelaburan dlm unit amanah)
sila klik : http://nashijarah.blogspot.com/2009/02/benarkah-pelaburan-unit-amanah.html
· mengurangkan pernbelian menggunakan kad kredit
· elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga.
· menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

Kempen melalui media cetak dan elektronik ini adalah bertemakan "Inflasi Sifar Sasaran Kita".

Inflasi Sifar
Inflasi sifar bermakna sesuatu keadaan di mana tidak berlaku apa-apa kenaikan pada Indeks Harga Pengguna tahun semasa berbanding dengan Indeks Harga Pengguna tahun asas. Dalam keadaan ini paras harga kekal dan tidak berubah bagi tempoh masa tertentu.

Takrifan Inflasi Sifar Dalam Kempen Anti Inflasi Kerajaan
Sementara itu inflasi sifar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaan mengekalkan paras harga bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan, pengangkutan bas, teksi, kos rumah murah, sewa rumah murah, utiliti dan sebagainya.

Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Inflasi
Pengguna mempunyai peranan yang penting dalam melawan inflasi. Dengan kebijaksaan yang ada, pengguna boleh mencorak semula perbelanjaan mereka sewaktu ekonomi berada dalam keadaan inflasi. Pengguna boleh mengurangkan paras perbelanjaan dengan berbelanja ke atas barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Pengguna tidak perlu mempunyai jangkaan inflasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, pengguna boleh juga mencari barangan atau perkhidmatan pengganti yang lebih murah harganya. Kempen Anti-Inflasi serta program-program yang lain bertujuan mendidik pengguna tentang hak-hak pengguna, tentang pengurusan ekonomi rumah tangga dan tentang bahaya inflasi. Nasihat kepada pengguna ialah sebelum berbelanja mereka haruslah:

· merancang perbelanjaan dan kewangan

· dapatkan nilai bagi wang

· elakkan perbelanjaan berlebihan
Sekian.

Wednesday, February 25, 2009

OPR: BNM kurangkan 50 mata asas

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengurangkan lagi Dasar Kadar Semalaman (OPR), penanda aras utama kadar faedah, sebanyak 50 mata asas kepada dua peratus.

Dengan pengumuman itu, kadar tertinggi dan terendah pergerakan OPR masing-masing diturunkan kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Ini merupakan kali kedua BNM mengumumkan penurunan OPR selepas 20 Januari lalu yang menyaksikan pengurangan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 2.50 peratus.

Pada masa sama, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Keperluan Rizab Berkanun (SRR) juga diturunkan daripada dua peratus kepada satu peratus mulai 1 Mac ini bertujuan untuk mengurangkan lagi kos pengantaraan.

BNM berkata, persekitaran ekonomi dan kewangan antarabangsa bertambah buruk pada suku tahun baru-baru ini.

Katannya, ekonomi negara perindustrian utama sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang semakin teruk, manakala pertumbuhan ekonomi negara serantau pula menjadi perlahan dengan ketara.

Aktiviti perdagangan, pengeluaran dan pelaburan di rantau Asia telah terjejas dengan ketara akibat kemerosotan mendadak permintaan global.

''Kemelut pasaran kewangan antarabangsa juga semakin berlarutan walaupun banyak negara telah melaksanakan langkah-langkah rangsangan untuk menangani kelembapan ekonomi, hasil yang diharapkan masih belum dicapai,'' kata Bank Pusat.

BNM berkata, risiko terhadap prospek ekonomi global yang lebih rendah juga semakin meningkat.

Tambahnya, akibat daripada itu ekonomi Malaysia telah terjejas dengan ketara oleh perkembangan global.

''Eksport dan pengeluaran perindustrian negara telah menguncup dengan nyata, sementara aktiviti pelaburan swasta menjadi semakin perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila perusahaan perniagaan bertindak untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.

''Sentimen pengguna turut terjejas oleh keadaan pasaran pekerja yang semakin lemah. ''Oleh itu, keadaan ekonomi dalam negeri dijangka terus mencabar dalam suku-suku yang akan datang atas sebab kemelesetan ekonomi global dijangka berlarutan,'' kata BNM.

Katanya, sungguhpun perkembangan tersebut meningkatkan risiko kemerosotan ekonomi negara pada tahun ini, prospek pemulihan ekonomi kekal teguh apabila keadaan global menjadi stabil, kerana negara tidak menanggung beban hutang yang tinggi.

Di samping itu, ia mempunyai sistem kewangan yang kukuh dan kedudukan luaran yang memuaskan, tambahnya. Dengan trend inflasi yang menurun, kata BNM, dasar makroekonomi akan dijuruskan ke arah menyokong permintaan dalam negeri sehingga ekonomi global menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Langkah-langkah tambahan akan diperkenalkan olehnya bagi memastikan akses kepada pembiayaan akan berterusan dan kesan kelembapan ekonomi terhadap golongan tertentu yang terjejas akan dapat dikurangkan, katanya lagi.
sekian

Tuesday, February 24, 2009

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) lebih aktif di Sabah

Utusan Malayisa 24/02/09
SABAH 23 Feb. - Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB) yang baru memulakan operasinya di Sandakan, Sabah, mahu memainkan peranan aktif dalam meneroka pasaran ekuiti dan hutang untuk perniagaan dan industri domestik serta antarabangsa negeri itu.

Pengarah Urusannya, Datuk Zukri Samat berkata, matlamat tersebut seiring dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Sabah sebagai pusat pembangunan serantau di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Menurut beliau, bank itu sangat komited untuk memenuhi pertumbuhan serta kehendak produk dan perkhidmatan perbankan Islam di negeri tersebut.

''Kami telah mendapat maklum balas penduduk setempat yang mahukan perkhidmatan perbankan Islam penuh dan menyebabkan kami mengambil keputusan untuk membuka di Sandakan,'' katanya di sini.

Selain itu, dengan membantu menyediakan pasaran produk dan perkhidmatan Syariah, BIMB dapat memainkan peranan untuk meningkatkan matlamat kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam, tambah beliau.

Zukri berkata, dengan pembukaan cawangan baru itu, penduduk di Sandakan dijamin akan ditawarkan perkhidmatan progresif dan inovatif.

Beliau menambah, cawangan BIMB di Sandakan akan menawarkan perkhidmatan dan produk penuh Syariah kepada pelanggan individu dan usahawan, antaranya pembiayaan rumah, peribadi, kad kredit dan perkhidmatan pengurusan kekayaan.

Tambah Zukri, cawangan terbarunya itu juga dilengkapi dengan terminal perkhidmatan layan diri bagi kemudahan transaksi perbankan.

BIMB cawangan Sandakan itu terletak di Lot 1&2, Lot 23, Bandar Indah, Batu 4, Jalan Utara Sandakan dan beroperasi mulai pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat.

Dalam pada itu, Zukri berkata, BIMB yang kini memiliki dua juta pelanggan seluruh negara akan terus meluaskan operasinya khusus di bandar-bandar utama di negara ini.
sekian.

Friday, February 20, 2009

Masyarakat kita tidak komited rancang kewangan.

PERNAHKAH anda bertanya kepada diri sendiri bagaimana kehidupan yang bakal dilalui di hari tua? Sebaik bersara, adakah diri mampu untuk menyara hidup. Mungkin juga ramai yang menyimpan wang sebagai bekalan hari tua, namun adakah ia mencukupi bagi menampung hidup seterusnya apatah lagi untuk mengekalkan kehidupan serupa?
Persoalan itu jarang bermain di fikiran masyarakat terutama wanita. Sebabnya, ada yang menjangkakan anak-anak akan menjaga mereka apabila tua kelak. Namun, ramai pula beranggapan mereka boleh menjalani kehidupan selesa dengan bergantung harap semata-mata kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing. Masalahnya, menurut Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, Timothy Johnson, wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat.Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup. Jadi, sekiranya tiada perancangan kewangan kala muda maka akan timbul masalah di kemudian hari.
Persoalan ini berjaya dicungkil hasil soal selidik yang dilakukan Citibank Berhad ke atas 400 responden yang separuh daripadanya wanita. Jelas Johnson, wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas.Sebabnya, mereka lebih terdedah dengan isu tersebut daripada Internet, ibu bapa, rakan-rakan dan juga di sekolah. Masalahnya, mereka ini kurang memberi komitmen terhadap melaksanakan perancangan kewangan tersebut, namun kumpulan ini lebih bahagia dengan kehidupan mereka.Sedangkan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih menunjukkan komitmen dalam merancang kewangan, contohnya 52 peratus daripada mereka sudah membeli rumah dan 62 peratus lagi mempunyai insurans nyawa. Tetapi, hanya 21 peratus sahaja merancang untuk persaraan mereka. ‘‘Apa yang tambah menakutkan, sebanyak 41 peratus daripada wanita dalam kelompok 40 tahun ke atas itu turut mengakui bahawa jika mereka dibuang kerja, wang simpanan yang ada cuma mampu menampung kehidupan mereka setakat tiga bulan sahaja'‘Itu yang membimbangkan. Apatah lagi pada zaman sekarang ini. Jika dibuang kerja, sukar untuk mendapat kerja lain dalam waktu yang singkat, sedangkan wang simpanan hanya dapat bertahan tiga bulan,” katanya.
Justeru kata Johnson, wanita sepatutnya membuat senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan mereka terancang. Kesalahan yang selalu dilakukan wanita adalah meletakkan perancangan kewangan kepada suami atau pasangan. Atau pun mereka menyimpan untuk semua orang (suami, anak-anak dan keluarga) kecuali diri mereka sendiri.Sikap itu mungkin disebabkan anggapan bahawa anak-anak akan membantu atau menjaga ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun apa yang menghairankan, majoriti wanita yang ditemui tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaga mereka apabila tua kelak.
Soal selidik mendapati 70 peratus wanita dalam kumpulan 40 tahun ke atas tidak mengharapkan anak-anak menjaga mereka, namun kelompok usia 18 hingga 29 tahun masih menyatakan ia penting. Bagi golongan muda, mereka perlu menghulurkan bantuan walaupun ibu bapa tidak memerlukannya. ‘‘Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia, membantu ibu bapa adalah satu keperluan. Masalahnya, kita khuatir sikap itu mungkin tidak wujud lagi pada 20 tahun akan datang,” ujar Johnson. Sebaiknya, mulakan menabung bermula sekarang. Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurang 10 peratus daripada wang gaji. Pentingnya, wanita perlu menanam sifat ‘bayar’ diri sendiri dahulu sebelum memandang ke arah lain. Jelas Johnson lagi, ‘membayar’ diri sendiri bukan bermaksud memanjakan diri dengan membeli-belah atau barangan berjenama, tetapi menyimpan untuk hari tua. ‘‘Dalam merancang, mereka perlu mempunyai bajet. Jangan menunggu sehingga hujung bulan untuk membuat bajet diri, sebaliknya ia boleh dilakukan ketika ini. Apa yang perlu ditekankan adalah perbelanjaan mesti kurang daripada gaji yang diperoleh setiap bulan,” katanya.
Langkah pertama adalah senaraikan perbelanjaan anda setiap hari. Ia bagi memudahkan untuk diri membuat bajet bulanan kerana anda akan mengetahui ke mana wang disalurkan. Bercakap pula mengenai simpanan hari tua katanya, wanita perlu memikirkan tentang gaya hidup mereka selepas bersara. Sama ada mereka ingin mengekalkan gaya hidup yang sama atau tidak. Bagaimanapun, menyimpan hanya 10 peratus daripada gaji bulanan anda sebenarnya tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan serupa.‘‘Apa yang masyarakat tidak sedar adalah nilai wang berubah mengikut tahun. Sebab itu, wanita perlu merancang untuk hari tua mereka.” jelas Johnson.
Andai berasa sukar merancang kewangan yang dilihat rumit, wanita boleh mendapatkan khidmat perancang kewangan untuk membantu anda dalam pengurusan kewangan yang sistematik.
Sekian.

Wednesday, February 18, 2009

Public China Ittikal Fund (PCIF)


Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual Bhd. (Public Mutual) telah melancarkan dana Islam China pertamanya, Public Dana China Ittikal (PCIF). Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow berkata, dana tersebut akan dilaburkan di rantau China. ‘‘PCIF akan mengambil manfaat daripada prospek pertumbuhan yang kukuh di rantau tersebut,’’. PCIF ialah sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelaburan yang memenuhi kehendak Syariah.


Minimum 70 peratus nilai aset bersih (NAB) dana akan dilabur di rantau China iaitu di pasaran Hong Kong, China dan Taiwan. Harga terbitan/NAB PCIF ialah sebanyak RM0.2500 seunit yang di lancarkan pada 21 November 2007, namun setelah berlaku kemerosotan ekonomi global harga seunit PCIF kini dalam lingkugan RM0.14 seunit. Maka, bagi pelabur yang ingin keuntugan yang berlipat kali ganda dalam jangka masa sederhana dan panjang, dana ini adalah sesuai untuk anda. Rebutlah peluang ini segera sementara pasaran saham yang agak tidak menentu pada masa kini. Peluang ini jarang-jarang berlaku dalam pasaran saham. Menurut analisis, hanya berlaku setiap 10 tahun sekali.

Penurunan harga NAB merupakan peluang keemasan bagi pelabur merebut keuntugan yang berlipa kali ganda dalam jangka masa sederhana dan panjang.



Pelaburan permulaan minimum dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100. Hatta dana ini juga sesuai untuk pelan pendidikan anak anda yang masih berumur dibawah 10 tahun kebawah. Bagi mereka yang ingin maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Public Mutual yang berhampiran. Bagi mereka yang berada di Sandakan sila tinggalkan pesanan anda di ruangan mesej sebelah. tinggalkan no telefon anda.


sekian.

Rangka Pelan Pendidikan Anak anda sekarang.

Kos pendidikan tinggi yang semakin meningkat telah membimbangkan ramai ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka memperoleh pendidikan paling tinggi di institusi pengajian tinggi yang terbaik. Walaupun kerajaan menyediakan pinjaman atau biasiswa untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi, namun ibu bapa tidak boleh mengharap bantuan tersebut semata-mata. Ini kerana pertambahan pelajar dan saingan daripada segi keputusan peperiksaan, tidak memungkinkan kerajaan memenuhi semua lulusan sekolah menengah.


Justeru, ibu bapa perlu merancang dari awal bagi perbelanjaan pendidikan anak masing-masing supaya apabila tiba masanya, sumber untuk pembayaran yuran pengajian tidak menjadi masalah seperti menabung, membeli insurans pendidikan atau unit amanah. Sekarang dan beberapa tahun akan datang, dengan kerana kenaikan pelbagai barangan dan harga minyak, kita tidak boleh lagi menyimpan setakat puluhan ribu, sebaliknya telah menjangkau ratusan ribu ringgit, malah mungkin jutaan ringgit untuk membiayai pengajian dalam masa sekurang-kurangnya empat tahun di dalam dan luar negara.


Sehubungan itu, suatu pelan pendidikan tinggi yang terbaik perlu dicari dalam memberi perlindungan dan membiayai kos pendidikan tersebut. Maka dari itu, anda yang kini bergelar ibu-bapa kepada anak-anak anda perlu merangka satu pelan pendidikan untuk anak-anak anda. Jadilah ibu bapa yang prihatian terhadap anak anda pada masa depan mereka.


Public Mutual ada formula dan rumusan kearah pelan pendidikan anak-anak anda, hubungilah perunding unit amanah anda sekarang.


Sekian.

Unit Amanah Malaysia terbesar di Asia Tenggara

Industri unit amanah di negara merupakan yang terbesar di Asia Tenggara, menyumbang lebih 70 peratus kepada industri pengurusan pelaburan negara. Industri ini terus berkembang bagi tempoh enam bulan pertama 2008, berikutan pelancaran dana baru yang membawa kepada peningkatan bilangan unit dalam edaran. Sebanyak 35 dana baru telah diperkenal, menjadikan sejumlah 530 pada akhir bulan Jun ini. Pelabur terus melihat unit amanah sebagai instrumen pelaburan berdaya maju seperti yang digambarkan oleh pertumbuhan bilangan akaun dan unit dalam edaran sebanyak 14.4 peratus dan 10.7 peratus.
Segmen unit amanah Islam terus cergas dengan pelancaran lapan dana baru menjadikan keseluruhan 136, sementara nilai aset bersih (NAB) meningkat 6.6 peratus kepada RM18.0 bilion pada akhir Jun ini. Bagaimanapun, NAB keseluruhan industri unit amanah menurun 5.6 peratus kepada RM159 bilion, mewakili 17.7 peratus daripada nilai permodalan pasaran Bursa Malaysia pada akhir bulan Jun 2008 sejajar dengan penyusutan Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL)
Sekian.

Tuesday, February 17, 2009

Dana Amanah Islam terus popular

SEJAJAR dengan permintaan umat Islam yang menginginkan dana-dana yang mematuhi prinsip-prinsip syariah Islam, unit amanah Islam mula wujud di Malaysia sekitar tahun 90-an. Ianya dimulakan oleh sektor swasta melalui pengenalan Dana AmIttikal pada tahun 1993, dan Amanah Saham Bank Islam Tabung Pertama (kini dikenali sebagai ASBI Dana Al-Mubin ) pada tahun berikutnya. Sejak itu, unit amanah berasaskan prinsip Islam terus popular hingga kini dengan banyak dana-dana berlandaskan syariah dilancarkan oleh pengurus-pengurus dana di Malaysia.

Dana-dana Islam di Malaysia kini telah mencapai 85 buah, merangkumi jenis portfolio ekuiti, pasaran kewangan dan bon dengan nilai aset bersih (NAB) yang mencecah RM8.6 bilion. Walaupun jumlah ini cuma 8.4 peratus dari NAB industri, ia adalah satu pencapaian amat memberangsangkan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini dengan kadar pertumbuhan tahunan segmen unit amanah Islam ialah 26.6 peratus berbanding pertumbuhan 8.4 peratus keseluruhan industri.

Dana-dana Islam kini boleh dikatakan bukan lagi sekadar untuk menwujudkan pilihan bagi kelompok Islam sahaja apabila ia turut menarik minat sebahagian besar pelabur bukan Islam. Dilaporkan lebih separuh dari jumlah unit-unit amanah Islam yang ditawarkan ke pasaran telah dibeli oleh pelabur bukan Islam. Permintaan pasaran yang mantap terhadap produk kewangan Islam ini adalah kerana ia kini ialah pilihan pelaburan yang berdaya saing dengan pulangan yang dihasilkan adalah setara dan kadang-kala jauh lebih baik dari unit-unit konvensional.
Operasi dan Cara Fungsi

Umumnya operasi dan cara fungsi unit amanah Islam adalah mirip unit amanah konvensional yang telah berkembang sekian lama sejak seawal kurun ke 19. Yang membezakannya ialah jenis portfolio halal yang dipegang. Pengurusan dana-dana Islam turut dibezakan dengan peranan yang dimainkan oleh panel-panel syariah, yang senantiasa bekerjasama dengan pihak pengurus dalam membantu memastikan tindakan pelaburan dan pengurusan dana selaras dengan prinsip-prinsip syariah Islam.

Hubungan antara ketiga-tiga pihak ini dijelaskan melalui satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan, yang menggariskan tanggungjawab dan hak setiap pihak yang terlibat. Suratikatan ini juga turut menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan, serta bagaimana cara menentukan kadar bayaran yuran.

Operasi saham amanah dimulakan dengan hebahan prospektus setelah mendapat kelulusan dari pihak berwajib. Penawaran terhadap sesuatu dana pelaburan dibuat dan dibahagikan dalam bentuk unit-unit. Setiap unit adalah pecahan hakmilik pelaburan dalam portfolio pelaburan dana tersebut. Unit-unit amanah tersebut dijual oleh pihak pengurus dana secara terus atau melalui agen kepada para pelabur menerusi jual beli secara tunai.

Modal pelaburan dari para pelabur ini disalurkan melalui pengurus dana, di mana ia akan didepositkan ke dalam akaun bank pemegang amanah. Pengurus akan melaburkan wang dalam tabung dana ini ke dalam satu jenis atau kombinasi pelaburan terpilih yang mengandungi sama ada saham-saham, bob-bon dan instrumen-instrumen pasaran wang, atau kelas-kelas aset yang lain. Pengurus akan meminta pemegang amanah supaya membuat bayaran kepada broker-broker saham dan juga institusi kewangan bagi pelaburan yang dilakukan itu. Kesemua aset dan sekuriti yang dibeli akan didaftarkan di atas nama pemegang amanah. Langkah itu merupakan satu pelindungan daripada segi perundangan yang bertujuan memisahkan aset pengurus dengan aset dana unit amanah. Dengan kata lain, pengurus menyediakan kepakaran teknikal manakala pemegang amanah pula menjaga kesemua aset bagi pihak para pelabur.

Pengurus dana Islam hanya akan melabur tabung dana dalam portfolio pelaburan yang halal dan sebagaimana garis panduan panel syariah pengurusan dana, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan surat ikatan dana berkenaan. Kesemua pelaburan dan aktiviti dana unit amanah Islam akan diawasi oleh panel Syariah pihak pengurus dana. Panel Syariah ini turut menasihati dan mengawasi perjalanan syarikat dan dana dari aspek transaksi dan pengurusan agar ia selari dengan kehendak Syariah.

Apabila satu unit amanah itu dibeli, berlaku perkongsian pemilikan aset dana antara pelabur dan masing-masing layak untuk menikmati sebarang manfaat yang bakal dihasilkan oleh dana. Kebiasaannya pada setiap akhir tahun kewangan dana, akan terdapat pulangan pelaburan unit amanah dalam bentuk agihan pendapatan tahunan yang sama rata kepada setiap unit setelah ditolak perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan. Agihan pendapatan ini dibuat secara tunai, atau dalam bentuk unit-unit tambahan


Sekian.

Potensi Unit Amanah terus dikembangkan.

POTENSI mengembangkan industri unit amanah sebagai instrumen pelaburan berdaya maju amat besar memandangkan jumlah tabungan individu yang tinggi dan masih belum digunakan. Kerajaan akan terus memudahkan pembangunan dan pertumbuhan industri unit amanah secara teratur tetapi industri itu perlu meningkatkan kapasiti dan keupayaan merebut peluang dari potensi pertumbuhan unit amanah untuk menggalakkan pelaburan dalam unit amanah.Kadar tabungan negara adalah tinggi sebanyak 37.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kumpulan aset boleh dilabur pula melebihi RM750 bilion pada akhir tahun 2005.
Selain itu, deposit tabungan individu dengan institusi perbankan juga tinggi.Malaysia juga mempunyai tahap penembusan unit amanah yang rendah berbanding negara yang telah membangun dan industri unit amanah harus mengambil usaha yang berterusan untuk merangsang minat pelabur dalam unit amanah sebagai alternatif pelaburan pilihan. Industri unit amanah juga mesti terus menawarkan produk yang inovatif dan berdaya saing untuk menggalakkan pelabur memindah simpanan kepada pelaburan unit amanah.
Syarikat pengurusan unit amanah juga harus menerima dan mengamalkan piawaian profesionalisme yang tinggi, terutamanya oleh kakitangan jualan mereka untuk memupuk keyakinan pelabur terhadap industri unit amanah. Mereka perlu menyediakan perkhidmatan yang cekap dan kos efektif serta selalu berusaha memastikan pulangan maksimum bagi pelaburan pelanggan mengikut piawaian dan amalan berhemat, katanya.
Kerajaan pula katanya akan terus menumpukan usaha bagi menjamin perkembangan industri unit amanah dalam persekitaran yang dikawal selia dengan baik serta memberi penekanan kepada perlindungan pelabur.Beberapa langkah telah diambil untuk menggalakkan pembangunan industri amanah seperti pengenalan produk baru, liberalisasi, perluasan penyertaan pasaran, pengurangan tempoh masa ke pasaran dan peningkatan perlindungan pelabur.
Kerajaan akan terus memudahkan pembangunan dan pertumbuhan industri unit amanah secara teratur, namun industri unit amanah sendiri mesti terus meningkatkan kapasiti dan keupayaannya bagi merebut peluang daripada potensi pertumbuhan unit amanah untuk menggalakkan pelaburan dalam unit amanah, katanya.
Sekian.

Pencarum jangan ghairah guna skim pengeluaran KWSP


Bukan suatu yang pelik apabila wang KWSP yang disimpan sejak muda hingga bersara, dalam masa yang singkat boleh habis begitu sahaja. Daripada angan- angan untuk merasa nikmat menjadi orang kaya, ia juga mampu mengubah kita bertukar menjadi miskin.


Daripada penyelidikan KWSP, 60 peratus wang pesara dihabiskan dalam tempoh tiga dan empat tahun sahaja selepas dikeluarkan. Sedangkan jangka hayat rakyat negara ini sekarang boleh mencecah hingga usia 75 tahun.Wang simpanan daripada 23 peratus gaji bulanan pekerja itu sewajarnya diperuntukkan untuk faedah diri pencarum sendiri apabila tidak bekerja lagi pada masa tua. Bagaimanapun ada pencarum yang menggunakan wang KWSP mereka untuk anak-anak seperti membeli motosikal dan mengadakan majlis perkahwinan, menyebabkan wang mereka habis begitu sahaja.


Apabila wang habis, anak-anak tidak mahu menjaga mereka lalu terpaksa pula minta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.Jika demikian aliran pengurusan kewangan majoriti pesara yang berumur 55 tahun bagi sektor swasta dan 56 tahun (sektor awam), bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan untuk 20 tahun lagi. Ini ditambah lagi dengan kos barangan keperluan dan kesihatan yang kian meningkat. Semua ini terletak pada diri pencarum, baik yang berumur muda ataupun masuk ke pintu persaraan untuk beringat-ingat sebelum menyesal kemudian hari. Hakikatnya sejak beberapa tahun ini banyak godaan supaya pencarum mengeluarkan wang simpanan hari tua mereka. Wujudnya skim pengeluaran untuk bayaran pendahuluan dan baki pinjaman perumahan, skim pengeluaran pendidikan dan kesihatan.


KWSP memang bermurah hati memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka tetapi ada yang menyalahgunakannya.Pemikiran masyarakat pencarum negara kita mudah dibaca. Jika wujud kemudahan pengeluaran wang KWSP, seboleh-boleh mereka akan melakukannya walaupun keperluannya tidak mendesak.Banyak alasan boleh diberikan misalnya untuk mengurangkan beban hutang ataupun beban kewangan lain yang seharusnya perlu diselesaikan tanpa mengharapkan wang KWSP.


Pencarum perlu tanya mengenai kemampuan diri sebelum memilih sama ada mengeluarkan wang caruman untuk skim pengeluaran yang disediakan atau biar sahaja disimpan untuk kegunaan masa selepas bersara kelak.Dalam keadaan usia warga emas, seseorang pencarum memerlukan sumber kewangan. Tetapi bagi golongan yang malas berfikir tentang takdirnya di hari tua, pengeluaran daripada KWSP merupakan jalan singkat dan terbaik untuk mencari penyelesaian. Mereka mudah lupa, biasanya institusi-institusi kewangan berada dalam keadaan sukar untuk memberikan pinjaman kepada mereka yang telah berumur.


Bagi golongan berpendapatan tinggi penggunaan wang KWSP untuk tujuan itu tidak begitu dirasai berbanding golongan berpendapatan rendah. Oleh kerana banyak godaan pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP sekarang, kita mengharapkan satu skim seumpama skim pencen sektor awam diperkenalkan untuk pekerja swasta.Kita tertanya-tanya mengenai cadangan kerajaan untuk mewujudkan Pelan Pencen Swasta yang pernah dikemukakan pada 2005. Bilakah ia dapat dilaksanakan?


Namun sebelum ia difikirkan semula oleh kerajaan, 11 juta pencarum KWSP mesti menyedari wang caruman merupakan untuk simpanan hari tua mereka, oleh itu janganlah ghairah untuk mengeluarkan wang itu sekarang. Namun langkah yang terbaik adalah mengoptimumkan tabung KWSP anda ialah melalui pelaburan Unit Amanah. Di Public Mutual Berhad PMB (anak syarikat Public Bank) seramai lebih 1.8 juta pemegang akaun Public Mutual telah bermanfaat dari pengalaman dan kepakaran PMB dalam pengurusan dana selama 30 tahun. Berilah satu alternatif kepada anda sendiri untuk mempelbagaikan tabung simpanan persaraan anda.


* Tahukan anda bahawa anda dibenarkan melabur 20% daripada baki yang melebihi simpana asas yang anda perlukan dalam akaun 1 untuk pelaburan dalam unit amanah.

Sekian.

Benarkah pelaburan Unit Amanah pelaburan yang selamat?

Unit amanah adalah seperti pelaburan-pelaburan lain, di mana prestasi adalah ditentukan oleh keadaan pergerakan pasaran yang berubah-ubah. Bagi mengimbangi kesan kuasa dan ketidaktentuan pasaran, pengurus unit amanah selalunya mengamalkan kaedah meminimumkan risiko pelaburan dengan cara meluaskan tebaran risiko di mana komponen portfolio dana amanah adalah dipelbagaikan untuk meliputi serangkaian luas pelaburan aset dan corak pelaburan. Kepelbagaian kadang-kala meliputi campuran kelas- kelas aset seperti saham, bon-bon dan instrumen pasaran wang. Sekiranya terdapat sebarang kejatuhan aset tertentu, kenaikan harga dan nilai aset lain dapat menampung kerugian tersebut.

Patutkah saya menggunakan wang pinjaman dari institusi kewangan untuk menambah kuasa melabur?

Elok sekiranya kos meminjam adalah rendah. Namun ia boleh memberi masalah apabila kos meminjam meningkat berbanding pulangan dividen dan bonus yang diterima. Unit amanah sinonim sebagai satu skim tabungan jangka panjang, oleh itu tabungan yang konsisten secara bulanan atau suku tahunan adalah wajar, walaupun dalam jumlah yang kecil; “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Boleh jelaskan penggunaan harga belian/jualan dan ‘NAB’ yang tertera di media.

Harga yang dipaparkan ialah harga beli/jual bagi pihak pengurus dana kepada pemegang unit/pelabur seperti anda. Oleh itu, harga belian yang tertera (bid) ialah harga yang anda gunakan untuk menjual unit, manakala harga jualan (offer) ialah harga di mana anda membeli unit. Nilai Aset Bersih (NAB) ialah nilai kesemua aset dana ditolak keseluruhan tanggungan dana pada satu-satu masa penilaian , manakala NAB seunit pula ialah NAB dana itu yang dibahagi dengan jumlah bilangan unit dalam edaran pada masa penilaian. Angka ini penting kerana ia diguna sebagai panduan untuk menentukan harga belian dan jualan yang dikira setiap hari oleh Pengurus pada penutup hari perniagaan Bursa.

Apabila saya ingin menjual unit-unit pelaburan, adakah saya perlu menunggu sehingga wujud pelabur yang ingin membeli?

Tidak. Pengurus dana ialah pihak yang akan membeli semula unit-unit anda, mengikut terma dan syarat yang terkandung dalam prospektus sesuatu dana itu.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya pasaran saham menjunam?

Harga saham akan sentiasa turun atau naik kerana ini adalah lumrah pasaran, namun pada jangkamasa sederhana ke panjang ia akan naik. Anda tidak perlu lakukan apa-apa, harungi keadaan tersebut atau sekiranya berkemampuan tambah pelaburan sewaktu pasaran menampakkan kestabilan. Seperti yang sering disarankan, pelaburan unit amanah adalah untuk tempoh jangka sederhana/panjang.

Adakah dana bon Islam hanya pada nama? Saya berpendapat ia masih bersekongkol dengan riba’ kerana mendapat hasil coupon rate yang tetap.

Bon Islam ialah instrumen kategori sekuriti pendapatan tetap yang merujuk kepada pinjaman yang diberi oleh pembeli bon kepada pihak yang menerbitkannya. Konsep ini sama dengan operasi bon konvensional dimana peminjam akan mendapat bayaran berkala beserta keuntungan. Namun prinsip yang digunapakai ialah berlunaskan syariah dan kita mempunyai pelbagai pilihan cara terbitan seperti ‘Murabahah’, ‘Musyarakah’, ‘BBA Islamik’, ‘Bai Inah’, ‘Bai Al-Dayn’, ‘Sukuk Istisnaa’ ' dan ‘Sukuk Ijarah’. Penerangan tentang prinsip dan cara terbitan Bon Islam secara mendalam akan dibentang dalam siri akan datang.

sekian.

6 Cara Untuk Menukar Simpanan Menjadi Pelaburan

1. Akaun Simpanan.
Kelebihan
*Mudah dibuka dan dijaga.
*Keperluan minimum dan memang munasabah.
*Akses tunai adalah fleksibel.
Kekurangan;
*Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakan rancangan simpanan anda.
*Kadar Faedah yang agak rendah. Iaitu tidak melebihi daripada 1% setahun.
2.Deposit tetap.
Kelebihan;
* Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan (3 % -4% setahun)
* Wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan.
Kekurangan;
* Kadar faedah mungkin kurang daripada kadar inflasi. Contohnya, kadar inflasi sekarang ialah 8% sedangkan kadar bunga ialah 3.5 %. Maknanya, anda akan masih mengalami kerugian sekiranya memilih pelaburan cara ini.
* Pengeluaran kurang fleksible.
3. Harta tanah.
Kelebihan;
* Satu rancangan "simpanan-paksa" yang baik.
* Sebagai Lindung nilai yang baik untuk mencegah inflasi.
* Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi melambung.
Kekurangan:
* Untuk mula menyimpan memang sukar; kerana wang pendahuluan yang tinggi dan anda mestilah layak untuk mendapatkan pinjaman bank (min gaji bersih sebulan RM1500)
* Skim bayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksible.
* Tidak boleh segera ditukar kepada tunai. (sukar kalau ada emergency kes)
4. Insurans Hayat.
kelebihan;
* Satu alat simpanan serta perlindungan yang bermanfaat.
* Oleh sebab banyak polisi mengenakan penalti sekiranya menarik diri sebelum Insurans matang, maka ia bertindak sebagai makenisme untuk menggalakan simpanan.
* Terbukti sebagi rancangan "simpanan paksa" yang berkesan.
Kekurangan;
* Pulangan agak lebih rendah berbanding alat pelaburan jangka panjang yang lain.
* Kurang fleksibel.
5. Unit Amanah
Kelebihan;
* Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpanan yang buat simpanan kerap.
* Pulangan yang agak tinggi berbanding simpanan tetap. (Public Mutual antara 10%-25% setahun)
*Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan. (Public Mutual min RM 1 ribu)
* Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap.
* Manfaat diperoleh melalui purata kos dolar. (ada masa saya huraikan)portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan.
* Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa.
kekurangan;
* Terjejas akibat turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang tabung tersebut dilaburkan. (ttp bagi pelaburan jangka panjang keadaan ini tidak perlu dirisaukan)
6. Pasaran Saham.
Kelebihan;
* Lebih memberangsangkan dariapda akaun semasa.
* Boleh memberikan pulangan yang banyak apabila kena pada masanya.
Kekurangan;
* Anda perlukan jumlah wang yang agak besar untuk memasuki pasaran saham (min RM10 ribu)
* Bukan untuk penyimpanan biasa yang melabur cuma beberaa ratus ringgit sebulan.
*Anda memerlukan banyak maklumat pelaburan dan nasib yang baik untuk menguruskan sendiri palaburan anda dengan jayanya.
Kesimpulannya, anda boleh menilai sendiri bentuk pelaburan yang bersesuaian dengan kemampuan dan matlamat pelaburan anda. Rujuklah perunding kewangan anda.
Sekian.

Rancangan Kewangan Peribadi

Dewasa ini, setiap kita semestinya mempunyai impian kehidupan yang lengkap dan sempurna. Kita impikan satu kehidupan yang serba mewah yang dilengkapi oleh sebuah rumah banglo yang dalamnya lengkap dengan pelbagai bentuk perabot serta sebuah kereta mewah. Malah kita juga impikan sebuah kehidupan yang mewah selepas pencen atau bersara kelak. Hatta kita juga impikan pendidikan anak-anak supaya dewasa kelak dapat belajar sehingga ke peringkat yang tertinggi. Bagaimana sebuah impian itu kita jadikan kenyataan? Sebuah kehidupan yang serba mewah ini dapat kita jadikan kenyataan? Hanya dengan berbekalkan sebuah kehidupan yang serba kurang pada masa kini. Dengan kerja makan gaji dan pendapatan bulan hanya sekitar RM 1000 ke RM 2000. Mampukah kita capai impian itu?
Tidak mustahil, setiap perkara yang kita impikan itu ada jalan penyelesaiannya. Bak kata pepatah melayu “di mana ada kemahuan di situ ada jalan” impian ini semestinya mempunyai jalan penyelesaiannya. Bagaimana? Caranya hanya mudah, anda hanya merancang sebaik-baiknya kewangan peribadi anda. Bagaimana perancangan kewangan yang sistematik?
Asasnya sangat mudah, anda hanya perlu membuat satu perancagan kewangan peribadi yang sempurna. Hal ini kerana, semua penyelesaian yang anda impikan tadi itu akan tercapai sengan adanya cash ataupun tunai yang banyak untuk membeli perkara yang anda idamankan. Maka sebab itu anda pelu tanamkan sifat menabung pada setiap bulan untuk impian yang anda idamkan? “ Tapi masalahnya “gaji bulanan saya tidak cukup untuk menyimpan” Maka itu anda perlu membuat perancangan keawangan peribadi anda mulai sekarang!Apa yang dikatakan Racangan Kewangan Peribadi (RKP)?RKP merupakan konsep yang luas berteraskan keperluan dan objektif kewanagan anda. RKP juga merupakan proses bersepadu yang terdiri daripada lima bentuk perancangan iaitu;

*Pengurusan Tunai.
*Pengurusan Risiko dan Perancangan Insurans/ Takaful.
*Perancangan Pelaburan.
*Perancangan Cukai
*Perancangan Persaraan dan Estet.
Di mana lima perancangan ini dapat membantu anda menguruskan;
*Melindumgi asset anda daripada kesan inflasi.
*Memastikan pendapatan anda mencukupi apabila diperlukan.
*Menyediakan garis panduan tentang objektif belanjawan anda samada jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
*Menambah baik kehidupan gaya hidup anda masa kini dan masa depan.
*Membantu anda dengan “tidak perlu risau” tentang kedukan kewangan anda.
Pengurusan Tunai.
Pengurusan tunai atau belanjawan amat penting kerana ia membolehkan seseorang individu untuk menganalisis jumlah pendapatan berbanding perbelanjaannya, mengenal pasti perbelanjaan yang penting dan yang tidak penting serta jumlah yang boleh diketepikan untuk simpanan. Jika anda ingin menyimpan lebih banyak, anda boleh mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting atau menangguhkan perbelanjaan tersebut. Maka sebab itu, anda perlu disiplin dalam membuat simpanan bulanan. Di mana simpanan ini pelbagai cara yang anda boleh lakukan bergantung pada kemampuan dan matlmat simpanan anda.
Pengurusan Risiko dan Perancagan Insurans / Takaful
Pengurusan Risiko dan Perancangan Insurans / Takaful, merupakan proses mengenal pasti punca dan takat risiko kerugian kewangan , fizikal dan peribadi seseorang dan merangka strategik untuk menguruskan pendedahan kepada risiko dan meminimumkan kemungkinan dan jumlah kerugian yang mungin alami tanpa di duga.Perancangan pelaburanPerancangan pelaburan merupakan satu proses menentukan cara untuk melabur asset semasa dan simpanan masa depan berdasarkan kepada matlamat kewangan jangka pendek dan panjang, kedudukan kewangan semasa dan ketahanan terhadap risiko anda. Rancangan pelaburan yang baik mampu mengenal pasti matlamat , jumlah dalam Ringgit yang akan diperoleh dan jangka masa bagi mencapai matlamat tersebut Selepas matlamat, jumlah dalam ringgit dan jangka masa yang dipilih , Instrumen kewangan yang sesuai perlu dibeli dan menyokong matlamat tersebut. Kebanyakan rancangan pelaburan di Malaysia biasanya dibuat untuk perancangan persaraaan, pendididkan anak-anak, dan juga untuk mengumpul kekayaan. Kesuaian tersbut boleh rujuk kepada artikel diatas (Enam Cara Untuk Menukar Simpanan Menjadi Pelaburan).

Perancangan Cukai
Perancangan Cukai pendapatan boleh ditakrif sebagai pembagunan dan pelaksaan strategic yang sesuai untuk mengurangkan, mempengaruhi pengaturan masa dan mengalihkan sama ada tangunggan cukai pendapatan semasa mahupun masa depan. Strategik yang disyorkan bukan sahaja berdasarkan kepentingan cukai itu sendiri, tetapi juga berdasarkan matlamat kewangan keseluruhan anda.
Perancangan Persaraan dan Estet.
Pada dasarnya, perancangan persaraan adalah suatu rancangan yang membolehkan fasa terakhir anda, iaitu apabila bersara anda ditampung oleh simpanan, pelaburan, dan pendapatan pasif. Secara mudah, perancangan estet pula adalah satu kaedah bagi menentukan cara untuk mengagihkan aset seseorang semasa hayatnya dan apabila dia meninggal dunia. Ia adalah proses merangka dan melaksanakan satu pelan induk yang memudahkan pengagihan asset selepas kematian dan kehendak anda.

Kesimpulannya, Perancagan Kewangan Peribadi dapat membentuk anda daripada belenggu hutang yang terlalu banyak, pendapatan yang defisit, masalah rumahtangga, dan kemiskinan. Namun segenap lapisan masyarakat sering pandang remeh dan merasakan bukan suatu keperluan pada diri sendiri. Adakah anda sudah cukup yakin bahawa kemampuan anda pada hari ini sudah cukup untuk menapung kehidupan masa hadapan anda. Perlu ingat kadar inflasi yang semakin meningkat mungkin akan merosakan masa hadapan anda.

Sekian.

Perbankan Islam suatu perbandingan yang silap


Dewasa ini, hampir segenap pelusuk masyarakat terlibat dalam urusan riba dari segi membuat pinjaman di mana-mana Institusi Perbankan konventional. Sedangkan telah banyak Institusi Perbankan Islam yang telah wujud di negara kita. Hanya dengan alasan, bahawa sistem pembiyaian perbankan Islam adalah lebih mahal dan rumit, maka alasan ini membawa mereka kepada sistem perbankan konventional. Perlu diingat bahawa dalam satu hadis nabi S.A.W yang bermaksud lebih kurang sesiapa yang terlibat dalam urusan riba sama ada pemberi, penerima dan saksi kepada urusniaga riba maka perbuatan ini adalah berdosa di sisi Islam.Di mana Islam melarang pengikutnya memberi dan mengambil riba. larangan ini telah jelas dinyatakan di dalam Al Quran dan hadis-hadis. Namun masih ramai yang masih tidak memahami segi konsep pembiyaan Islam.
Hal ini kerana, kerap kali kita mendengar hiruk pikuk orang Islam membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank-bank islam dan kadar riba haram (interest) yang dikenakan oleh perbankan konvensional. Ikhlas saya katakan ia adalah satu perbandingan yang amat tidak benar dan tidak wajar. Perumapaan ini berupa apabila seorang lelaki berkata "Saya rasa kepimpinan George Bush ada persamaan dengan Nabi Muhammad dari sudut penguasaan ahlinya" Apa perasaan anda bila dibandingkan Nabi Muhammad s.a.w, seorang Rasul dan kekasih Allah dengan seorang manusia jahat seperti George Bush ?. Bagi yang sensitif perbandingan itu tidak wajar sama sekali dari sudut spiritual dan fizikal. Bagaimanapun, bagi yang sudah hampir mati spiritualnya, perbandingan itu dilihat wajar dan adil. Tindakan membandingkan apa yang ditawarkan oleh bank Islam dan bank Konvesnional adalah ternyata silap. Iaitu dari sudut :-
1) Spiritual ; kerana membandingkan perkara yang halal dan yang haram.
2) Fizikal ; kerana cuba membandingkan dua benda yang mempunyai bentuk yang berbeza.
Sebagai cuba membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank Islam dan kadar interest yang dikenakan oleh konvensional. Selain itu, kadar harga juga berbeza-beza mengikut lokasi rumah yang ingin dibeli, kemampuan pelanggan, peratusan pinjaman / pembiayaan yang dipohon (kadar bagi pinjaman 90 peratus adalah berbeza dari pinjaman 50 peratus dan 70 peratus), tempoh jangka pembiayaan dan banyak lagi. Sebarang perbandingan mestilah mengambil kira semua faktor itu sebelum ia dibuat. Perbandingan yang dibuat secara umum pasti akan menunjukkan kelemahan diri dalam ilmu perbandingan. Berikut adalah beberapa fakta yang menyebabkan dakwaan pinjaman perumahan bank konvensional lebih murah dari dalam perbankan Islam adalah silap dan tidak tepat sama sekali.
Pertama, perbandingan kiraan yang silap di mana, orang ramai tidak dapat memahami cara kiraan yang betul menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, perbankan Islam hanya mengenakan 7.5 peratus (tahun ketiga sehingga 30 sebagai contoh), ini bermakna kadar ini tidak akan bergerak hinggalah 30 tahun itu. Manakala apabila dilihat kepada pinjaman perumahan oleh produk konvensional, hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun pertama, tetapi bagi tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar peratusan BLR (Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas yang tidak tetap serta ditolak dengan 0.25 peratus sebagai contoh. Bagaimana apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10 peratus seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar faedah yang perlu dibayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam praktis bank Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam memberikan rebate (ibra') apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal. Perlu dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini daripada 6 peratus sehingga 6.75 peratus. Ia juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan ekonomi.
Ada pihak yang mendakwa kadar BLR sekiranya naik sekalipun ia tidak akan berpanjangan. Jika anda melihat statistik, kadar BLR melebihi 8 peratus bermula tahun 1995 sehingga 1998. Ini bermakna 36 bulan anda dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi. Ia mungkin mampu ditanggung oleh orang yang berada, tetapi tidak bagi orang yang sederhana dan mempunyai gaji yang sekadar cukup makan setiap bulan. Perlu diingat juga, jika dalam tempoh tersebut anda tidak boleh membayar, anda akan dikenakan penalti yang tinggi oleh Bank Konvensional dan jumlah pinjaman pokok akan bertambah menggunung. Tatkala itu kadar BLR yang telah jatuh semula tidak banyak memberikan manfaat, kerana tiga tahun kadar BLR tinggi itu telah menjadikan pembayaran anda selama ini seperti membuang duit di dalam sungai kerana ia akan menaikkan semula jumlah pinjaman pokok anda. Akan didedahkan selepas ini mengapa ia berlaku.
Ini bermakna, kenyataan yang menyebut perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi bagi dibayar oleh pelanggan adalah kenyataan yang tidak tepat dan tidak logik untuk diperbandingkan. Cuba lihat bagaimaan perbandingan boleh dibuat terhadap tawaran dua buah bank berikut :-
Bank Islam Malaysia Berhad (Islamic)
Tahun pertama : 2%
Tahun ke kedua : 4%
Tahun Ke 3 - ke 10 : 10%

Hong Leong Bank (konventional)
Tahun Pertama : BLR - 2.00% p.a. = ( 4.75 %)
Tahun Kedua : BLR - 2.00% p.a.
Tahun Ketiga : BLR - 2.00% p.a
Tahun seterusnya : BLR - 1.60% p.a.

Jika anda dapat melihat kedua-dua tawaran di atas, bagaimana mungkin anda boleh mengetahui yang mana satu lebih murah? Memang benar bank Islam menetapkan dari awal harga jualan rumahnya kepada pelanggan kerana ia adalah kewajiban dalam Syariah, kerana itu seseorang menyangka Bank Islam lebih mahal kerana menjual sebuah rumah berharga asal RM130 000 dengan harga RM260 000. Sedangkan, pemberitahuan harga begini memang diperlukan bagi sebuah transaksi Murabahah dan Al-Bai. Sebarang pembelian aset yang tidak diketahui harganya adalah diharamkan di dalam Islam seperti "Saya jual sofa ini kepada anda dengan harga bergantung kepada BLR. Minggu pertama BLR - 4 peratus, minggu kedua BLR - 3 peratus dan lain-lain" Transaksi jualan aset sebegini adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama silam dan terkini. Tahap haramnya bertambah tinggi apabila sebuah pinjaman dengan riba yang tidak diketahui pula jumlah bayaran semula yang dikenakan tatkala pinjaman dibuat. Ia adalah riba dan gharar. Yang jelas dalam hal di atas, perbandingan antara harga yang diletakkan oleh Bank Islam dan bank konvensional tidak boleh dibuat lagi kerana jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar kepada bank konvensional tidak akan dapat diketahui sehingga tempoh pinjaman anda tamat.
Perbandingan ini menjadi salah kerana Bank konvensional bergantung sepenuhnya kepada kadar BLR yang berubah-ubah. Bagaimana anda boleh membandingkan benda yang tiada dengan yang sudah ada. ? Kecuali jika individu tersebut tidak mempunyai pengetahuan tentang kewangan. Malangnya, kebanyakan umat Islam di Malaysia kelihatan berfikiran jangka pendek, mereka hanya melihat pembayaran di hadapan mata mereka tanpa melihat jauh ke hadapan berbelas tahun lagi. Ini menyebabkan mereka sering terperangkap dalam perbandingan yang silap.
Sebahagian individu yang tidak memahami konsep kiraan ini juga cuba mendabik dada sambil mendakwa kononnya terdapat bank-bank konvensional yang dapat menawarkan kadar tetap yang jauh lebih rendah dari bank-bank Islam kononnya. Ia juga sebenarnya perbandingan yang tidak sah dan tidak betul. Sebagai contoh dikatakan CIMB Konvensional memberikan fixed rate 5.25 peratus untuk pinjaman perumahan. Bagaimanapun jika anda membuka web CIMB Bank berhad, ia tercatat seperti berikut :-

3 years Fixed Rate1st - 3rd year : 5.25% Thereafter : BLR - 1.50%
5 years Fixed Rate1st - 5th year : 5.50% Thereafter : BLR - 1.50%
Bagaimana mungkin anda membandingkan antara carta kadar Bank Islam Malaysia berhad tadi dengan kadar CIMB ini . Ini kerana kadar fixed yang ditawarkan hanyalah antara 3 dan 5 tahun. Adapun, kadar yang ditawarkan oleh bank Islam mulai tahun ketiga hingga ke atas sehingga ke tahun ke-10 adalah hanya 7.0 peratus. Demikian juga halnya dengan dakwaan CITIBANK menawarkan kadar tetap begitu rendah iaitu 5.70 %, jauh lebih murah dari Bank-bank Islam. Bagaimanapun, anda sekali lagi tertipu jika mengganggap ia adalah kadar tetap bagi 30 tahun. Cuba anda lihat apa yang dicatatkan di web CITIBANK berikut:
* Terms and conditions apply. Loan Approval is subject to credit review. 5.70% fixed rate (no BLR) is for the first 3 years. Promotion is applicable for completed residential properties and for a limited time only. Preferred insurance Partner - ING
Jika anda faham, sudah tentu kadar yang ditawarkan oleh bank-bank islam lebih hebat. Pinjaman riba kadar tetap oleh syarikat Insuran.Tadi individu itu sibuk ingin membandingkan dengan bank, kini mereka cuba pula membandingkan tawaran dua buah syarikat Insuran yang menawarkan pinjaman perumahan dengan kadar tetap serendah 5.99 peratus selama 30 tahun dengan bank Islam ?. Ia juga bukan perbandingan yang betul kerana; pertama, ia adalah sebuah syarikat insuran. Perbandingan sebuah bank dengan syarikat insuran adalah tidak tepat kerana kedua-dua jenis syarikat (bank dan syarikat insuran) mempunyai perbezaaan yang terlalu banyak dalam hal operasi, kiraan risiko, 'liquidity' dan 'liability'. Ini menyebabkan perbandingan anda tersasar jauh. ia ibarat membandingkan pinjaman bank konvensional dengan pinjaman oleh rakan anda (bukan sebuah bank). Ia adalah dari dua sektor yang berbeza. Sebagaimana juga membandingkan pinjaman PTPTN yang serendah 3 peratus dengan pinjaman pendidikan dan peribadi yang ditawar oleh bank pada kadar 8 peratus.Malahan membandingkan pinjaman perumahan yang ditawar oleh bank konvensional dengan pinjaman perumahan oleh syarikat insuran juga tidak tepat. Ia kelas dan sektor yang berbeza.
Syarikat Insuran itu juga mewajibkan untuk mengambil insuran dengannya. Ini menyebabkan terdapat kos tambahan yang tidak termasuk dalam 5.99 peratus, tetapi termasuk dalam kiraan kontrak insuran pula. Majlis Fiqh Dunia telah memutuskan sebanyak 3 kali bahawa insuran konvensional adalah haram. bermakna sesiapa yng mengambil produk pinjaman perumahan dari syarikat insuran ini, terlibat dengan 'double' riba. Syarikat itu juga mengamalkan kiraan penalti secara 'compounding' yang masih akan membawa isu yang sama, iaitu pokok pinjaman akan bertambah sekiranya terdapat kegagalan pembayaran pinjaman. Syarikat Insuran dan bank-bank konvensional mengenakan 'commitment fee' iaitu yuran khas jika anda ingin menamatkan pinjaman anda dalam tempoh 5 tahun pertama. Ini menyebabkan tidak boleh menukar ke bank lain dalam tempoh tersebut kecuali membayar denda yang dinamakan 'yuran komitmen'. Di bank-bank Islam, Majlis Syariah dunia tidak membenarkan yuran komitemen ini dilaksanakan. Anda bebas untuk menukar pembiayaan ke bank lain tanpa sebarang denda. Demikian pelaksanaan oleh Hong Leong Islamic bank, RHB Islamic Bank dan Asian Finance Bank, Kuwait Finance house dan beberapa yang lain. Hasilnya, bank Islam masih tetap lebih hebat kerana halal dan terutamanya terdapat bank Islam yang menawarkan konsep fixed rate yang variable. Ia seperti penjelasan di bawah ini.
Kedua, kadar tetap Bank Islam boleh berubah menjadi murah. Satu fakta yang sering gagal difahami orang awam adalah terdapatnya beberapa buah bank Islam yang menawarkan kadar tetap pada 10 peratus, tetapi bayaran bulanannya anda bukannya 10 peratus, tetapi dilihat kepada Base Financing Rate (BFR) semasa, jika BFR adalah 6.0 peratus, maka pihak Bank Islam akan memberikan diskaun pada bulan tersebut sebanyak 4 peratus. Bank konvensional tiada kemudahan seperti ini. Jika kadar BFR meningkat melebihi 10 peratus, bank Islam tetap hanya akan mengambil 10 peratus juga, berbanding bank konvensional yang akan menaikkan kadar bayaran selari dengan BLR ke tahap berapa sekalipun. Kaedah ini telah disahkan halal oleh pelbagai Majlis Syariah bank-bank Islam di Malaysia dan Timur Tengah. Ia dinamakan produk Home Financing-i variable, produk sebegini ada ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank, Maybank Islamic Banking dan beberapa bank Islam yang lain. Justeru jika kadar tetap setinggi 10 peratus dikenakan oleh bank Islam bagi tempoh 30 tahun, ia sebenarnya masih murah dan hebat berbanding bank konvensional yang menggunakan BLR yang tidak tetap sepanjang masa. Ini kerana walaupun tetap, pembayaran bulanannya sentiasa ditawarkan diskaun oleh pihak bank Islam mengikut kadar BLR semasa. Sedangkan jika BLR melepasi tahap 10 peratus, bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada bank islam adalah terikat pada kadar 10 peratus sahaja. Ini tidak berlaku di bank konvensional.
Selain itu, anda juga tidak boleh membandingkannya secara umum kerana setiap bank mempunyai kadar yang lebih pelbagai lagi bergantung kepada jumlah peratusan pinjaman. Jika anda hanya meminjam 70 peratus dari harga rumah, kadarnya berbeza dengan 90 peratus. Demikian juga di bank-bank Islam. Sebarang perbandingan mestilah sama di kedua-dua belah pihak.
Ketiga, Isu Rebate, jika terdapat individu yang mendakwa rebate yang ditawarkan oleh bank islam hanya gimik, ia bererti individu itu sememangnya tidak memahami langsung operasi bank islam. Di dalam Islam tidak dibenarkan menjual sesuatu barangan dengan dua harga yang berbeza, sebagai contoh "saya jual rumah ini kepada anda dengan harga RM150 000 atau RM 200 000" Jika bank Islam menjadikan rebate clause ini sebagai obligatory statement atau kewajiban ke atas pelanggan, ia akan menjadi gharar dari sudut Islam dan diharamkan. Disebabkan hal itu, rebate yang ditawarkan oleh Bank Islam tidak boleh memasukkan rebate sebagai bank's obligation (kewajiban bank), ia ditegah oleh Majlis Penasihat Syariah bank-bank seluruh dunia. Ia bukan gimik tetapi adalah bagi menepati hukum Syariah.
Keempat, caj penalti menindas, di mana orang ramai juga kelihatan amat tidak faham perbezaan kesan caj penalti yang dikenakan oleh bank konvensional dan bank Islam. Bank konvensional mengenakan caj penalti jika lewat membayar secara compounding atau terkumpul. Ertinya, sebagai contoh, pinjaman A kepada bank sebanyak RM10 000 dan dikenakan bunga atau interest riba sebanyak 5 peratus. Bermakna A perlu membayar sebanyak RM10 500 kepada bank itu jika anda membayar tepat pada waktunya. Bagaimanapun A tidak akan mampu pasti anda boleh membayar pada masanya secara yakin, kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Katalah setelah membayar beberapa lama, baki pinjaman kini hanya RM3 000 sahaja. Tiba-tiba, A mengalami kesusahan lalu gagal membayar pada waktunya. Ketika itu bank konvensional akan mengenakan 3 peratus caj penalti iaitu RM 90 sebulan. Ia sangat mahal berbanding Bank islam yang hanya mengenakan maksimum 1 peratus atau RM 30 sebulan. Lebih dahsyat dari itu di bank konvensional jumlah pokok yang berbaki RM3 000 itu akan bertambah dicampur RM 90 sebulan bagi kelewatan bulan pertama. Tatkala itu, jumlah pokok menjadi RM3 090. Manakala jumlah pembayaran semula pula akan dikira adalah 5 peratus x (RM3 090 ) dan bukan lagi 5 peratus daripada RM3 000. Justeru ini akan menaikkan lagi hutang A, bayangkan jika anda terlewat beberapa bulan. Hal seperti ini TIDAK AKAN berlaku di bank islam kerana tiada kadar compounding boleh dikenakan oleh bank islam, di mana jika terdapat kelewatan pembayaran, hanya caj 1 peratus dikenakan dan ia tidak dimasukkan di dalam jumlah pembiayaan, malah ia juga akan disalurkan terus oleh bank Islam kepada faqir miskin.
Ini perlu difahami oleh orang ramai sebelum tergesa-gesa memahami bank konvensional lebih murah. Faktor penalti ini boleh dianggap sebagai antara penyebab kebanyakan peniaga bukan Islam terutamanya dari kaum Tionghua suka memohon pembiayaan dari bank islam. Mereka tahu, adakalanya mereka memang terpaksa tidak membayar bayaran ansuran beberapa ketika disebabkan keperluan tunai untuk memperkembangkan bisnes dan sebab-sebab lain. Malah apabila dilihat kepada kadar perbiayaan yang dikenakan oleh perbankan Islam bagi produk-produk membiayai perniagaan juga membuktikan kadar adalah setara seperti ditawarkan oleh bank konvensional malah lebih murah dalam banyak keadaan. Hal ini sukar didedahkan kerana kadar pembiayaan syarikat berubah-ubah bergantung kepada tiga hal terpenting:

a) Kadar mengurus minima (cost of fund) bank Islam itu.
b) Prestasi dan kekuatan organisasi yang memohon pembiayaan.
c) Potensi and risiko perniagaan yang ingin diceburi.

Oleh yang demikian, akhirnya jangan terjerat dengan fahaman-fahaman yang mengatakan Bank Islam adalah lebih Mahal daripada Bank Konventional. Jangan jadikan sebahagian daripada hartan anda terutamanya yang melibatkan rumah dan kenderaan dibiyai oleh sistem konventional menjadi sebahagian hidup anda. Beralihlah kepada sistem yang berkonsepkan Islam samada dari segi pinjaman, Insurans dan pelaburan. Berhati-hatilah dalam pengurusan kewangan anda.
Sekian.

Insurans kepada TAKAFUL.

Insurans,, Siapa yang tidak tahu. Hampir kita semua telah melanggan insurans, dan yang paling hampir semua kita telah melanggan Insurans kenderaan samada kereta ataupun motorsikal. Sedia maklum, ada yang sudah mengatahui akan hukum sebenar insurans yang telah di tegah dalam Islam. Namun masih ada yang tak endah dalam larangan ini. Untuk mengatatahui lebih lanjut, kita lihat di mana silapnya sistem Insurans konventional yang ada di pasaran sekarang!!
Konsep asal Insurans meliputi suatu sistem yang bercorak koperatif yang berlandaskan satu perjanjian antara satu kumpulan manusia yang sama-sama bersetuju memikul sistem ini, supaya sama-sama memikul apa juga beban akibat bencana atau musibah yang menimpa salah seorang daripada mereka yang berada dalam kolompok itu. Individu di dalam kumpulan ini juga berkongsi menyumbang wang bagi mengatasi bencana ataupun membayar pampasan kerana ditimpa bencana tersebut. Namun demikian, sistem ini secara kerasnya di haramkan untuk dilanggan oleh umat Islam kerana terdapat beberapa unsur yang di larang oleh Al- Quran dan Hadis. Di mana, elemen yang dimaksudkan ini ialah Gharar, Maisir dan Riba.
Pertama, Gharar merupakan sesuatu benda yang tidak di ketahui atau tidak pasti wujud dalam polisi insurans nyawa dan juga polisi insurans am (umum). Hal ini berlaku kerana faktor "ketidakpastian" menjadi perkara utama dalam kontrak polisi insurans. Di mana, dalam Islam perkara ini mestilah sesuatu yang jelas dan nyata. Dalam urusan insurans konventional, pemegang polisi bersetuju membayar sejumlah premium dan sebagai balasan syarikat Insurans menjamin untuk membayar sejumlah wang pampasan sekiranya berlaku kecelakaan. Walaubagaimanapun, pemegang polisi tidak dijelaskan kaedah, sumber dan jumlah wang yang dibayar oleh syarikat Insurans kepadanya. Selain itu, gharar juga wujud apabila berlaku ketidakadilan atau kesamaan dalam perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Keadaan ini wujud dalam polisi Insurans nyawa dan Insurans Am sistem konventional. Sebagai contoh, pemegang insurans akan kehilangan premiumnya sekiranya mereka berhenti menjadi ahli sebelum mencapai tempoh layak mendapat apa yang di panggil "cash sureender value". Begitu juga dengan pemegang polisi am di mana kelebihan akan memihak kepada Syarikat Insurans kerana apabila berlaku pembatalan polisi dalam jangka pendek. anda ngerti???
Kedua, Maisir atau perjudian merupakan kesinambungan kepada konsep ketidakpastian. Sebagai contoh, seseorang yang mengambil polisi Insurans akan membayar sejumlah premium dengan harapan bayaran bayaran yang besar akan diterima oleh keluarganya jika dia meninggal dunia. Selain itu, pengambilan polisi juga tidak mengatahui seumber dan cara mana wang yang dibayar kepada penerima faedah diperoleh.
Ketiga, unsur riba pula wujud dalam sistem Insurans konventional kerana syarikat akan berjanji untuk membayar pulangan yang tetap keatas wang yang dicarumkan oleh pemegang polisi tersebut. sebagai contohnya, sekiranya anda melabur dalam sistem Insurans konventional, syarikat Insurans akan memberikan peratusan keatas jumlah premium anda.
Oleh sebab adanya faktor-faktor yang dilarang oleh Islam, maka umat Islam yang menjalani kehidupan di muka bumi ini yang beriman kepada Allah S.W.T adalah diTEGAH sekeras-kerasnya untuk menjadi pelanggan kepada sistem Insurans Konventional. Oleh yang demikian, beralihlah kepada sistem TAKAFUL yang memenuhi kehendak peraturan Syriat. Di Malaysia, sudah banyak syarikat Takaful yang menjalankan perniagaanya.
Akhir sekali, nasihatku, kembalilah kepada sistem yang di benarkan oleh agama. Tukarlah insurans anda segera kepada TAKAFUL seperti Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia dan BSN Prundential Takaful.
Sekian,

Perancangan kewangan.

Hari ini, kita sering tertekan akibat krisis ekonomi yang melanda. Dimulakan dengan kenaikan harga minyak yang melambung tinggi pada Jun 2008 secara langsung telah menjejaskan ekonomi kita. Bukan setakat itu, krisis kewangan antarangsa yang melanda pada suku ke 3 pada tahun lepas juga telah memberi kesan kepada hampir seluruh dunia termasuklah Negara kita sendiri. Namun, semua ini adalah lumrah kehidupan yang diibaratkan seperti roda yang sekejap di atas dan kemudian akan jatuh ke bawah semula dan berpusing setiap masa, begitulah lumrah kehidupan. Oleh yang demikian, keadaan ini sepatutnya bukan menjadi masalah bagi kita atau tidak perlu dirisaukan keadaan seumpama ini sekiranya ada perancagan kewangan sendiri. Persoalannya sejauh mana kita membuat perancangan kewanagan untuk dipraktikan dalam kehidupan kita?
Perkara asas yang diperbincang dan diketenggahkan sepertimana yang tertulis di atas adalah bersabit dengan kewangan. Perkara pokoknya adalah kita tidak mempunyai perancangan kewangan yang khusus. Masalahnya adalah subjek ini tidak diajar di sekolah-sekolah malahan institusi-institusi kewangan yang kononnya memasarkan perancangan kewangan kepada pengguna sebenarnya hanyalah penjual produk semata-mata product pusher. Pengguna-pengguna tidak diajar malahan langsung tidak dilatih untuk mendapat pulangan yang maksimum daripada pinjaman perumahan mereka, pinjaman sewa beli, pelaburan, insurans, insentif cukai, sistem pengiraan faedah dan peninggalan harta.

Perancangan
Dengan adanya perancangan kewangan, ia boleh membantu pengguna-pengguna mengatasi atau memperoleh perkara-perkara seperti berikut:-

*Pengukuhan kewangan terhadap inflasi
*Pengurusan hutang yang membawa pulangan
*Pembiayaan selepas persaraan
*Penyediaan tabungan kecemasan
*Keperluan tuntutan semasa
*Pembiayaan pendidikan
Sebagai contohnya, jika seseorang memiliki rumah yang harus dibayar pinjaman perumahan yang tetap selama 20-30 tahun, sudah pasti ia membebankan. Bagaimanapun dengan adanya perancangan kewangan, bukan sahaja ia tidak perlu membayar pinjaman perumahan untuk suatu jangka masa atau memendekkan tempoh bayarannya malahan boleh mendapatkan pulangan hasil pelaburan nilai bersih rumah itu. Dengan lain perkataan rumah dapat, pulangan juga dapat. Ini boleh dilakukan dengan proses perancangan kewangan yang inovatif. Ia ada di pasaran tetapi tidak diendahkan oleh institusi-institusi kewangan yang mahukan keuntungan yang lebih. Dengan perlaksanaan perancangan kewangan ini, perbelanjaan dapat dikurangkan dan simpanan sebagai asas perancangan kewangan dapat dipetingkatkan.
Selain daripada itu, kita juga memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Kenaikan harga barangan dan keperluan tuntutan semasa harus dipenuhi. Tidak kira sama ada hujan atau panas. Pelbagai keperluan lagi harus juga kita laksanakan. Ini adalah tanggungjawab hidup. Dengan adanya perancangan kewangan, seseorang itu sudah pasti boleh menempuhi hari-hari kemudian tidak kira panas atau ribut malahan di tengah-tengah kebanyakan orang bergelut dengan kesan negatif ekonomi, mereka yang telah merancang kewangannya akan dapat menikmati hasil yang lumayan.
Pembelajaran perancangan kewangan ini harus dikemudikan oleh pihak kerajaan yang mampu membendung kos kerana inilah pendidikan/ilmu yang terpenting yang masih belum diajar di mana-mana universiti di negara ini. Rakyat khususnya tidak lagi akan mengeluh dengan pelbagai masalah ekonomi jika diri mereka tahu dan yakin mereka telah bersedia menempuh masa depan baik masa-masa yang gembira mahupun duka.
Nah,, dari itu marilah kita mulakan dari sekarang untuk merancang kewangan anda untuk kebaikan bersama..
sekian.

Perancangan Hutang

Hutang merupakan sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan. Apa tidaknya, kebanyakkan masyarakat kita seakan-akan tidak dapat lari daripada pinjaman. Misalnya, untuk membeli rumah, kereta, khawin, pembiyaan kos pendidikan dan sebagainya. Oleh yang demikian, siapa pun kita.. akhirnya memeng sukar untuk menggelak daripada bebanan hutang akibat diluar kemampuan kita. Namun, semua hutang ini perlu dibayar kerana kegagalan untuk tidak membuat pembayaran akan menyebabkan kita boleh kehilanggan rumah, kereta dan sebagainya. Sebelum pergi lebih lanjut, satu perkara yang pelu kita tahu adalah untuk mengukur nisbah hutang setiap invididu. Di mana nisbah hutang ini merujuk kepada peratusan bagi tanggungan kewangan daripada gaji bersih anda sebulan. Formula untuk mengira nisbah hutang ialah;

Nisbah hutang = (Tanggungan Kewangan / Gaji bersih ) x 100%.

Secara umum, tahap nisbah hutang yang selamat adalah kurang daripada 35% daripada gaji anda, dimana 25% terdiri daripada pinjaman perumahan. Nisbah yang lebih tinggi daripada itu adalah tanda bahawa anda mungkin perlu menilai semula kewangan anda.. nah!!!
Oleh yang demikian, bagi menguruskan hutang anda dengan lebih sistematik.. aku ada 5 tips atau panduan. Pertama, anda pelu menganggap semua bayaran bulanan anda sebagai satu bayaran tunggal yang besar. Bermula dengan mengenal pasti semua tanggunggan hutang anda dan menghitung jumlah yang anda perlu bayar setiap bulan. Buat satu belanjawan bagi memperuntukan sebahagian daripada gaji bersih anda untuk pembayaran bulanan. Kemudian, terus membayar jumlah yang sama setiap bulan dan mengubahsuai peruntukan apabila keadaan bertukar dan beberapa telah habis dibayar.
Kedua, sekiranya terdapat pinjaman yang hanya dikenakan bayaran minimum, maka itu biasakan diri anda untuk membayar sebanyak mungkin pada pinjaman yang paling kecil. Dimana, membayar habis pinjaman dengan baki terendah yang berikut sehingga semua hutang habis dibayar. Juga dikenali sebagai “bola salji hutang”, ia akan membantu anda mengurangkan jumlah hutang tertunggak dengan berkesan. Sementara itu, ia juga memberi perasaan kejayaan apabila anda menghapuskan hutang satu demi satu.
Ketiga, jika anda boleh menunda membuat pembayaran untuk apa-apa pinjaman, tundakan pinjaman dengan kadar faedah yang terendah. Selain menumpukan perhatian pada hutang dengan baki terendah, anda mungkin ingin membayar habis pinjaman yang menanggung kadar faedah tertinggi. Ini akan membantu anda menjimat lebih pada jangka masa panjang kerana hutang-hutang anda akan bertambah dengan kadar cepat sekiranya tidak dibayar secepat mungkin disebabkan caj faedah.
Keempat, bandingkan pakej-pakej pinjaman untuk memdapat kadar faedah terendah. Jikalau anda ingin memohon pinjaman,pastikan anda membandingkan pakej-pakej berbeza yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan. Danb dapatkan pakej dengan kadar faedah yang paling rendah dengan mengira baki pada asas harian (Baki berkurang) dan juga memberi pilihan untuk anda membuat pembayaran semula dengan awal. Ini akan membantu mengurangkan jumlah faedah dibayar dan memendekkan tempoh pemenggang pinjaman.
Akhir sekali, jangan sesekali bersetuju untuk menjadi penjamin untuk seseorang kecuali anda telah menyediakan wang tunai secukupnya untuk membayar semula pinjaman itu sekiranya orang itu gagal membayar balik. Anda perlu memikir dengan teliti sebelum menjadi penjamin untuk seseorang. Jika pinjaman tersebut gagal dibayar, anda mungkin dikehendaki membayar bagi pinjaman orang itu. Oleh itu, anda mesti menyediakan wang secukupnya sekiranya kejadian tersebut berlaku. Anda hanya bersetuju menjadi penjamin untuk orang yang kenal dan percaya sahaja. Ingat tu…
Oleh itu, apabila anda sudah bebas berhutang, adalah amat sukar untuk tidak meminjam semula. Anda mesti terus berdisiplin dan mengamalkan tabiat-tabiat yang baik dan diantara tips untuk mengelakkan supaya tidak berhutang pertama, jangan membeli sesuatu yang anda tidak perlu. Jika anda tidak pasti, tunggu beberapa minggu dan lihat adakah anda masih memerlukannya. Kedua, membuat belian anda dengan wang tunai atau kad debit. Anda hanya menggunakan kad kredit jika anda membayar penuh baki setiap bulan. Ketiga, memulakan satu perancangan simpanan dengan menyimpan sejumlah wang simpanan setiap bulan seperti (regular investment dalam unit amanah) untuk sesuatu yang diingini. Jangan membeli sesuatu yang anda tidak mampu. Bak kata pepatah “kepuasan tertangguh adalah kunci mencapai kematanggan kewangan”. Keempat, menggunakan senarai membeli belah dan patuh kepadanya dan terakhir anda perlu mengkaji semula pendapatan dan perbelanjaan tetap pada setiap bulan untuk memastikan anda memperolehi pendapatan yang lebih tinggi daripada perbelanjaan dan selalu mencari cara untuk memaksimumkan rezeki anda.
Oleh yang demikian, aku Cuma nak nasihatkan anda, perlu merancang semula kewangan peribadi anda. Jangan ambil remeh tetang perancagan kewanagan, sebabnya tanpa perancanganyang baik dan berkesan boleh menyebabkan anda akan muflis, blacklist, masalah rumahtangga dan sebagainya.. nah!!! Bertindak segera.
Sekian.

Apa bah tu Inflasi?

Kira-kira 30 tahun lalu, sepinggan nasi lemak hanya berharga kurang daripada RM0.50. Hari ini ia telah naik sehingga RM5, jadi anda jangan terkejut badak sekiranya masa akan datang anda akan membayar lebih daripada RM10.. Nah, inilah akibatnya dairipada Inflasi!!!seperti pulangan berganda, Inflasi juga akan memberikan kesan buruk kepada taraf hidup anda sekiranya ia tidak diawasi.
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan diukur sebagai peningkatan dalam peratusan setiap tahun. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgi yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi setiap produk. Dengan kata lain, terdapat kemorosotan dalam kuasa membeli anda. Dengan kata mudah, aku bagi contohlah dari segi teori secawan the tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun sekiranya kadar inflasi bagi tempoh itu 5%.
Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu, inflasi juga boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang lebih nyata sepertimana yang berlaku pada ketika ini. Di mana kadar inflasi Negara kita sudah mencecah 8.2% berbanding 4% pada mac 2008. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda. Anda akan mendapati harga produk dan perkhimatan setiap hari akan meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut menaik.
Oleh yang demikian, dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan benar ialah pertumbuhan kuasa membeli anda, iaitu pulangan nominal menolak kadar inflasi. Oleh itu, wang simpanan di dalam simpanan tetap akan (3.5% setahun) akan mengurang nilainya disebabkan oleh kesan inflasi. Ini kerana merujuk kepada pengiraan;
Kadar simpanan tetap setahun = 3.5%Kadar inflasi = 8.2%Pulangan benar drp simpanan = -4.7%
Oleh yang demikian, bagi sesetanggah masyarakat kita akan membuat satu kesilapan besar apabila membuat simpanan pada kadar pulangan yang kurang daripada kadar inflasi, misalnya simpanan melalui akaun simpanan semasa yang kadar faeda/keuntugan tidak lebih daripada 1% setahun, dan simpanan tetap yang kadar faedah/keuntugan hanya antara 3-4% setahun. Justeru, simpanan yang lebih baik adalah melalaui pelaburan unit amanah saham kerana pulangan yang lebih tinggi diantara 10%-25% (Public Mutual)..
Namun kesan ini masyarakat kita hanya pandang enteng sahaja tanpa ada perancangan yang baik untuk menghadapi situasi ini. Perbelanjaan tanpa kawalan merupakan bukti yang dekat. Kedua, masih mengharapkan pinjaman 100% daripada Bank untuk memenuhi keperluan peribadi, contohn membeli kereta, rumah, dan lain2. Pengalaman bekerja di institusi Kewangan yang meneyediakan pinjaman peribadi… masyarakat kita lah yang paling banyak meminjam untuk memenuhi kehendak mereka. Misalnya, nak khawin pun mengharapkan pinjaman peribadi.. Akhirnya, jumlah liabiliti yang begitu tinggi menyebabkan masyarakat kita ramai yang mengahadapi sindrom GHBBH (Gaji Habis, Bulan Belum Habis).
sekian.
.........................................................................................................................................................................
Nasruddin Abdullah
Perunding Unit Amanah
Public Mutual Berhad
Cawanagan Sandakan.