Saturday, December 19, 2009

Jawatan kosong Unit Trust Consultant

Kelebihan:

1. Stuktur insentif dan program faedah utk improve skill.
2. Potensi utk mendapatkan pendapatan yg tidak terhad
3. Waktu kerja yg fleksibel.
4. Pilihan yg luas utk peralatan perancangan dan penjualan profesional.
5. Insentif-insentif penjualan dan kempan utk menyokong penjual anda.
6. Subsidi utk kursus pensijilan Certificated Financial Planner(CFP)
7. Subsidi pinjaman kereta dan rumah.
8. Pelbagai subsidi utk merekrut dan subsidi utk pembagunan agensi.
9. dan banyak lagi.

Bagi golongan siswazah yang baru tamatkan pengajian, anda di alu-alukan untuk join bersama. banyak manfaatnya yang anda akan perolehi..

Kelayakan:

1. Warganegara / Penduduk Tetap.
2. Berumur 21 dan tahun ke atas.
3. SPM (at least pangkat 3 / Kredit BM)
4. Full time / Part Time.
5. Graduate di alu-alukan.

(Anda perlu lulus exam FTMUTM dengan kos RM250)


Maklumat lanjut hubungi saya:
013-829 1013.

Sunday, November 22, 2009

Beli dan Tunggu

Saham Amanah adalah satu skim pelaburan yang mengumpul wang daripada sejumlah besar pelabur berkongsi matlamat kewangan yang sama. Di mana, dana yang dikumpulkan itu kemudian diuruskan sekumpulan pengurus professional yang melabur wang berkenaan ke dalam instrumen pelabur terutama di pasaran saham atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan bagi mencapai pelaburan dana berkenaan.

Memandangkan pasaran saham semasa kurang cergas, sudah tentu pulangan daripada pelabur saham amanah yang dilaburkan dalam instrumen itu tidak memberikan pulangan seperti yang diharapkan. Namun, adakah berdasarkan keadaan itu kita harus berhenti melabur dalam saham amanah?

Dalam soal ini, Pengurus dana menasihatkan pelabur supaya tidak melihat kepada factor itu kerana pada pandangan mereka, tidak kira sama ada keadaan pasaran saham cergas atau tidak, peluang melabur dalam saham amanah sentiasa terbuka kerana ia adalah suatu pelaburan bermatlamat jangka panjang. Sudah tentu ia adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh pelabur kerana peluang sentiasa terbuka di pasaran saham amanah.

Pelabur perlu sentiasa ingat bahawa pelaburan dalam saham amanah adalah untuk jangka panjang. Justeru itu, para pelabur tidak boleh mengharapkan pulangan serta merta iaitu sebaik sahaja pasaran pulih. Jika anda mengharapkan pulangan dalam masa enam bulan, jawapannya TIDAK!. Ia mesti lama daripada itu. Tetapi jika jangka masa pelaburan anda adalah untuk jangka panjang misalnya lima tahun, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk membeli unit amanah kerana harga unit adalah sangat murah. Misalnya, bagi dana Public ITTIKAL pada 2007 pernah mencatatkan harga seunit RM1.20, kini harga tersebut hanya dalam lingkungan RM0.60 sahaja. Oleh yang demikian, masa sekarang adalah masa yang paling TERBAIK untuk membeli, dan peluang ini berlaku hanya sekali dalam masa lingkugan 10 tahun.

Oleh itu, strategic “beli dan tunggu” adalah lebih bertepatan dengan keadaan semasa dan sesuai untuk kebanyakkan orang. Keuntungan yang baik secara umumnya dimiliki oleh mereka yang mampunyai portfolio pelaburan dengan pelaburan pula adalah untuk jangka panjang. Meskipun, sekarang adalah masa yang terbaik untuk membeli amanah saham, namun sumber kewangan yang terhad berikutan keadaan ekonomi yang merudm, namum bukan penghalang kepada mereka untuk melupak hasrat ini. Mereka boleh mengatasi masalah ini, pelabur boleh mengeluarkan wang caruman KWSP untuk dilaburkan dalam saham amanah yana mana pulanganya adalah lebih baik daripada pulangan yang diberika oleh KWSP.

Dimana, orang ramai boleh menggunakan caruman KWSP untuk tujuan pelaburan. Bagusnya skim ini kerana wang hanya boleh digunakan semata-mata bagi tujuan pelaburan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan membeli perkara lain.
Selain daripada skim KWSP, pelabur juga boleh membuat pelaburan menerusi simpanan berkala secara tetap daripada potongan gaji ataupun potongan melalui akaun. Di mana anada boleh membuat potongan tetap beberapa ratus ringgit daripada gaji bulanan anda untuk dimasukkan kedalam program saham amanah.
Perkara ini memerlukan disiplin, jika tidak mempunyai banyak wang. Cukuplah dengan mulakan hanya RM100 sebulan atau untuk mendapatkan pulangan yang tinggi laburkan RM 500 sebulan untuk membeli unit saham amanah yang baik mengikut kemampuan masing-masing.Perkara yang perlu anda ambil perhatian juga, orang ramai seharusnya memulakan pelaburan saham amanah seawal yang mungkin, sebaiknya ketika baru memasuki alam pekerjaan.
Sebagai kesimpulannya, jangan biarkan diri anda menyesal di kemudian hari nanti berikutan kekangan masalah kewangan sekiranya tidak memulakan dari sekarang. Perancangan Kewangan boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan yang anda inginkan. ANDA masih belum terlambat.
Sekian..

Sunday, September 20, 2009

Bagaimana mendapat UNTUNG dalam pelaburan Amanah Saham (Public Mutual)

Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan Unit trust beroperasi dan apa strategic yang patut untuk keuntungan yang maksima.

Strategik yang utama dan paling popular dikalangan para pelabur ialah – Beli semasa harga murah dan Jual pada harga Mahal. Walaupun dari tahun ketahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategic ini patut digunakan dalam membuat keputusan pelaburan.

Persoalannya sekarang, bila masa pula harga unit amanah ini murah? Jawapannya, pertama unit amanah akan murah pada harga permulaan (yang baru launching iaitu pada kadar RM 0.25 seunit). Kedua, bila mana berlaku masalah kegawatan ekonomi serantau. Masalah ini berlaku di pada kebiasaannya di Malaysia pada anggaran setiap 10 tahun. Bermakna, Di Malaysia pernah berlaku pada sekitar tahun 1990, kemudian 1998 dan kini 2008. Pada masa tersebut, harga seunti unit amanah akan jatuh pada kadar yang terendah malah boleh jatuh pada harga launching (RM0.25).

Oleh yang demikian, bila mana berlaku keadaan ini, para pelabur seharusnya mengambil peluang untuk membeli sebanyak mana unit amanah berdasarkan kemampuan untuk mendapat unit yang lebih.

Saya mengambil contoh:

Membeli semasa harga Murah
Melabur RM 100,000 pada 20 Jan 2009 ke dalam dana Public China Ittikal Fund(PCIF) dengan matlamat mencapai keutungan pada jangka masa yang singkat.

Pengiraan:
Jumlah duit yang dilaburkan: RM 100,000.00
Harga jualan seunit: RM 0.1406
Profail dana : Agresif
Service Charge : 5.5%
Jumlah pegangan unit : RM 100,000 – (5.5% X RM 100,000) / RM 0.1406 = 672,119.49 unit.

Jual Pada harga semasa mahal

Harga Unit saham pada 12 Jun 2009: RM 0.1896
Nilai pelaburan sekarang: 672,119.49 X RM 0.1896 = RM 127, 433.86
Jumlah keuntugan(profit): RM 27,433.86
Tempoh : 6 bulan
Peratusan keuntugan (%): 27.43%

Pengiraan di atas adalah merujuk kepada harga yang sebanar pada tarikh tersebut. Ini bermakana anda boleh mendapat pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Berdanding pelaburan ASB, ASN, ASW dan sebagainya yang hanya memberi pulangan purata dalam 6- 9% SETAHUN. Dalam Public Mutual anda sudah boleh mendapat keuntugan 27.43 % hanya dalam masa 6 bulan sahaja walaupun ekonomi yang merundum pada ketika ini.

Oleh yang demikian, ini menunjukan bahawa strategic Beli semasa harga murah dan jual pada harga mahal adalah sangat berkesan untuk pelaburan jangka masa singkat, sederhana dan panjang.

Maka itu, pada masa kini, harga seuit saham adalah adalah sangat murah, gunakan lah peluang ini untuk memenuhi matlamat pelaburan anda.

Untuk maklumat selanjutnya atau sebarang nasihat mengenai strategic pelaburan anda hubungilah saya di talian 013-829 1013.

Sekian.

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan mengajar berjimat.

Lama aku tidak posting new artike dalam blog ini,, mungkin atas kesibukan dan halangan untuk online la punya pasal ini.. Namun, atas halangan ini, aku cuba untuk ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. Bersama kita tingkatkan amal ibadat kita di bulan suci ini. Semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik antara ramadhan yang sudah, dan kita tidak akan pasti akan ke temu ramadhan tahun akan datang. Maka itu, gunakan sebaik masa dan peluang ini untuk kita banyakkan amal ibadat kita.
Ramadhan sebenarnya mengajar kita untuk bersifat sederhana, namun realitinya apabila berbuka puasa, lihat saja bazar rahmadhan orang ramai akan berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa dengan yang agak keterlaluan. Hanya disebabkan nafsu tadi, ramai yang lebih gemar untuk berbuka dengan juadah yang dibeli di bazar. Sedangkan hampir semua masjid-masjid menyediakan juadah berbuka, mengapa tidak bersama untuk berbuka di masjid??
Begitulah halnnya dalam kita merancang belanjawan peribadi. Hal-hal yang remeh seperti ini sebenarnya yang banyak melalaikan kita untuk tidak menjadi orang sensitif dalam menyimpan setiap bulan. Bayangkan anda akan berbelanja untuk seorang RM15 sehari, maka sebulan sudah RM450 yang dibelanjakan. perbelanjaan yang tidak dirancang dengan baik sebenarnya yang menyebabkan pendapatan bulanan akan defisit. Apatah lagi hampir dengan hari raya, sudah tentu belanja untuk berhari raya juga akan bertambah, Maka orang yang tidak merancang perbelanajaan bulanannya terutamanya pada bulan ramadhan ini, sudah tentu akan memberi kesan yang tidak baik terhadap perbelanjaan bulanan.
Rahmadhan yang mengajar supaya berjimat cermat, namun tidak sekali anda endahkan, maka sudah tentu juga akan mendapat kebencian daripada Allah S.W.T atas perbuatan yang boros dalam perbelanjaan..
Kesimpulannya, jadikan bulan ramadhan ini sebagai bulan tarbiyah dalam belanjawan peribadi anda dan menjadi amalan pada bulan akan datang.
Sekian..

Monday, August 17, 2009

Simpanan suatu belanja WAJIB

Hari ini aku sekali lagi turun padang untuk buat booth scheme Public Mutual, setelah hampir 7 bulan aku buat booth, aku rindu pula untuk berjumpa dengan orang ramai untuk menerangkan bentuk simpanan bentuk Unit Amanah Public Mutual.
Ruangan kali ini, aku ada satu perkara untuk di kongsi bersama. Perkongsian ini aku ingin kongsi coz sebagai seorang perunding semamangnya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza apabila berhadapan dengan cleint atau prospek masing-masing.
Seorang prospek yang saya jumpa merupakan seorang wanita melayu yang umur dia saya rasakan dalam lingkugan 40-an. Ketika wanita ini lalu, saya cuba menyapanya. Kemudian saya beri sekeping artikel berkaiatan perancangan pancen dalam masa yang sama cuba menerangkan bentuk perancangan ini. Kemudian wanita ini pertamanya langsung tidak berminat untuk mendengarnya dan mengajukan soalan kepada saya:
Ms Prospek: Aku ini tua dah, dah terlewat untuk merancang masa pancen ini.. lagi pun kalau esok lusa aku mati.. macam sia-sia pula simpananku.
saya cuba menyapa ms prospek ini dengan pangilan "akak"
Saya: kalau akak hidup sampai 70-an, macam mana pula?
Ms Prospek: Endak juga aku minta-minta hidup sampai macam tu.
Saya: Ajal mati ini kak ditangan tuhan.. so kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan, so apa pun kita kena merancang untuk kehidupan akan datang. (Saya berlalih untuk merancang pelan pendidikan) Ok, sekarang akak ada berapa anak? dan anak sulung umur berapa?
Ms Prospek: Yalaa... tapi..,, (terus dia ndak jawab). Anak ada 4 orang, sulung baru umur 13 tahun dan bungsu baru 7 tahun.
Saya; Setakat ini kak, ada tak bentuk apa-apa simpanan untuk anak-anak?
Ms Prospek: ada tu ada, tapi tak lah juga banyak..
Saya: kak, kalau nak merancang ni, kita kenalah lebih serius untuk melihat hasilnya pun lebih lumayan. kalau lah kita hanya menyimpan guna konsep "kalau ada lebih baru menyimpan" boleh kata setiap bulan mesti tak da lebih tu.. So, simpanan ini kita kena anggap satu belanja bulan yang wajib kita kena bayar dulu, kemudian hari baru kita lihat dan rasakan faedah atau kebaikan simpanan kita. Cuba akak bayangkan kalau bentuk simpanan untuk seorang anak selepas 15 tahun akan datang seorang anak dapat dalam RM50,000. Masuk ja IPT akak, tak perlu fikit pasal yuran pengajian anak-anak.
Ms Prospek: Macam mana pula??
dan saya pun terang sedikit bentuk pelan pendidikan....
Nah, macam tulah suasana perbualan kami. Cuma yang saya kongsi bersama, Hari ini anda akan sering berjumpa dengan orang yang sering beranggapan "simpan kalau lebih" dan falsafah ini sebenarnya suatu kesilapan yang besar. Hal nya kerana, kepuasan manusia tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Selagi besar pendapatanya, maka semakin besarlah nafsu-nafsinya. Maka cuba anda tanamkan sifat dalam diri anda, "simpanan merupakan suatu belanja wajib pada setiap bulan". Tanamkanlah sikap meyimpan pada setiap bulan, anda perlu senyum apabila anda berjaya mendisiplinkan diri untuk menyimpan pada setiap bulan.
Sekian.
Note: Kata sapaan "akak" bagi yang dah berumur perlu untuk kita tanamkan kemesraan antara consultant dan prospek sebelum meneruskan langkah seterusnya..

Wednesday, August 5, 2009

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 6 dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk enam daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2009 adalah seperti berikut:

Dana Pengagihan Kasar / Unit
Public Dana Growth 4.00 sen
Public Dana Islamic Opportunities 2.00 sen
Public Dana Islamic Select Enterprises 1.25 sen
Public Dana Bond 5.00 sen
Public Dana Islamic Select Bond 3.50 sen
Public Dana Islamic Income 2.50 sen

Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 20 Julai 2009, Public Dana Growth dan Public Dana Islamic Opportunities telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 40.11% dan 45.01% masing-masing untuk tempoh berakhir 10 Julai 2009. Bagi dana-danabon pula, Public Dana Bond menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 15.56% sementara Public Dana Islamic Select Bond yang dilancarkan pada tahun 2007 telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 6.59%. Dana-dana ini telah mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya bagi tempoh masing-masing.
Sementara itu, Public Dana Islamic Select Enterprises dan Public Dana Islamic Income yang dilancarkan pada tahun lepas telah menghasilkan pulangan enam bulan sebanyak 16.08% dan 4.45% masing-masing untuk tempoh berakhir 10 Julai 2009. Kedua-dua dana tersebut terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 70 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000 perunding unit amanah. Pada 30 Jun 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM30.6 bilion.

Tuesday, August 4, 2009

Awas Riba!!

Hari ini aku ada berjumpa dengan seorang pemuda yang umur awal 30-an yang bekerja sebagai seorang guru dan masih lagi bujang. Dia merupakan senior saya di SMK Elopura dahulu. Ketika itu, saya sedang duduk makan di Restoran asam pedas yang juga tempat di mana saya sering stay bersama-sama teman-teman lama. Saya meminati restoran ini kerana kemudahan wifi yang disediakan di samping bersebelahan dengan Masjid, malah masakannya juga boleh lah tahan di tambah dengan layanan para pekerjanya juga mesra pelanggan. Maka, tidak hairanlah Restoran ini sering menjadi tempat kunjungan orang ramai.

Berbalik pada cerita asal, saya secara kebetulan telah menegur pemuda tersebut. Sembang punya sembang kami pun masing-masing bertanya asal usul termasuklah zaman persekolahan. Rupa-rupanya pemuda tersebut adalah senior saya.

Dalam perbualan kosong bersama pemuda tersebut, kami pun bercerita tentang kerjaya masing-masing. Maka saya pun pasti tidak akan melepaskan untuk menerang serba sedikit tentang simpanan dalam Public Mutual untuk masa hadapan.

Ternyata pemuda ini juga berminat untuk tahu bentuk simpanan ini. Saya cukup kagum dengan pemuda ini kerana beliau merupakan seorang yang teliti dalam bentuk simpanan dan pinjaman. Soalan yang pertama ditujukan pasa saya;

Pemuda : Dari sudut halal haram, Public Mutual halal ke?

Dan saya pun menerangkan : Dana Public Mutual, terbahagi kepada dua iaitu conventional dan Islamic. Maka dana Islamic sudah tentu menetapi syariah Islam seperti mana yang digariskan oleh agama.

Pemuda : Saya bukan apa, ramai masyrakat kini ini, Nampak ja pulangan lumayan terus boleh melupakan akan tuntutan agama tentang larangan dalam riba. Demi duit?? Mata terus kabur bah. Ini lah orang kita zaman sekarang.

Macam tu lah lebh kurang diolaog yang ingin saya kongsi bersama. Ketika balik lebih kurang jam 11.00 malam, saya berfikir sejanak kata-kata pemuda tadi. Cuba anda Tanya diri anda, selama ini pinjaman kereta, rumah, peribadi, simpanan anda di mana? Kalau system conventional memang jelas nyata TETAP HARAM di sisi Islam sama lah dosanya seperti minum arak dan berjudi. Namun, masyarakat kita masih tidak sedar akan dosanya memakan riba. Satu hadis yang maknanya mengatakan bahawa mereka yang terlibat dalam memberi, menerima dan menjadi saksi kepada transaksi riba adalah berdosa.

Maka, diruangan ini, marilah kita merenung sekali lagi.. sejauh mana kita tidak terjebak dengan riba? Mungkin kalau lah bentuk simpanan kita selama ini berbentuk conventional maka keluarkanlah dan simpanlah di tempat yang mematuhi prinsip syariah Islam. Jangan kita bermudah-mudah dalam hal kewangan yan kita yang secara sedar atau tidak kita mudah terjebak dengan riba.

Kemudian, pemuda tadi pun setalah mengetahui akan hukum serta pulangan dan risiko dalam simpanan Public Mutual ini cukup yakin dan bersetuju untuk melabur demi masa hadapannya. Terima Kasih pemuda atas kepercayaan anda.

Sekadar renungan untuk pembaca.

Monday, July 20, 2009

Public Bank catat untung bersih RM1.2 bilion

PUBLIC Bank Bhd mencatat keuntungan bersih RM1.2 bilion bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2009 berbanding RM1.3 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Dalam tempoh kajian, bank ketiga terbesar tempatan berdasarkan aset itu, merekodkan pendapatan sebanyak RM4.78 bilion berbanding RM5.15 bilion sebelumnya. Pengerusinya, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata keuntungan bersih itu diraih selepas mengambil kira pembayaran sagu hati berjumlah RM200 juta susulan jalinan perikatan strategi dengan ING Asia-Pacific Ltd Januari lalu bagi tujuan pengedaran produk bancassurance di rantau ini.

Katanya, tidak termasuk pembayaran sagu hati berkenaan, keuntungan operasi bersih kumpulan mengukuh sebanyak tiga peratus berbanding tempoh sama 2008. "Ia dicapai walaupun berdepan persekitaran operasi mencabar dan kesan negatif ke atas margin faedah bersih akibat pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) antara November 2008 dan Februari 2009 berjumlah 1.5 peratus," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek pada taklimat media keputusan kewangan kumpulan perbankan itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Operasinya, Leong Kwok Nyem.

Bagi suku kewangan kedua berakhir 30 Jun 2009, keuntungan bersih Public Bank meningkat kepada RM610.74 juta daripada RM593.54 juta sebelumnya, manakala pendapatan susut sedikit kepada RM2.35 bilion daripada RM2.52 bilion. Tay berkata, jumlah pinjaman kasar kumpulan meningkat 7.2 peratus pada separuh pertama tahun ini, manakala kualiti aset pula kekal kukuh dengan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) bersih berada di bawah paras satu peratus. Beliau berkata, buat kali pertama jumlah aset kumpulan melepasi paras RM200 bilion, iaitu RM204 bilion setakat akhir Jun 2009. Jumlah pinjaman dan pendahuluan pula, mengukuh RM8.7 bilion atau 7.2 peratus kepada RM129.4 bilion, mengatasi dengan ketara industri perbankan iaitu 1.2 peratus bagi tempoh lima bulan pertama 2009.

"Pinjaman bagi pembiayaan kediaman, kenderaan penumpang dan perniagaan kecil dan sederhana, menyumbang 77 peratus daripada jumlah pinjaman RM129.4 bilion setakat akhir Jun. "Deposit pengguna menambah 11.5 peratus dalam enam bulan pertama 2009 kepada RM125.3 bilion berbanding industri perbankan iaitu 2.9 peratus dalam tempoh lima bulan pertama 2009," katanya. Sementara itu, Tay berkata, kumpulan menjangka dapat mencapai sasaran pertumbuhan pinjaman 14 hingga 15 peratus bagi 2009. Katanya, pertumbuhan pinjaman itu dijangka disokong oleh permintaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peningkatan dalam pinjaman perumahan. "Kami menjangka dapat mencapai sasaran ini berdasarkan kepada prestasi separuh pertama," katanya. Mengenai prospek masa depan, beliau berkata meskipun ekonomi yang perlahan, industri perbankan di Malaysia terus berdaya tahan, disokong oleh permodalannya yang kukuh, kualiti aset stabil dan amalan pengurusan risiko bertambah baik.
Justeru itu, kumpulan meneruskan strategi pertumbuhan perniagaan organik yang kukuh serta mengekalkan portfolio pinjaman berkualiti tinggi dan menambah baik produktiviti, katanya. "Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, kumpulan menjangka terus mencatatkan prestasi memuaskan bagi baki tempoh selebihnya 2009," katanya.
P/s: Sebagai Perunding Unit Amanah di Public Mutual Berhad, saya amat merasa bangga dan menjadi sebahagian ahli family Public Bank. Tahniah atas kejayaan Public Bank Berhad, sekaligus memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur di luar sana. Teruskan kejayaan untuk kebaikan bersama.

Declaration of distribution For the financial year ending 30 June 2009

We are pleased to inform that we will be declaring a Final Gross Distribution of 2.50 sen per unit to unitholders of Public Islamic Money Market Fund, who remain in the Register as at 30 June 2009.

Kindly take note of the following:
(i) The net distribution and tax credit per unit for the final distribution will only be determined once our auditors, Ernst & Young, have finalised the accounts. Unitholders will be notified of the net final distribution and tax credit through the Tax Voucher.

(ii) For unitholders who opt for distribution reinvestment, the final distribution will be reinvested at NAV per unit, computed at the close of the first business day following the distribution date. No service charge will be imposed on distribution reinvestment.

(iii) The Tax Voucher (including the distribution cheque), Annual Statement
and Annual Report will be despatched to unitholders by 31 August 2009.
Regards,
TPF/YKY/mi
cc : Chief Executive Officer
All Departmental

Monday, June 15, 2009

Panduan Perancangan Kewangan Untuk Ibu Tunggal


Sebagai ibu tunggal, anda mempunyai beban kewangan yang sama seperti orang lain - cuma anda tidak mempunyai pasangan untuk berkongsi bebanan tersebut. Disebabkan anda terpaksa menyara keluarga dan diri sendiri secara berseorangan, amat penting bagi anda membuat keputusan kewangan yang bijak. Dengan mengguna pakai beberapa petua yang di diberikan di sini, anda akan lebih yakin dalam menangani masa depan kewangan keluarga anda.

Belanjawan


Setiap orang, tidak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin, perlu merancang belanjawan bagi pengurusan pendapatan yang lebih baik lagi. Walau bagaimanapun, sekiranya anda seorang ibu tunggal, keperluan merancang belanjawan adalah lebih besar lagi kerana pendapatan anda seorang perlu disalurkan kepada pelbagai perbelanjaan. Oleh itu, lebih penting anda bersikap teliti dalam membelanjakan pendapatan. Ibu tunggal perlu mempunyai perancangan belanjawan seisi rumah dan berdisiplin dalam mematuhi belanjawan tersebut.

Buat Perancangan Tabungan dan Mula Melabur


Apabila membuat belanjawan isi rumah, jangan lupa untuk menyediakan peruntukan setiap bulan untuk perancangan tabungan. Perancangan ini ada kala dipangg
il sebagai "membayar diri sendiri dahulu", iaitu memasukkan sejumlah wang untuk diri sendiri dalam senarai perbelanjaan bulanan. Tabungan ini perlu dimasukkan dalam bentuk pelaburan yang kurang risiko kerana, sebagai ibu tunggal, anda tidak boleh mengambil terlalu banyak risiko kerana andalah sahaja yang menyara keluarga.

Tingkatkan Celik Kewangan


Kesilapan terbesar yang mungkin dilakukan oleh wanita ialah jahil mengenai perkara-perkara yang membabitkan perancangan kewangan. Didiklah diri sendiri dengan menghadiri seminar dan bengkel termasuk yang membincangkan mengenai bijak melabur dan merancang kewangan. Ini untuk memastikan supaya anda berada di landasan yang betul ketika membuat keputusan kewangan yang berdasarkan maklumat.

Sediakan Simpanan Darurat


Sebagai ibu tunggal, lebih penting kini bagi anda mempunyai persediaan "darurat", iaitu simpanan yang cukup untuk perbelanjaan hidup selama beberapa bulan. Sesetengah pa
kar kewangan mencadangkan supaya, selain tabungan sedia ada, sediakan juga simpanan yang cukup untuk perbelanjaan hidup selama sekurang-kurangnya tiga bulan bagi persediaan sekiranya berlaku sesuatu, umpamanya, anda kehilangan pekerjaan. Laburkan wang ini dalam pelaburan yang kurang berisiko atau unit amanah yang boleh anda tunaikan dengan mudah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Persediaan darurat lain yang juga penting ialah insurans, terutama insurans kesihatan dan kehilangan upaya. Dan sekiranya anda sumber utama yang menyara pendidikan anak-anak, anda perlu memastikan supaya insurans yang diambil mencukupi untuk membiayai pendidikan anak-anak.

Mulakan Perancangan Persaraan


Akan sampai masanya ibu tunggal pun mesti bersara. Oleh itu, penting bagi anda memulakan perancangan persaraan tanpa mengira berapa usia anda sekarang. Wanita patut mengambil kira jangka hayat mereka ketika membuat perancangan persaraan memandangkan ada statistik yang menyatakan bahawa wanita mempunyai jangka hayat lebih panjang daripada lelaki. Yang paling baik dilakukan ialah mulalah menabung dan melaburkan wang dengan bersungguh-sungguh mulai sekarang

Anak dan Wang


Didik anak anda mengenai wang, iaitu bagaimana wang boleh menaikkan semangat orang, bagaimana wang memerlukan kita membuat pilihan, dan bagaimana wang boleh menghalakan kita ke jalan yang salah jika kita tidak berhati-hati mengendalikannya. Anak-anak kepada ibu tunggal selalu mempunyai perasaan takut memikirkan apa akan jadi kepada mereka sekiranya ibu mereka sudah tiada lagi. Terangkan kepada anak anda mengenai perancangan kewangan anda, pelaburan anda dalam unit amanah, insurans, harta atau wasiat. Semua maklumat ini boleh memberi keyakinan kerana dapat mendidik anak-anak anda tentang betapa pentingnya membuat perancangan kewangan untuk masa depan.

Kesimpulannya, sebagai ibu tunggal, anda perlu mempunyai perancangan kewangan supaya anda dan anak-anak anda mempunyai masa depan yang lebih baik. Jika anda belum lagi mempunyai perancangan kewangan, sekaranglah masanya untuk mula membuat perancangan. Mulakan sekarang! Jangan berlengah lagi demi kepentingan mereka yang tersayang!


untuk Sebarang nasihat dan pandangan, hubungi 013-8291013


Sekian.

Bagaimana mendapat UNTUNG dalam pelaburan Unit Amanah?

Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan Unit trust beroperasi dan apa strategic yang patut untuk keuntungan yang maksima.

Strategik yang utama dan paling popular dikalangan para pelabur ialah – Beli semasa harga murah dan Jual pada harga Mahal. Walaupun dari tahun ketahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategic ini patut digunakan dalam membuat keputusan pelaburan.

Persoalannya sekarang, bila masa pula harga unit amanah ini murah? Jawapannya, pertama unit amanah akan murah pada harga permulaan (yang baru launching iaitu pada kadar RM 0.25 seunit). Kedua, bila mana berlaku masalah kegawatan ekonomi serantau. Masalah ini berlaku di pada kebiasaannya di Malaysia pada anggaran setiap 10 tahun. Bermakna, Di Malaysia pernah berlaku pada sekitar tahun 1990, kemudian 1998 dan kini 2008. Pada masa tersebut, harga seunti unit amanah akan jatuh pada kadar yang terendah malah boleh jatuh pada harga launching (RM0.25).

Oleh yang demikian, bila mana berlaku keadaan ini, para pelabur seharusnya mengambil peluang untuk membeli sebanyak mana unit amanah berdasarkan kemampuan untuk mendapat unit yang lebih.

Saya mengambil contoh:

Membeli semasa harga Murah

Melabur RM 100,000 pada 20 Jan 2009 ke dalam dana Public China Ittikal Fund(PCIF) dengan matlamat mencapai keutungan pada jangka masa yang singkat.

Pengiraan:

Jumlah duit yang dilaburkan: RM 100,000.00
Harga jualan seunit: RM 0.1406
Profail dana : Agresif
Service Charge : 5.5%
Jumlah pegangan unit : RM 100,000 – (5.5% X RM 100,000) / RM 0.1406 = 672,119.49 unit.

Jual Pada harga semasa mahal

Harga Unit saham pada 12 Jun 2009: RM 0.1896
Nilai pelaburan sekarang: 672,119.49 X RM 0.1896 = RM 127, 433.86
Jumlah keuntugan(profit): RM 27,433.86
Tempoh : 6 bulan
Peratusan keuntugan (%): 27.43%

Pengiraan di atas adalah merujuk kepada harga yang sebanar pada tarikh tersebut. Ini bermakana anda boleh mendapat pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Berdanding pelaburan ASB, ASN, ASW dan sebagainya yang hanya memberi pulangan purata dalam 6- 9% SETAHUN. Dalam Public Mutual anda sudah boleh mendapat keuntugan 27.43 % hanya dalam masa 6 bulan sahaja walaupun ekonomi yang merundum pada ketika ini.

Oleh yang demikian, ini menunjukan bahawa strategic Beli semasa harga murah dan jual pada harga mahal adalah sangat berkesan untuk pelaburan jangka masa singkat, sederhana dan panjang.

Maka itu, pada masa kini, harga seuit saham adalah adalah sangat murah, gunakan lah peluang ini untuk memenuhi matlamat pelaburan anda.

Untuk maklumat selanjutnya atau sebarang nasihat mengenai strategic pelaburan anda hubungilah saya di talian 013-829 1013.
Sekian.

Thursday, June 4, 2009

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 5 dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk lima daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mei 2009 adalah seperti berikut:
Public Dana Ittikal (6.00 sen)
Public Dana Islamic Equity (1.75 sen)
Public Dana Dividend Select (2.00 sen)
Public Dana Balanced (5.00 sen)
Public Dana Select Bond (2.50 sen)

Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata bahawa Public Mutual bersukahati kerana berupaya mengumumkan pengagihan untuk lima dana tersebut walaupun keadaan pasaran amat mencabar.
“Sungguhpun keadaan pasaran mencabar, dana-dana kami berupaya menghasilkan prestasi yang lebih baik daripada tanda aras masing-masing dan mencapai pulangan tiga tahun setinggi dua digit kepada para pelabur kami,” kata beliau.
Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Mei 2009, Public Dana Ittikal dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 16.87% dan 19.26% masing-masing untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009. Kedua-dua dana tersebut telah mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 7.92% bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, Public Dana Dividend Select telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 23.33% untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009, iaitu satu pencapaian yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 6.30% bagi tempoh yang sama.
Public Dana Balanced dan Public Dana Select Bond juga mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda aras masing-masing dengan menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 26.33% dan 13.85% masing-masing Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 69 dana.
Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 43,000 perunding unit amanah. Pada 8 Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM27.4 bilion.

Thursday, May 28, 2009

Saham Amanah / Unit Trust ; Public Mutual Berhad

Saham amanah / unit trust adalah satu pelaburan yang mengumpul wang daripada sejumlah besar pelabur berkongsi matlamat kewangan yang sama.

Dana yang dikumpulkan itu kemudian diuruskan sekumpulan pengurus professional yang melabur wang berkenaan ke dalam instrumen pelabur terutama di pasaran saham atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan bagi mencapai pelaburan dana berkenaan.

Memandangkan pasaran saham semasa kurang cergas, sudah tentu pulangan daripada pelabur saham amanah yang dilaburkan dalam instrumen itu tidak memberikan pulangan seperti yang diharapkan. Namun, adakah berdasarkan keadaan itu kita harus berhenti melabur dalam saham amanah?

Dalam soal ini, Pengurus dana menasihatkan pelabur supaya tidak melihat kepada factor itu kerana pada pandangan mereka, tidak kira sama ada keadaan pasaran saham cergas atau tidak, peluang melabur dalam saham amanah sentiasa terbuka kerana ia adalah suatu pelaburan bermatlamat jangka panjang. Sudah tentu ia adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh pelabur kerana peluang sentiasa terbuka di pasaran saham amanah.

Pelabur perlu sentiasa ingat bahawa pelaburan dalam saham amanah adalah untuk jangka panjang. Justeru itu, para pelabur tidak boleh mengharapkan pulangan serta merta iaitu sebaik sahaja pasaran pulih. Jika anda mengharapkan pulangan dalam masa enam bulan, jawapannya TIDAK!. Ia mesti lama daripada itu. Tetapi jika jangka masa pelaburan anda adalah untuk jangka panjang misalnya lima tahun, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk membeli unit amanah kerana harga unit adalah sangat murah. Tiada siapa yang dapat menjangkakan pergerakan saham...samada akan naik atau turun.

Oleh yang demikian, masa sekarang adalah masa yang paling TERBAIK untuk membeli, dan peluang ini berlaku hanya sekali dalam masa lingkugan 7 tahun.


Oleh itu, strategic “beli dan tunggu” adalah lebih bertepatan dengan keadaan semasa dan sesuai untuk kebanyakkan orang. Keuntungan yang baik secara umumnya dimiliki oleh mereka yang mampunyai portfolio pelaburan dengan pelaburan pula adalah untuk jangka panjang. Meskipun, sekarang adalah masa yang terbaik untuk membeli amanah saham, namun sumber kewangan yang terhad berikutan keadaan ekonomi yang merudum, namum bukan penghalang kepada mereka untuk melupak hasrat ini. Mereka boleh mengatasi masalah ini, pelabur boleh mengeluarkan wang caruman KWSP untuk dilaburkan dalam saham amanah yana mana pulanganya adalah lebih baik daripada pulangan yang diberikan oleh KWSP.

Dimana, orang ramai boleh menggunakan caruman KWSP untuk tujuan pelaburan. Bagusnya skim ini kerana wang hanya boleh digunakan semata-mata bagi tujuan pelaburan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan membeli perkara lain.

Selain daripada skim KWSP, pelabur juga boleh membuat pelaburan menerusi simpanan berkala secara tetap daripada potongan gaji ataupun potongan melalui akaun. Di mana anada boleh membuat potongan tetap beberapa ratus ringgit daripada gaji bulanan anda untuk dimasukkan kedalam program saham amanah.

Perkara ini memerlukan disiplin, jika tidak mempunyai banyak wang. Cukuplah dengan mulakan hanya RM100 sebulan atau untuk mendapatkan pulangan yang tinggi laburkan RM 500 sebulan untuk membeli unit saham amanah yang baik mengikut kemampuan masing-masing.( Initial RM1000 ) .

Perkara yang perlu anda ambil perhatian juga, orang ramai seharusnya memulakan pelaburan saham amanah seawal yang mungkin, sebaiknya ketika baru memasuki alam pekerjaan.

Sebagai kesimpulannya, jangan biarkan diri anda menyesal di kemudian hari nanti berikutan kekangan masalah kewangan sekiranya tidak memulakan dari sekarang. Perancangan Kewangan boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan yang anda inginkan.

ANDA masih belum terlambat.
Sekian..

Friday, May 22, 2009

Bersikap Tamak Apabila Orang Lain Berasa Takut

Pelabur terkenal Warren Buffet, dalam artikelnya baru - baru ini yang bertajuk "Buy America, I Am" yang diterbitkan pada 16 Oktober 2008 dalam New York Time, mengatakan yang berikut ketika menerangkan mengapa beliau mula melabur dengan banyak dalam saham ketika pasaran merosot baru-baru ini:

Saya membeli saham mengikut satu peraturan mudah: Rasa takut apabila orang lain bersikap tamak , bersikap tamak apabila orang lain berasa takut.

"Saya tidak dapat meramalkan pergerakan pasaran saham dalam jangka pendek. Saya tidak tahu sama ada harga-harga saham akan naik atau turun dalam masa satu bulan atau satu tahun. Walau bagaimanapun, pasaran mungkin akan naik, barangkali dengan banyaknya, sebelum sentimen atau ekonomi bertambah baik. Jika anda menunggu burung robin untuk menandakan kedatangan musim bunga, ia akan berlalu begitu sahaja.

"Kini mereka yang memegang wang tunai atau barangan bernilai setara tunai akan merasa senang hati. Mereka tidak sepatutnya berfikiran begitu. Mereka telah memilih satu aset jangka panjang yang teruk, yang tidak membawa apa-apa pulangan. Malah ia pasti akan susut nilai. Sememangnya, polisi-polisi kerajaan untuk mengurangkan krisis sekarang mungkin akan membawa inflasi dan mempercepatkan penyusutan nilai sebenar akaun-akaun tunai".

Dengan Public Mutual Berhad anda pasti boleh segalanya.





Tahukah anda! Apakah keistimewaan Yang Menanti Anda?:-

  • Anda ingin peluang terbaik untuk menambahkan pendapatan.
  • Anda ingin program yang sah & Halal disisi undang2/Agama.
  • Anda ingin mempunyai kerjaya yang blh menjamin masa depan.


1. Pemegang Unit

Peluang Pulangan Keuntungan Yang Tinggi dan Terbukti.

Risiko Yang Rendah Berbanding Saham di Stock Bursa.

Halal Disisi Agama Dan Dipantau Oleh Jemaah Shariah

Portfolio Yang Pelbagai Untuk Meminimakan Risiko


2. Perunding Unit Amanah

  1. Potensi Komisen Pelaburan Tanpa Batas (Direct)
  2. Overriding Pelaburan Jualan Kumpulan Secara Bulanan
  3. Career Benefit Bonus Yang Diterima Setiap Bulan
  4. Bonus Setiap Akhir Tahun
  5. Bonus Penyamaan Pangkat-pangkat
  6. Bonus Trip ke luar Negara (Cth: China, Vietnam, Japan & etc)


Banyak lagi faedah yang disediakan untuk setiap ahli yang dilantik dengan sah sebagai Perunding Unit Amanah (UTC) di Public Mutual Berhad Syarikat Pelaburan Amanah No. 1 di Malaysia.

Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust Investment) .

Skim Pelaburan Unit Amanah adalah suatu bentuk pelaburan kolektif yang berobjektif pelaburan dengan mengumpul simpanan dan melaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh broker-broker profesional bagi pelaburan dalam sesebuah syarikat yang mengurus dana-dana saham amanah.

Laman web ini menyediakan maklumat dan panduan yang jelas dan betul mengenai pelaburan di Syarikat Pelaburan Unit Amanah No. 1 di Malaysia iaitu Public Mutual Berhad.

Pelaburan unit amanah sentiasa dipantau oleh Persekutuan Pengurusan- pengurusan Unit Amanah Malaysia (FMUTM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan kesemua syarikat-syarikat yang menyediakan pelaburan amanah mematuhi garispanduan yang ditetapkan pihak yang berkuasa.


Ramai yang telah lama melabur dalam bidang ini telah "kaya" hasil berkat usaha yang berterusan mereka telah berjaya mendapat pulangan yang menarik dan membuahkan hasil sehingga hari tua.

Pada masa ini pertumbuhan mantap dan perkembangan positif dalam saham amanah terutama pasaran modal Islam yang mana telah banyak menerbitkan bon dan dana-dana yang berteraskan Syariah jangkamasa pendek sehingga yang panjang. Dengan itu bagi pelabur bumiputera @ yang beragama Islam adalah lebih yakin untuk melibatkan diri dalam pelaburan yang telah di sahkan HALAL dari aspek agama Islam.

Perunding Unit Amanah (Agent / Unit Trust Consultant).

  1. Potensi Komisen Pelaburan Tanpa Batas (Direct)
  2. Komisen Overriding Pelaburan Jualan Kumpulan Secara BulanaN.
  3. Career Benefit Bonus Yang Diterima Setiap Bulan
  4. Bonus Setiap Akhir Tahun
  5. Bonus Penyamaan Pangkat-pangkat.
  6. Bonus Trip ke luar Negara (Cth: China, Vietnam, Japan & etc)

Antara peluang pendapatan dan bonus yang menarik diatas merujuk kepada mereka yang berminat untuk menjadi agen dan seterusnya mempromosi kepada prospek untuk melabur dalam Pelaburan Unit Amanah ini

Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk melayakkan seorang prospek yang berminat untuk menjadi Perunding Unit Amanah, syaratnya adalah seperti:-

  • Seseorang yang berminat perlulah berumur sekurang2nya 21 thn.
  • Tahap kelulusan pendidikan minima adalah Sijil Pelajaran Malaysia
    (SPM) Berpangkat 3 atau yang diiktiraf oleh FMUTM.

  • Tidak pernah disabitkan dengan kes Jenayah.

  • Tidak pernah disabitkan kes pecah amanah dan tidak diistihar
    muflis oleh pihak Mahkamah.

  • Mestilah mempunyai minat dan boleh memberi komitmen dan
    tumpuan yang lebih untuk kepentingan pelanggan & menjaga
    nama baik syarikat yang bertanggungjawab.


Pihak kami akan memberi tunjuk ajar dan panduan yang terbaik dari proses permulaan sehingga anda berjaya menjadi seorang Perunding Unit Amanah, Kami ada full time agent yang dapat memberi tunjuk ajar dan panduan kepada anda, InsyaAllah kami sentiasa bersedia untuk anda diluar sana.

Penafian:

Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan Prospektus Induk Dana Siri Public yang berlandaskan Kehendak Syariah dan Prospektus Induk Dana Siri PB yang sah sebelum melabur.Prospektus ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti yang tidak bertanggungjawab ke atas kandungannya, dan pendaftaran ini juga bukan syor atau saranan Suruhanjaya untuk melabur.

Anda harus mengetahui bayaran dan caj semasa membeli dan menjual unit amanah dan harga unit amanah dan pengagihan yang dibayar, jika ada, tertakluk kepada naik turun pasaran, sebagai peringatan, prestasi dana dahulu tidak semestinya memberi panduan untuk prestasi masa hadapan. Salinan Prospektus Induk Dana Siri Public yang berlandaskan Kehendak Syariah dan Prospektus Induk Dana Siri PB boleh didapati daripada Perunding Unit, Amanah atau Pejabat Public Mutual berhampiran, salinan Prospektus Induk Dana Siri PB pula boleh didapati daripada mana-mana cawangan Public Bank seluruh negara.

Wednesday, May 20, 2009

Public Mutual- Pengurus Dana Terbaik di Malaysia.


Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual memenangi anugerah AsianInvestor bagi “Pengurus Dana Dalam Negara Malaysia Terbaik” bagi 2 tahun berturut-turut. Pengerusi Public Mutual, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow menerima anugerah tersebut daripada Cik Rebekka Kristin, Penerbit Bersekutu bagi AsianInvestor di Malam Anugerah Tahunan Public Mutual yang diadakan pada 17 Mei 2009 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Kuala Lumpur. AsianInvestor yang berpejabat di Hong Kong, merupakan sebuah penerbitan yang terkemuka di industri pengurusan aset rantau Asia Pasifik.
Anugerah Prestasi Pelaburan AsianInvestor tersebut mula diperkenalkan di tahun 2001 bagi menyambut kecemerlangan prestasi pelaburan pengurus-pengurus dana di Asia Pasifik. Menurut Cik Kristin, Public Mutual dinamakan Pengurus Dana Dalam Negara Malaysia Terbaik” kerana kebingkasan prestasinya di tahun yang penuh dengan pergolakkan kewangan. “Anugerah ini mengakui pencapaian cemerlang setiap ahli Public Mutual yang berusaha kuat dalam industri yang amat mencabar bagi masa kini,” kata Cik Kristin.
Sementara itu, Tan Sri Teh meluahkan perasaan bangga bahawa Public Mutual sekali lagi menerima pengiktirafan antarabangsa ini, yang merupakan anugerah industri ke-135 yang dimenangi oleh syarikat tersebut sejak tahun 1999. “Anugerah yang berprestij ini membuktikan komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai yang tertinggi serta sentiasa berusaha memenuhi pelbagai keperluan pemegang-pemegang unit kami,” kata beliau. Beliau mendedikasikan anugerah tersebut kepada lembaga pengarah, badan pengurusan, kakitangan dan perunding-perunding unit amanah Public Mutual atas dedikasi dan usaha gigih mereka dalam menjadikan syarikat tersebut pemimpin dalam industri.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemegang-pemegang unit atas sokongan kuat dan keyakinan yang berterusan terhadap Public Mutual. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 69 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 42,500 perunding unit amanah. Pada 8 Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM27.4 bilion.
p/s : Tahniah buat semua perunding Unit Amanah Public Mutual..

Thursday, May 14, 2009

Our Top Stock-Market Signal Says "Buy"

Get ready. Our top stock market signal is just about to flash a "buy."

And this is big news because going back to the 1920s, this signal's track record is fantastic...

In fact, the last time this signal flashed was December 2007. Back then it said "GET OUT OF STOCKS." It hasn't wavered since... The signal has stood its ground, saying "stay out of stocks," since 2007. Don't you wish you had paid attention to it?

Here's the secret to the market-beating success of this signal: It has a history of keeping you out of the big downturns in stock prices. The signal captures most of the uptrend as well.

Let me share this signal's incredible track record. Our "baseline" is the overall stock market – the S&P 500 Index. This index has compounded at 5% a year since 1926, not including dividends. (Yes, it's true... Most people think the stock market has done better than that. But the recent bear market reduced the historical return.)

When the signal said "be in stocks" – two-thirds of the time – stocks rose at a compound rate of 11% per year (again, not including dividends).

The other third of the time, when the signal said "be OUT of stocks," stocks actually compounded at a negative 6% per year.

This incredibly simple idea comes down to one question: Are stocks above or below their recent average prices?

If stocks are above their recent average, then you want to own them. If they're below it, then you don't want to own them.

When the S&P 500 Index is above its 45-week moving average, stocks compound at an astounding 11% annual rate. And when stocks are below it, they lose money at 6% per year.

Here's a simple graph showing how much money you'd have made since the beginning of 2000 following this system, versus the index. We own stocks above the moving average and move to cash earning 3% (just to keep the math easy) when stocks are below the moving average.

The blue line is the money in our little "system." You're in cash when the blue line goes "straight." The black line is your money if you just held the market (not including dividends).


You can see a few things right away...

The first is, you did significantly better than buy and hold. Most importantly, you cut your losses in the two big falls – the one from 2000 to 2003 and the one from 2007 to today.

With results like these, why doesn't everyone simply own stocks when they're above the line?

Before I go on... there is one small issue here that can eat into your returns... something called "whipsaws." That's when the market crosses over the line one week and then crosses back the next week. The argument goes that the transaction costs associated with jumping in and out on these false signals would eat up your excess gains.

This worry has merit, but you can nearly get rid of whipsaws quite easily by increasing the threshold it takes to get into a trade. When you raise the threshold to enter the trade to 2% above the moving average, you cut the whipsaws down by over 80%.

And even though you've made it tougher to get into a trade, the amazing part is, you don't affect your results much. In this example, not only would you have ended up with more money, but you'd have had far fewer transactions, meaning lower costs.

You might disagree with this system. You might say it's too simple or dumb. But it's worked darn well over the last 80 years... and over the last decade.

And right now, this signal is about to say "buy" – because the old high data points are about to drop out of the 45-week average, and low ones will replace them.

Remember, when it says "buy" stocks rise at 11%+ a year... Ignore it at your own risk.

Good investing