Tuesday, August 4, 2009

Awas Riba!!

Hari ini aku ada berjumpa dengan seorang pemuda yang umur awal 30-an yang bekerja sebagai seorang guru dan masih lagi bujang. Dia merupakan senior saya di SMK Elopura dahulu. Ketika itu, saya sedang duduk makan di Restoran asam pedas yang juga tempat di mana saya sering stay bersama-sama teman-teman lama. Saya meminati restoran ini kerana kemudahan wifi yang disediakan di samping bersebelahan dengan Masjid, malah masakannya juga boleh lah tahan di tambah dengan layanan para pekerjanya juga mesra pelanggan. Maka, tidak hairanlah Restoran ini sering menjadi tempat kunjungan orang ramai.

Berbalik pada cerita asal, saya secara kebetulan telah menegur pemuda tersebut. Sembang punya sembang kami pun masing-masing bertanya asal usul termasuklah zaman persekolahan. Rupa-rupanya pemuda tersebut adalah senior saya.

Dalam perbualan kosong bersama pemuda tersebut, kami pun bercerita tentang kerjaya masing-masing. Maka saya pun pasti tidak akan melepaskan untuk menerang serba sedikit tentang simpanan dalam Public Mutual untuk masa hadapan.

Ternyata pemuda ini juga berminat untuk tahu bentuk simpanan ini. Saya cukup kagum dengan pemuda ini kerana beliau merupakan seorang yang teliti dalam bentuk simpanan dan pinjaman. Soalan yang pertama ditujukan pasa saya;

Pemuda : Dari sudut halal haram, Public Mutual halal ke?

Dan saya pun menerangkan : Dana Public Mutual, terbahagi kepada dua iaitu conventional dan Islamic. Maka dana Islamic sudah tentu menetapi syariah Islam seperti mana yang digariskan oleh agama.

Pemuda : Saya bukan apa, ramai masyrakat kini ini, Nampak ja pulangan lumayan terus boleh melupakan akan tuntutan agama tentang larangan dalam riba. Demi duit?? Mata terus kabur bah. Ini lah orang kita zaman sekarang.

Macam tu lah lebh kurang diolaog yang ingin saya kongsi bersama. Ketika balik lebih kurang jam 11.00 malam, saya berfikir sejanak kata-kata pemuda tadi. Cuba anda Tanya diri anda, selama ini pinjaman kereta, rumah, peribadi, simpanan anda di mana? Kalau system conventional memang jelas nyata TETAP HARAM di sisi Islam sama lah dosanya seperti minum arak dan berjudi. Namun, masyarakat kita masih tidak sedar akan dosanya memakan riba. Satu hadis yang maknanya mengatakan bahawa mereka yang terlibat dalam memberi, menerima dan menjadi saksi kepada transaksi riba adalah berdosa.

Maka, diruangan ini, marilah kita merenung sekali lagi.. sejauh mana kita tidak terjebak dengan riba? Mungkin kalau lah bentuk simpanan kita selama ini berbentuk conventional maka keluarkanlah dan simpanlah di tempat yang mematuhi prinsip syariah Islam. Jangan kita bermudah-mudah dalam hal kewangan yan kita yang secara sedar atau tidak kita mudah terjebak dengan riba.

Kemudian, pemuda tadi pun setalah mengetahui akan hukum serta pulangan dan risiko dalam simpanan Public Mutual ini cukup yakin dan bersetuju untuk melabur demi masa hadapannya. Terima Kasih pemuda atas kepercayaan anda.

Sekadar renungan untuk pembaca.

No comments: