Monday, August 17, 2009

Simpanan suatu belanja WAJIB

Hari ini aku sekali lagi turun padang untuk buat booth scheme Public Mutual, setelah hampir 7 bulan aku buat booth, aku rindu pula untuk berjumpa dengan orang ramai untuk menerangkan bentuk simpanan bentuk Unit Amanah Public Mutual.
Ruangan kali ini, aku ada satu perkara untuk di kongsi bersama. Perkongsian ini aku ingin kongsi coz sebagai seorang perunding semamangnya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza apabila berhadapan dengan cleint atau prospek masing-masing.
Seorang prospek yang saya jumpa merupakan seorang wanita melayu yang umur dia saya rasakan dalam lingkugan 40-an. Ketika wanita ini lalu, saya cuba menyapanya. Kemudian saya beri sekeping artikel berkaiatan perancangan pancen dalam masa yang sama cuba menerangkan bentuk perancangan ini. Kemudian wanita ini pertamanya langsung tidak berminat untuk mendengarnya dan mengajukan soalan kepada saya:
Ms Prospek: Aku ini tua dah, dah terlewat untuk merancang masa pancen ini.. lagi pun kalau esok lusa aku mati.. macam sia-sia pula simpananku.
saya cuba menyapa ms prospek ini dengan pangilan "akak"
Saya: kalau akak hidup sampai 70-an, macam mana pula?
Ms Prospek: Endak juga aku minta-minta hidup sampai macam tu.
Saya: Ajal mati ini kak ditangan tuhan.. so kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan, so apa pun kita kena merancang untuk kehidupan akan datang. (Saya berlalih untuk merancang pelan pendidikan) Ok, sekarang akak ada berapa anak? dan anak sulung umur berapa?
Ms Prospek: Yalaa... tapi..,, (terus dia ndak jawab). Anak ada 4 orang, sulung baru umur 13 tahun dan bungsu baru 7 tahun.
Saya; Setakat ini kak, ada tak bentuk apa-apa simpanan untuk anak-anak?
Ms Prospek: ada tu ada, tapi tak lah juga banyak..
Saya: kak, kalau nak merancang ni, kita kenalah lebih serius untuk melihat hasilnya pun lebih lumayan. kalau lah kita hanya menyimpan guna konsep "kalau ada lebih baru menyimpan" boleh kata setiap bulan mesti tak da lebih tu.. So, simpanan ini kita kena anggap satu belanja bulan yang wajib kita kena bayar dulu, kemudian hari baru kita lihat dan rasakan faedah atau kebaikan simpanan kita. Cuba akak bayangkan kalau bentuk simpanan untuk seorang anak selepas 15 tahun akan datang seorang anak dapat dalam RM50,000. Masuk ja IPT akak, tak perlu fikit pasal yuran pengajian anak-anak.
Ms Prospek: Macam mana pula??
dan saya pun terang sedikit bentuk pelan pendidikan....
Nah, macam tulah suasana perbualan kami. Cuma yang saya kongsi bersama, Hari ini anda akan sering berjumpa dengan orang yang sering beranggapan "simpan kalau lebih" dan falsafah ini sebenarnya suatu kesilapan yang besar. Hal nya kerana, kepuasan manusia tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Selagi besar pendapatanya, maka semakin besarlah nafsu-nafsinya. Maka cuba anda tanamkan sifat dalam diri anda, "simpanan merupakan suatu belanja wajib pada setiap bulan". Tanamkanlah sikap meyimpan pada setiap bulan, anda perlu senyum apabila anda berjaya mendisiplinkan diri untuk menyimpan pada setiap bulan.
Sekian.
Note: Kata sapaan "akak" bagi yang dah berumur perlu untuk kita tanamkan kemesraan antara consultant dan prospek sebelum meneruskan langkah seterusnya..

No comments: