Wednesday, August 5, 2009

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 6 dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk enam daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2009 adalah seperti berikut:

Dana Pengagihan Kasar / Unit
Public Dana Growth 4.00 sen
Public Dana Islamic Opportunities 2.00 sen
Public Dana Islamic Select Enterprises 1.25 sen
Public Dana Bond 5.00 sen
Public Dana Islamic Select Bond 3.50 sen
Public Dana Islamic Income 2.50 sen

Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 20 Julai 2009, Public Dana Growth dan Public Dana Islamic Opportunities telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 40.11% dan 45.01% masing-masing untuk tempoh berakhir 10 Julai 2009. Bagi dana-danabon pula, Public Dana Bond menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 15.56% sementara Public Dana Islamic Select Bond yang dilancarkan pada tahun 2007 telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 6.59%. Dana-dana ini telah mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya bagi tempoh masing-masing.
Sementara itu, Public Dana Islamic Select Enterprises dan Public Dana Islamic Income yang dilancarkan pada tahun lepas telah menghasilkan pulangan enam bulan sebanyak 16.08% dan 4.45% masing-masing untuk tempoh berakhir 10 Julai 2009. Kedua-dua dana tersebut terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 70 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000 perunding unit amanah. Pada 30 Jun 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM30.6 bilion.

No comments: