Thursday, June 4, 2009

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 5 dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk lima daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mei 2009 adalah seperti berikut:
Public Dana Ittikal (6.00 sen)
Public Dana Islamic Equity (1.75 sen)
Public Dana Dividend Select (2.00 sen)
Public Dana Balanced (5.00 sen)
Public Dana Select Bond (2.50 sen)

Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata bahawa Public Mutual bersukahati kerana berupaya mengumumkan pengagihan untuk lima dana tersebut walaupun keadaan pasaran amat mencabar.
“Sungguhpun keadaan pasaran mencabar, dana-dana kami berupaya menghasilkan prestasi yang lebih baik daripada tanda aras masing-masing dan mencapai pulangan tiga tahun setinggi dua digit kepada para pelabur kami,” kata beliau.
Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Mei 2009, Public Dana Ittikal dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 16.87% dan 19.26% masing-masing untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009. Kedua-dua dana tersebut telah mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 7.92% bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, Public Dana Dividend Select telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 23.33% untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009, iaitu satu pencapaian yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 6.30% bagi tempoh yang sama.
Public Dana Balanced dan Public Dana Select Bond juga mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda aras masing-masing dengan menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 26.33% dan 13.85% masing-masing Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 69 dana.
Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 43,000 perunding unit amanah. Pada 8 Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM27.4 bilion.

No comments: