Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan mengajar berjimat.

Lama aku tidak posting new artike dalam blog ini,, mungkin atas kesibukan dan halangan untuk online la punya pasal ini.. Namun, atas halangan ini, aku cuba untuk ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. Bersama kita tingkatkan amal ibadat kita di bulan suci ini. Semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik antara ramadhan yang sudah, dan kita tidak akan pasti akan ke temu ramadhan tahun akan datang. Maka itu, gunakan sebaik masa dan peluang ini untuk kita banyakkan amal ibadat kita.
Ramadhan sebenarnya mengajar kita untuk bersifat sederhana, namun realitinya apabila berbuka puasa, lihat saja bazar rahmadhan orang ramai akan berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa dengan yang agak keterlaluan. Hanya disebabkan nafsu tadi, ramai yang lebih gemar untuk berbuka dengan juadah yang dibeli di bazar. Sedangkan hampir semua masjid-masjid menyediakan juadah berbuka, mengapa tidak bersama untuk berbuka di masjid??
Begitulah halnnya dalam kita merancang belanjawan peribadi. Hal-hal yang remeh seperti ini sebenarnya yang banyak melalaikan kita untuk tidak menjadi orang sensitif dalam menyimpan setiap bulan. Bayangkan anda akan berbelanja untuk seorang RM15 sehari, maka sebulan sudah RM450 yang dibelanjakan. perbelanjaan yang tidak dirancang dengan baik sebenarnya yang menyebabkan pendapatan bulanan akan defisit. Apatah lagi hampir dengan hari raya, sudah tentu belanja untuk berhari raya juga akan bertambah, Maka orang yang tidak merancang perbelanajaan bulanannya terutamanya pada bulan ramadhan ini, sudah tentu akan memberi kesan yang tidak baik terhadap perbelanjaan bulanan.
Rahmadhan yang mengajar supaya berjimat cermat, namun tidak sekali anda endahkan, maka sudah tentu juga akan mendapat kebencian daripada Allah S.W.T atas perbuatan yang boros dalam perbelanjaan..
Kesimpulannya, jadikan bulan ramadhan ini sebagai bulan tarbiyah dalam belanjawan peribadi anda dan menjadi amalan pada bulan akan datang.
Sekian..

Monday, August 17, 2009

Simpanan suatu belanja WAJIB

Hari ini aku sekali lagi turun padang untuk buat booth scheme Public Mutual, setelah hampir 7 bulan aku buat booth, aku rindu pula untuk berjumpa dengan orang ramai untuk menerangkan bentuk simpanan bentuk Unit Amanah Public Mutual.
Ruangan kali ini, aku ada satu perkara untuk di kongsi bersama. Perkongsian ini aku ingin kongsi coz sebagai seorang perunding semamangnya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza apabila berhadapan dengan cleint atau prospek masing-masing.
Seorang prospek yang saya jumpa merupakan seorang wanita melayu yang umur dia saya rasakan dalam lingkugan 40-an. Ketika wanita ini lalu, saya cuba menyapanya. Kemudian saya beri sekeping artikel berkaiatan perancangan pancen dalam masa yang sama cuba menerangkan bentuk perancangan ini. Kemudian wanita ini pertamanya langsung tidak berminat untuk mendengarnya dan mengajukan soalan kepada saya:
Ms Prospek: Aku ini tua dah, dah terlewat untuk merancang masa pancen ini.. lagi pun kalau esok lusa aku mati.. macam sia-sia pula simpananku.
saya cuba menyapa ms prospek ini dengan pangilan "akak"
Saya: kalau akak hidup sampai 70-an, macam mana pula?
Ms Prospek: Endak juga aku minta-minta hidup sampai macam tu.
Saya: Ajal mati ini kak ditangan tuhan.. so kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan, so apa pun kita kena merancang untuk kehidupan akan datang. (Saya berlalih untuk merancang pelan pendidikan) Ok, sekarang akak ada berapa anak? dan anak sulung umur berapa?
Ms Prospek: Yalaa... tapi..,, (terus dia ndak jawab). Anak ada 4 orang, sulung baru umur 13 tahun dan bungsu baru 7 tahun.
Saya; Setakat ini kak, ada tak bentuk apa-apa simpanan untuk anak-anak?
Ms Prospek: ada tu ada, tapi tak lah juga banyak..
Saya: kak, kalau nak merancang ni, kita kenalah lebih serius untuk melihat hasilnya pun lebih lumayan. kalau lah kita hanya menyimpan guna konsep "kalau ada lebih baru menyimpan" boleh kata setiap bulan mesti tak da lebih tu.. So, simpanan ini kita kena anggap satu belanja bulan yang wajib kita kena bayar dulu, kemudian hari baru kita lihat dan rasakan faedah atau kebaikan simpanan kita. Cuba akak bayangkan kalau bentuk simpanan untuk seorang anak selepas 15 tahun akan datang seorang anak dapat dalam RM50,000. Masuk ja IPT akak, tak perlu fikit pasal yuran pengajian anak-anak.
Ms Prospek: Macam mana pula??
dan saya pun terang sedikit bentuk pelan pendidikan....
Nah, macam tulah suasana perbualan kami. Cuma yang saya kongsi bersama, Hari ini anda akan sering berjumpa dengan orang yang sering beranggapan "simpan kalau lebih" dan falsafah ini sebenarnya suatu kesilapan yang besar. Hal nya kerana, kepuasan manusia tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Selagi besar pendapatanya, maka semakin besarlah nafsu-nafsinya. Maka cuba anda tanamkan sifat dalam diri anda, "simpanan merupakan suatu belanja wajib pada setiap bulan". Tanamkanlah sikap meyimpan pada setiap bulan, anda perlu senyum apabila anda berjaya mendisiplinkan diri untuk menyimpan pada setiap bulan.
Sekian.
Note: Kata sapaan "akak" bagi yang dah berumur perlu untuk kita tanamkan kemesraan antara consultant dan prospek sebelum meneruskan langkah seterusnya..

Wednesday, August 5, 2009

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 6 dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk enam daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2009 adalah seperti berikut:

Dana Pengagihan Kasar / Unit
Public Dana Growth 4.00 sen
Public Dana Islamic Opportunities 2.00 sen
Public Dana Islamic Select Enterprises 1.25 sen
Public Dana Bond 5.00 sen
Public Dana Islamic Select Bond 3.50 sen
Public Dana Islamic Income 2.50 sen

Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 20 Julai 2009, Public Dana Growth dan Public Dana Islamic Opportunities telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 40.11% dan 45.01% masing-masing untuk tempoh berakhir 10 Julai 2009. Bagi dana-danabon pula, Public Dana Bond menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 15.56% sementara Public Dana Islamic Select Bond yang dilancarkan pada tahun 2007 telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 6.59%. Dana-dana ini telah mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya bagi tempoh masing-masing.
Sementara itu, Public Dana Islamic Select Enterprises dan Public Dana Islamic Income yang dilancarkan pada tahun lepas telah menghasilkan pulangan enam bulan sebanyak 16.08% dan 4.45% masing-masing untuk tempoh berakhir 10 Julai 2009. Kedua-dua dana tersebut terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 70 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000 perunding unit amanah. Pada 30 Jun 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM30.6 bilion.

Tuesday, August 4, 2009

Awas Riba!!

Hari ini aku ada berjumpa dengan seorang pemuda yang umur awal 30-an yang bekerja sebagai seorang guru dan masih lagi bujang. Dia merupakan senior saya di SMK Elopura dahulu. Ketika itu, saya sedang duduk makan di Restoran asam pedas yang juga tempat di mana saya sering stay bersama-sama teman-teman lama. Saya meminati restoran ini kerana kemudahan wifi yang disediakan di samping bersebelahan dengan Masjid, malah masakannya juga boleh lah tahan di tambah dengan layanan para pekerjanya juga mesra pelanggan. Maka, tidak hairanlah Restoran ini sering menjadi tempat kunjungan orang ramai.

Berbalik pada cerita asal, saya secara kebetulan telah menegur pemuda tersebut. Sembang punya sembang kami pun masing-masing bertanya asal usul termasuklah zaman persekolahan. Rupa-rupanya pemuda tersebut adalah senior saya.

Dalam perbualan kosong bersama pemuda tersebut, kami pun bercerita tentang kerjaya masing-masing. Maka saya pun pasti tidak akan melepaskan untuk menerang serba sedikit tentang simpanan dalam Public Mutual untuk masa hadapan.

Ternyata pemuda ini juga berminat untuk tahu bentuk simpanan ini. Saya cukup kagum dengan pemuda ini kerana beliau merupakan seorang yang teliti dalam bentuk simpanan dan pinjaman. Soalan yang pertama ditujukan pasa saya;

Pemuda : Dari sudut halal haram, Public Mutual halal ke?

Dan saya pun menerangkan : Dana Public Mutual, terbahagi kepada dua iaitu conventional dan Islamic. Maka dana Islamic sudah tentu menetapi syariah Islam seperti mana yang digariskan oleh agama.

Pemuda : Saya bukan apa, ramai masyrakat kini ini, Nampak ja pulangan lumayan terus boleh melupakan akan tuntutan agama tentang larangan dalam riba. Demi duit?? Mata terus kabur bah. Ini lah orang kita zaman sekarang.

Macam tu lah lebh kurang diolaog yang ingin saya kongsi bersama. Ketika balik lebih kurang jam 11.00 malam, saya berfikir sejanak kata-kata pemuda tadi. Cuba anda Tanya diri anda, selama ini pinjaman kereta, rumah, peribadi, simpanan anda di mana? Kalau system conventional memang jelas nyata TETAP HARAM di sisi Islam sama lah dosanya seperti minum arak dan berjudi. Namun, masyarakat kita masih tidak sedar akan dosanya memakan riba. Satu hadis yang maknanya mengatakan bahawa mereka yang terlibat dalam memberi, menerima dan menjadi saksi kepada transaksi riba adalah berdosa.

Maka, diruangan ini, marilah kita merenung sekali lagi.. sejauh mana kita tidak terjebak dengan riba? Mungkin kalau lah bentuk simpanan kita selama ini berbentuk conventional maka keluarkanlah dan simpanlah di tempat yang mematuhi prinsip syariah Islam. Jangan kita bermudah-mudah dalam hal kewangan yan kita yang secara sedar atau tidak kita mudah terjebak dengan riba.

Kemudian, pemuda tadi pun setalah mengetahui akan hukum serta pulangan dan risiko dalam simpanan Public Mutual ini cukup yakin dan bersetuju untuk melabur demi masa hadapannya. Terima Kasih pemuda atas kepercayaan anda.

Sekadar renungan untuk pembaca.