Tuesday, April 5, 2011

Bentuk Simpanan yang berkesan

Dewasa ini, kesedaran terhadap individu akan pentingnya meyimpan semakin meluas sama ada diperingkat sekolah mahupun golongan dewasa yang sudah berkerja. Kesedaran ini lahir mungin daripada peranan pihak kerajaan, institusi kewangan, BNM, NGO, pihak sekolah dan sebagainya. Maka tidak hairanlah pada ketika ini pelbagai produk baru yang wujud berbentuk simpanan dan ia tumbuh bagikan cendawan. Hal ini disebabkan permintaan yang begitu tinggi.Sebagai contohnya ASB LOAN dan FD + UNIT AMANAH yang kini semakin hangat dipasaran.

Namun begitu, kesedaaran ini seharusnya perlu di tambahkan dengan ilmu pengatahuan tentang bentuk simpanan yang wajar setiap individu. Hal ini bagi memenuhi kehendak atau matlamat individu tersebut.

Oleh yang demikian, beberapa faktor perlu diambil kira sebelum anda membuat simpanan. antaranya faktor keuntungan yang diberikan, risiko, tempoh matang, dan kecairan. sekiranya anda hanya membuat simpanan sesuka hati anda,tidak mustahil matlamat anda tidak akan tercapai. Misalnya, sekiranya anda melabur dalam ASB LOAN dalam tempoh 20 tahun pada perjanjian awalnya, dan keaadaaan telah mendesak 2 tahun berikutnya anda sudah tidak berminat dengan keaadaaan ini, maka sudah tentu jumlah simpanan anda akan rugi.

Maka tidak hairanla hari ini, ada sesetengah pihak merasakan diri mereka tertipu kerana produk-produk sedemikian yang akhirnya tidak mendapatkan apa-apa pulangan. Bukan salah produk tersebut tetapi kesilapan terhadap pelabur yang tidak memahami bentuk produk tersebut.

Maka sebelum anda membuat sebarang simpanan atau pelaburan, anda perlu tahu akan ciri-ciri produk tersebut. Namun, di PUBLIC MUTUAL pelbagai dana yang sesuai untuk semua peringkat dan kehendak anda. hubungi PERUNDING UNIT AMANAH anda yang anda kenali atau berhubung terus dengan saya bagi maklumat lanjut.

sekian.

No comments: