Hampir setahun saya tak post sebarang artikel dalam blog ini, bukan bermakna saya sudah tidak aktif atau meninggalkan kerjaya ini.
Bagi saya, sebagai insan yang perlukan kerjayaan untuk masa depan, anda perlu bermula dari sekarang. Bermula bagaimana? adakah kejayaan itu sekadar mendapat kerja yang gaji cukup besar?
Jawapannya tidak begitu mudah, lihat saja golongan yang MUFLIS hari ini adalah kebanyakkan mereka adalah golongan yang berpendapatan tinggi. Malah, isu perceraian rumah tangga juga banyak berpunca daripada mereka yang mempunyai kerjaya yang baik.
Maka dari itu, salah satu kejayaan yang perlu ada laksanakan dari sekarang adalah merancang kewangan anda. Apakah yang dimaksudkan sebagai perancangan kewangan?
Perancangan kewangan ini meliputi aspek antaranya ialah perancangan hutang, pencen, pendidikan, pengumpulan asset, simpanan dan sebagainya. Hari ini, kesedaran terhadap perancangan kewangan setiap insan kurang dititik beratkan. Maka, keadaaan beginilah yang menjadi punca seseorang itu hilang hala tuju untuk meneruskan hidup kerana disebabkan oleh kesempitan kewangan yang dibebankan oleh hutang yang terlalu banyak.
Maka, sebelum terlambat anda perlu mendalami ilmu perancangan kewangan dan cuba praktikan dalam kehidupan anda. Kejayaan inilah yang perlu anda kecapi tanpa mengira kedudukan dan pangkat, miskan mahupun kaya. Anda perlu depan merancang untuk masa lebih cerah dan bahagia.
Bagaimana anda ingin merancang kewangan anda?
Berjumpalah dengan PERUNDING kewangan yang anda percayai dan cuba dapatkan maklumat tentang perancangan kewangan. Anda juga boleh menghubungi saya melalui telefon mahupun e-mail.
sekian.
13 years ago