Wednesday, December 29, 2010

Kejayaan yang hakiki

Hampir setahun saya tak post sebarang artikel dalam blog ini, bukan bermakna saya sudah tidak aktif atau meninggalkan kerjaya ini.

Bagi saya, sebagai insan yang perlukan kerjayaan untuk masa depan, anda perlu bermula dari sekarang. Bermula bagaimana? adakah kejayaan itu sekadar mendapat kerja yang gaji cukup besar?

Jawapannya tidak begitu mudah, lihat saja golongan yang MUFLIS hari ini adalah kebanyakkan mereka adalah golongan yang berpendapatan tinggi. Malah, isu perceraian rumah tangga juga banyak berpunca daripada mereka yang mempunyai kerjaya yang baik.

Maka dari itu, salah satu kejayaan yang perlu ada laksanakan dari sekarang adalah merancang kewangan anda. Apakah yang dimaksudkan sebagai perancangan kewangan?

Perancangan kewangan ini meliputi aspek antaranya ialah perancangan hutang, pencen, pendidikan, pengumpulan asset, simpanan dan sebagainya. Hari ini, kesedaran terhadap perancangan kewangan setiap insan kurang dititik beratkan. Maka, keadaaan beginilah yang menjadi punca seseorang itu hilang hala tuju untuk meneruskan hidup kerana disebabkan oleh kesempitan kewangan yang dibebankan oleh hutang yang terlalu banyak.

Maka, sebelum terlambat anda perlu mendalami ilmu perancangan kewangan dan cuba praktikan dalam kehidupan anda. Kejayaan inilah yang perlu anda kecapi tanpa mengira kedudukan dan pangkat, miskan mahupun kaya. Anda perlu depan merancang untuk masa lebih cerah dan bahagia.

Bagaimana anda ingin merancang kewangan anda?

Berjumpalah dengan PERUNDING kewangan yang anda percayai dan cuba dapatkan maklumat tentang perancangan kewangan. Anda juga boleh menghubungi saya melalui telefon mahupun e-mail.

sekian.

Tuesday, May 25, 2010

Wang Saku

Dewasa ini, Sindrom (GSHBBH) Gaji Sudah Habis Bulan Belum Habis semakin menjadi-jadi pada setiap insan. Hal ini berlaku tidak lain disebabkan oleh desakan hidup yang semakin mencabar oleh pelbagai godaan hidup yang penuh dengan rintangan.

Nafsu-nafsi yang yang sukar untuk dikawal menjadi faktor utama sindrom ini mudah menular dalam diri setiap insan. Maka sebab itulah, betapa pentingnya perancangan kewangan bagi setiap insan sama ada sebagai pelajar, suri rumah, mahupun yang berkerja.

Add Image
Sikap mengambil kisah dalam perancangan kewangan perlu diserapkan dalam diri. Ini bermula dengan wang saku. Apa yang dimaksudkan wang saku? wang saku merupakan wang yang berada dalam kocek ataupun dompet seeorang. Kenapa perlu bermula dangan wang saku?

Jawapannya nanti disambung.....







Ceramah Wang Saku di SMK Merotai Besar, Tawau.