Wednesday, May 13, 2009

Melabur dalam dana Public Mutual (Unit Amanah Islam)



Megapa di Public Mutual?

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 68 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 42,500 perunding unit amanah. Pada 30 April 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM26.4 bilion.

Bagi pelabur yang berminat untuk melabur dalam pelaburan Unit Amanah Public Mutual, ada dua jenis pelaburan yang dibenarkan. Sebelum itu, Pelaburan ini bukan skim cepat kaya. So, pelaburan ini sesuai untuk jangka masa sederhana dan panjang iaitu 3 hingga 30 tahun. Terpulang dengan matlamat pelaburan anda.

Pelaburan ini sangat mudah, terdapat dua kaedah melabur dalam pelaburan ini.

Pertama, melalaui pelaburan tunai (cash investment). Iaitu minimum pelaburan adalah RM1000 sahaja, dan penambahan pelaburan dalam setahun sekurang-kurangnya RM100. Di mana, Public Mutual ada pelbagai dana yang boleh memenuhi keperluan matlamat pelaburan anda. Melalui kaedah ini, anda boleh melabur dalam jumlah yang besar (lump sum) dan membiarkan dalam bebebarapa tahun. Misalnya, anda melabur sebanyak RM10,000 dalam masa 20 tahun. Katakan pulangan setahun pelaburan anda 15% (berdasarkan pulangan Dana Public ITTIKAL), bermakna pulangan anda selepas 20 tahun adalah RM 163 665.00. Selain itu, anda juga boleh membuat pelaburan berkala (regular investment) seperti fixed deposit. Maksudnya anda boleh menyimpan pada setiap bulan (minimun RM100). Misalnya, anda melabur RM100 setiap bulan selama 20 tahun dengan kadar pulangan 15% (berdasarkan purata pulangan dana Public ITTIKAL). Maka selepas 20 tahun anda akan mendapat pulangan sebanyak RM151 595.00. Oleh yang demikian anda boleh merancang demi keperluan anda.

Kedua adalah melalui pelaburan dana KWSP. Di mana anda boleh membuat pelaburan dana KWSP anda dalam akaun 1 sebanyak 20% berdasarkan bagi asas simpanan anda. Untuk makluman, purata pulangan pelaburan dalam KWSP hanya 6% sahaja berbanding kadar purata pulangan dalam Public Mutual adalah 10% lebih. Ini bermakna anda boleh optimumkan pulangan dana KWSP anda dalam pelaburan ini berbanding anda biarkan KWSP yang melabur dana anda. Bertindak bijaklah..

Oleh yang demikian, Public Mutual dapat meracang keperluan kewangan anda untuk masa depan tanpa liabiliti. Elakan diri kita terjebak dengan masalah kewangan yang boleh mengakibatkan anda diiktiraf muflis kelak mahupun perpecahan keluarga. Tanpa perancangan yang sistematik mungkin anda akan terjebak dengan sindrom GHBBH (Gaji Habis, Bulan Belum Habis).

Lantiklah perunding kewangan anda segera untuk menganalisis semula kekangan kewangan anda dan berjumpalah perunding Unit Amanah anda segera.

Sekian.

Thursday, April 16, 2009

Public Mutual umum agihan dana

KUALA LUMPUR 31 Mac - Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen untuk Public Dana Aggressive Growth (PDAG) dan 3.50 sen bagi Public Dana Regular Savings (PDRS) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2009.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini berkata, beliau gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan itu di sebalik keadaan pasaran yang mencabar.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar Malaysia itu mengurus sebanyak 67 dana.

Harga Saham Terus Rancak

Kebimbangan orang ramai terhadap perkembangan ekonomi negara khususnya kepada pelabur kini boleh menarik lafas lega berikutan sejak akhir-akhir ini, pergerakan saham sudah menunjukan peningkatan yang agak menarik. Hal ini disebabkan beberapa ransangan ekonomi dan peranan BNM dalam menggawal ekonomi negara agar sentiasa stabil.
Namun, bagi pelabur yang bijak terutamanya mereka yang melabur dalam unit Amanah saham, turun naik harga pasaran saham adalah suatu perkara yang normal. Malah, penurunan harga pasaran juga merupakan peluang kepada pelabur agar dapat membeli unit saham pada harga yang lebih murah. Ini membolehkan pelabur mendapat keuntungan belipat kali ganda bagi pelaburan jangka masa sederhana dan jangka panjang.


Berikut merupakan berita dipetik daripada Berita Harian pada 17 april 2009



Pergerakan cergas ketepikan penurunan data pengeluaran awal

HARGA saham di Bursa Malaysia meneruskan pergerakan rancak untuk enam hari berturut-turut, sekali gus mengetepikan penurunan data pengeluaran yang dikeluarkan awal semalam, kata peniaga. Belian yang berterusan untuk saham Tenaga dan Bumiputra-Commerce menolak naik Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 4.6 mata atau 0.481 peratus kepada 961.28 pada penutup.

IK yang dibuka 6.21 mata lebih tinggi pada 962.89, bergerak antara 953.63 dan 969.93.

Indeks Kewangan melonjak 76.07 mata kepada 7,365.43, Indeks Perindustrian susut 8.71 mata kepada 2,224.91 dan Indeks Perladangan merosot 34.92 mata kepada 4,924.41.

Indeks FBMEmas menambah 24.45 mata kepada 6,334.34, Indeks FBM30 lebih tinggi 47.53 mata kepada 6,135.85, Indeks FBM2BRD pula 20.23 mata lebih rendah pada 4,108.95 sementara FBM-MDQ mengukuh 30.15 mata kepada 3,387.67.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 405 berbalas 310 sementara 166 kaunter tidak berubah, 363 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung. Jumlah dagangan pula lebih tinggi kepada 1.963 bilion saham bernilai RM1.463 bilion daripada 1.656 bilion saham bernilai RM1.394 bilion. MIMB Investment Bank, dalam nota penyelidikannya berkata dengan jumlah dagangan melepasi satu bilion saham, kerancakan KLCI sudah pastinya akan terus mempertahankan momentum teknikal menaik dalam tempoh terdekat. Dari segi asas, pelabur mungkin akan menantikan pengumuman dari Amerika Syarikat - keputusan kewangan korporat dan angka ekonomi utama akan dikeluarkan sebelum hujung minggu.

Ini akan menjadi petunjuk kepada arah tuju ekonomi dalam masa terdekat, katanya.

Antara saham aktif, KNM merosot dua sen kepada 53 sen, Axiata Group-OR menambah 1.5 sen kepada 57.5 sen, Iris Corporation dan waran-waran TA Enterprise, masing-masing naik setengah sen kepada 13 sen dan dua sen.

Saham utama, Petronas Dagangan dan Tenaga Nasional, masing-masing menokok 40 sen kepada RM8 dan RM6.90, sementara British American Tobacco dan Nestle (Malaysia) menambah 25 sen, masing-masing kepada RM46 dan RM29.50. Di kalangan saham berwajaran berat, Sime Darby turun 10 sen kepada RM6.35, Maybank meningkat enam sen kepada RM4.38, Bumiputra-Commerce meningkat 15 sen kepada RM7.85 sementara IOI Corporation lega empat sen kepada RM4.26. Jumlah dagangan di Papan Utama menokok kepada 1.615 bilion saham bernilai RM1.412 bilion berbanding penutup Rabu 1.464 bilion unit bernilai RM1.353 bilion. Jumlah dagangan di Papan Kedua lebih tinggi kepada 102.807 juta saham bernilai RM16.693 juta daripada 79.182 juta unit bernilai RM23.314 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menambah kepada 194.657 juta saham bernilai RM22.8 juta daripada penutup 81.769 juta unit bernilai RM11.129 juta semalam. Waran menambah kepada 33.025 juta unit bernilai RM4.649 juta daripada 19.925 juta saham bernilai RM2.901 juta sebelumnya.
Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 53.765 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 422.073 juta, pembinaan 101.508 juta, urus niaga/perkhidmatan 530.382 juta, teknologi 28.439 juta, infrastruktur 24.965 juta, kewangan 153.82 juta, perhotelan 32.996 juta, hartanah 240.761 juta, perladangan 24.488 juta, perlombongan 45,000, REITs 1.486 juta dan dana tertutup 136,700. - Bernama

Sekian.

Monday, March 16, 2009

KWSP: Dividen hanya 4.5%

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)mengisytiharkan dividen 4.5 peratus bagi 2008, lebih rendah berbanding 5.8 peratus pada 2007.

Kadar dividen rendah itu adalah disebabkan peningkatan peruntukan rosot nilai pelaburan kesan penurunan mendadak harga pasaran ekuiti global yang tercetus akibat daripada krisis kewangan dunia.

Di sebalik krisis kewangan itu, KWSP mencatatkan pendapatan kasar tertinggi pernah dicapai sebanyak RM20 bilion dalam pendapatan kasar bagi 2008, peningkatan 9.36 peratus berbanding RM18.29 bilion pada tahun sebelumnya.


Pendapatan bersih bagi tahun itu ialah sebanyak RM14.26 bilion selepas ditolak peruntukan rosot nilai ekuiti dan hutang ragu, bayaran dividen untuk pengeluaran, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan bayaran manfaat kematian serta hilang upaya.

Oleh yang demikian, Apa pun alasan yang diberikan oleh KWSP, pulangan yang diberikan pada setiap tahun sememangnya sangat mengecewakan. Pulangan ini hanya merugikan para pelabur yang mana akibat daripada kesan Inflasi pada tahun lalu yang meningkat secara mendadak sehingga ke paras tertinggi 8.4 %. Ini menunjukan para pelabur akan mengalami kerugian akibat daiprada kesan inflasi yang mana kerugian ini ditanggung oleh pelabur sendiri adalah sebanyak 3.9 % (8.4% - 4.5%).
Berikut merupakan pembahagian dividen KWSP selama 10 tahun:
1998: 6.7 %
1999: 6.8 %
2000: 6.0 %
2001: 5.0 %
2002: 4.25 %
2003: 4.5 %
2004: 4.75 %
2005: 5.0 %
2006 : 5.15 %
2007 : 5.8 %
2008 : 4.5 %
Apa yang anda boleh simpulkan? Purata pulangan KWSP hanyalah 6 % setahun. Katakanlah anda mempunyai nilai pelaburan KWSP sebanyak RM 10, 000 dalam tempoh 20 tahun. Pulangan yang anda kecapi adalah ( RM10,000(1.06)^20= RM 46,435) sedangkan kadar Inflasi yang tinggi ketika ini sebenarnya mengurangkan nilai wang anda tadi. Purata Inflasi ketika ini 8%. Ini bermakna nilai RM10,000 selepas 20 tahun adalah RM 59,295. Oleh itu, anda sebenarnya mengalami kerugian sebanyak RM12, 860 tanpa anda sedari sekiranya anda masih membiarkan KWSP yang membuat pelaburan anda. Sedangkan anda mempunyai pilihan untuk mengeluarkan sebahagian wang KWSP anda dalam akaun 1 untuk pelaburan melalui unit Amanah.
Oleh yang demikian, optimumkan tabung KWSP anda dengan Pelaburan melalui unit Amanah Saham (Public Mutual Berhad) yang dapat memberikan pulangan berlipat kali ganda malah lebih tinggi daripada pemberian dividen KWSP. Tahu kah anda? bahawa anda boleh melabur 20% daripada baki yang melebihi simpanan asas yang diperlukan dalam akaun 1 untuk pelaburan dalam unit Amanah.
Pulangan peleburan melalui Public Mutual ini telah terbukti apabila hampir semua pulangan dana pelaburan KWSP mencecah 200% dalam masa 10 tahun. Ini bermakna, purata pulangan setahun adalah dalam lingkugan 20% lebih tinggi darpada pulangan yang diberikan oleh KSWP.
Bertindaklah segera untuk tabung KWSP anda, hubungi Perunding Unit Amanah anda untuk maklumat lanjut.
Sekian.

.......................................................................................................................................................

Nasruddin Bin Abdullah.
Perunding Unit Amanah
Public Mutual Berhad.

Wednesday, March 11, 2009

Tiada jualan panik dalam industri saham amanah - FMUTM

KUALA LUMPUR 11 Mac - Industri saham amanah tempatan masih belum berdepan dengan tindakan jualan panik oleh para pelabur meskipun persekitaran ekonomi negara termasuk global dilihat semakin sukar.
Presiden Persekutuan Presiden Persekutuan Pengurus Saham Amanah Malaysia (FMUTM), Tunku Datuk Ya'acob Abdullah berkata, sehingga kini kadar penebusan saham amanah tempatan masih berada di paras normal.
''Sehingga bulan Mac ini, kadar penebusan saham amanah tempatan masih berada pada paras biasa iaitu sekitar dua peratus setiap bulan,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis penganugerahan Dana Morningstar, di sini hari ini.
Menurutnya, ini dapat dilihat daripada jualan bersih saham amanah bagi tempoh 10 bulan tahun lalu adalah sekitar RM18 bilion.
''Meskipun perangkaan terbaru bagi keputusan keseluruhan untuk tahun lalu belum lagi diumumkan lagi tetapi saya yakin angka tersebut tidak berubah banyak,'' jelasnya. Selain itu, Ya'acob optimis terhadap masa depan industri saham amanah tempatan pada tahun ini meskipun indeks komposit di Bursa Malaysia stabil pada paras 850 mata.
Namun, beliau mengakui bahawa nilai aset bersih (NAB) saham amanah dijangka mengalami penurunan pada tahun ini, tetapi memberi jaminan ia tidak menurun pada kadar yang membimbangkan. Katanya, pada akhir tahun 2008, NAB menurun sebanyak 20 peratus atau bernilai RM34 bilion kepada RM169 bilion berbanding RM43 bilion pada tahun 2001. ''Penurunan ini tidaklah ketara sebagaimana yang yang telah berlaku terhadap industri komoditi dan pasaran saham tempatan,'' terangnya.
Sementara itu, tujuh saham amanah terpilih untuk memenangi Anugerah Dana Morningstar 2008 yang mana bagi kategori ekuiti dimenangi oleh ASM Dana Al-Aiman, Pacific Dividen Fund dan AUTB Progress Fund.
Bagi kategori pendapatan tetap pula, empat unit saham telah dipilih iaitu MAAKL Bond Fund, Public Islamic Bond Fund, RHB Mudharabah Fund dan Pacific Income Fund.
Sekian.

Perkembangan PCIF

Tempoh kewangan bawah kajian meliputi tempoh dari permulaannya pada 10 Disember 2007 (yakni hari terakhir tempoh tawaran awal) hingga 30 November 2008. Dalam tempoh kewangan bawah kajian, pasaran ekuiti China yang diukur oleh Penanda Aras Public Dana China Ittikal (PCIF atau Dana) jatuh sebanyak 47.72%.
Kebimbangan mengenai ekonomi A.S. yang lembap menyebabkan pasaran serantau menjejak semula menjelang akhir 2007. Pasaran serantau lega lagi pada suku 1 2008 berikutan jualan turun dalam pasaran global dan serantau akibat kebimbangan berterusan mengenai isugadaian sub-prima di A.S. Saham China “H” yang disenaraikan di Hong Kong juga jatuh disebabkan kebimbangan mengenai inflasi yang semakin meningkat di China.
Walau bagaimanapun, langkah Rizab Persekutuan A.S. menyuntik kecairan ke dalam pasaran kredit membantu memulihkan pasaran serantau sedikit sebelum berundur disebabkan kebimbangan terhadap inflasi yang meningkat pada suku 2 2008. Walaupun terdapat kemerosotan dalam harga tenaga pada suku 3 2008, pasaran serantau terus menjejak semula menjelang akhir tempoh kewangan bawah kajian disebabkan kesan buruk krisis sub-prima A.S. terhadap institusi kewangan global.
PCIF mencatatkan pulangan sebanyak -43.24% pada purata pendedahan ekuiti patuh Syariah sebanyak 82.63% dan mencatatkan prestasi yang lebih baik daripada pulangan Penanda Aras sebanyak -47.72% untuk tempoh bawah kajian. Portfolio ekuiti patuh Syariah Dana mencatatkan pulangan sebanyak -50.95% manakala portfolio sukuk dan pasaran wang Islam masing-masing meningkat sebanyak +0.12% dan +3.40% dalam tempoh kewangan bawah kajian.
Analisis penyebab prestasi terperinci disediakan di bahagian-bahagian berikutnya. Sejak permulaan Dana pada 10 Disember 2007 hingga 30 November 2008, Dana mencatatkan pulangan sebanyak -43.24% yang lebih baik daripada pulangan Penanda Aras sebanyak -47.72% dalam tempoh yang sama. Sejak pelancarannya, Dana mula mengukuhkan portfolio pelaburan patuh Syariah di rantau Tanah Besar China dan pasaran tempatan. Oleh demikian, Pengurus berpendapat bahawa Dana ini berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai objektifnya untuk menyediakan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam portfolio patuh Syariah di rantau Tanah Besar China dan bakinya di pasaran tempatan
Rujukan: Annual Report PCIF 30/11/2008

Bajet Mini: Peruntukan turut dimanfaat pasaran saham

PENGANALISIS bersependapat pakej rangsangan fiskal kedua bernilai RM60 juta yang dibentangkan kerajaan akan memberi manfaat kepada pasaran saham negara. Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata walaupun pada umumnya pakej itu disasarkan untuk menjana pekerjaan dan lebih kepada membantu rakyat, namun intipatinya jelas amat menyeluruh.
"Sebenarnya, setiap sudut tidak terlepas daripada menerima manfaat dan dari segi pasaran ekuiti, ia boleh dianggap antara terbaik kerana tidak banyak projek mega tetapi menumpukan kepada projek kecil. "Pelaksanaan projek kecil adalah lebih berkesan ketika kegawatan ekonomi dan pakej itu turut menggariskan dengan jelas penyaluran dana untuk tempoh dua tahun akan datang," katanya ketika dihubungi semalam.
Nazarry berkata, langkah Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengurangkan masa-ke-pasaran juga diyakini dapat membantu syarikat menjana modal lebih cekap dan kos-efektif, sekali gus dapat menarik lebih banyak syarikat disenaraikan. Ketua Penganalisis Mayban Investment Bank (Maybank-IB), Vincent Khoo pula berkata, antara sektor yang mendapat manfaat langsung daripada pakej itu adalah sektor perbankan
Rujukan: