Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk enam daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2009 adalah seperti berikut:
Dana Pengagihan Kasar / Unit Public Dana Growth 4.00 sen Public Dana Islamic Opportunities 2.00 sen Public Dana Islamic Select Enterprises 1.25 sen Public Dana Bond 5.00 sen Public Dana Islamic Select Bond 3.50 sen Public Dana Islamic Income 2.50 sen
Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 20 Julai 2009, Public Dana Growth dan Public Dana Islamic Opportunities telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 40.11% dan 45.01% masing-masing untuk tempoh berakhir 10 Julai 2009. Bagi dana-danabon pula,Public Dana Bond menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 15.56% sementara Public Dana Islamic Select Bond yang dilancarkan pada tahun 2007 telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 6.59%. Dana-dana ini telah mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya bagi tempoh masing-masing. Sementara itu, Public Dana Islamic Select Enterprises dan Public Dana Islamic Income yang dilancarkan pada tahun lepas telah menghasilkan pulangan enam bulan sebanyak 16.08% dan 4.45% masing-masing untuk tempoh berakhir 10 Julai 2009. Kedua-dua dana tersebut terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 70 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000 perunding unit amanah. Pada 30 Jun 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM30.6 bilion.
Hari ini aku ada berjumpa dengan seorang pemuda yang umur awal 30-an yang bekerja sebagai seorang guru dan masih lagi bujang. Dia merupakan senior saya di SMK Elopura dahulu. Ketika itu, saya sedang duduk makan di Restoran asam pedas yang juga tempat di mana saya sering stay bersama-sama teman-teman lama. Saya meminati restoran ini kerana kemudahan wifi yang disediakan di samping bersebelahan dengan Masjid, malah masakannya juga boleh lah tahan di tambah dengan layanan para pekerjanya juga mesra pelanggan. Maka, tidak hairanlah Restoran ini sering menjadi tempat kunjungan orang ramai. Berbalik pada cerita asal, saya secara kebetulan telah menegur pemuda tersebut. Sembang punya sembang kami pun masing-masing bertanya asal usul termasuklah zaman persekolahan. Rupa-rupanya pemuda tersebut adalah senior saya. Dalam perbualan kosong bersama pemuda tersebut, kami pun bercerita tentang kerjaya masing-masing. Maka saya pun pasti tidak akan melepaskan untuk menerang serba sedikit tentang simpanan dalam Public Mutual untuk masa hadapan. Ternyata pemuda ini juga berminat untuk tahu bentuk simpanan ini. Saya cukup kagum dengan pemuda ini kerana beliau merupakan seorang yang teliti dalam bentuk simpanan dan pinjaman. Soalan yang pertama ditujukan pasa saya;
Pemuda : Dari sudut halal haram, Public Mutual halal ke?
Dan saya pun menerangkan : Dana Public Mutual, terbahagi kepada dua iaitu conventional dan Islamic. Maka dana Islamic sudah tentu menetapi syariah Islam seperti mana yang digariskan oleh agama.
Pemuda : Saya bukan apa, ramai masyrakat kini ini, Nampak ja pulangan lumayan terus boleh melupakan akan tuntutan agama tentang larangan dalam riba. Demi duit?? Mata terus kabur bah. Ini lah orang kita zaman sekarang.
Macam tu lah lebh kurang diolaog yang ingin saya kongsi bersama. Ketika balik lebih kurang jam 11.00 malam, saya berfikir sejanak kata-kata pemuda tadi. Cuba anda Tanya diri anda, selama ini pinjaman kereta, rumah, peribadi, simpanan anda di mana? Kalau system conventional memang jelas nyata TETAP HARAM di sisi Islam sama lah dosanya seperti minum arak dan berjudi. Namun, masyarakat kita masih tidak sedar akan dosanya memakan riba. Satu hadis yang maknanya mengatakan bahawa mereka yang terlibat dalam memberi, menerima dan menjadi saksi kepada transaksi riba adalah berdosa.
Maka, diruangan ini, marilah kita merenung sekali lagi.. sejauh mana kita tidak terjebak dengan riba? Mungkin kalau lah bentuk simpanan kita selama ini berbentuk conventional maka keluarkanlah dan simpanlah di tempat yang mematuhi prinsip syariah Islam. Jangan kita bermudah-mudah dalam hal kewangan yan kita yang secara sedar atau tidak kita mudah terjebak dengan riba.
Kemudian, pemuda tadi pun setalah mengetahui akan hukum serta pulangan dan risiko dalam simpanan Public Mutual ini cukup yakin dan bersetuju untuk melabur demi masa hadapannya. Terima Kasih pemuda atas kepercayaan anda.
PUBLIC Bank Bhd mencatat keuntungan bersih RM1.2 bilion bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2009 berbanding RM1.3 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Dalam tempoh kajian, bank ketiga terbesar tempatan berdasarkan aset itu, merekodkan pendapatan sebanyak RM4.78 bilion berbanding RM5.15 bilion sebelumnya. Pengerusinya, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata keuntungan bersih itu diraih selepas mengambil kira pembayaran sagu hati berjumlah RM200 juta susulan jalinan perikatan strategi dengan ING Asia-Pacific Ltd Januari lalu bagi tujuan pengedaran produk bancassurance di rantau ini. Katanya, tidak termasuk pembayaran sagu hati berkenaan, keuntungan operasi bersih kumpulan mengukuh sebanyak tiga peratus berbanding tempoh sama 2008. "Ia dicapai walaupun berdepan persekitaran operasi mencabar dan kesan negatif ke atas margin faedah bersih akibat pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) antara November 2008 dan Februari 2009 berjumlah 1.5 peratus," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek pada taklimat media keputusan kewangan kumpulan perbankan itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Operasinya, Leong Kwok Nyem. Bagi suku kewangan kedua berakhir 30 Jun 2009, keuntungan bersih Public Bank meningkat kepada RM610.74 juta daripada RM593.54 juta sebelumnya, manakala pendapatan susut sedikit kepada RM2.35 bilion daripada RM2.52 bilion. Tay berkata, jumlah pinjaman kasar kumpulan meningkat 7.2 peratus pada separuh pertama tahun ini, manakala kualiti aset pula kekal kukuh dengan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) bersih berada di bawah paras satu peratus. Beliau berkata, buat kali pertama jumlah aset kumpulan melepasi paras RM200 bilion, iaitu RM204 bilion setakat akhir Jun 2009. Jumlah pinjaman dan pendahuluan pula, mengukuh RM8.7 bilion atau 7.2 peratus kepada RM129.4 bilion, mengatasi dengan ketara industri perbankan iaitu 1.2 peratus bagi tempoh lima bulan pertama 2009. "Pinjaman bagi pembiayaan kediaman, kenderaan penumpang dan perniagaan kecil dan sederhana, menyumbang 77 peratus daripada jumlah pinjaman RM129.4 bilion setakat akhir Jun. "Deposit pengguna menambah 11.5 peratus dalam enam bulan pertama 2009 kepada RM125.3 bilion berbanding industri perbankan iaitu 2.9 peratus dalam tempoh lima bulan pertama 2009," katanya. Sementara itu, Tay berkata, kumpulan menjangka dapat mencapai sasaran pertumbuhan pinjaman 14 hingga 15 peratus bagi 2009. Katanya, pertumbuhan pinjaman itu dijangka disokong oleh permintaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peningkatan dalam pinjaman perumahan. "Kami menjangka dapat mencapai sasaran ini berdasarkan kepada prestasi separuh pertama," katanya. Mengenai prospek masa depan, beliau berkata meskipun ekonomi yang perlahan, industri perbankan di Malaysia terus berdaya tahan, disokong oleh permodalannya yang kukuh, kualiti aset stabil dan amalan pengurusan risiko bertambah baik. Justeru itu, kumpulan meneruskan strategi pertumbuhan perniagaan organik yang kukuh serta mengekalkan portfolio pinjaman berkualiti tinggi dan menambah baik produktiviti, katanya. "Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, kumpulan menjangka terus mencatatkan prestasi memuaskan bagi baki tempoh selebihnya 2009," katanya.
P/s: Sebagai Perunding Unit Amanah di Public Mutual Berhad, saya amat merasa bangga dan menjadi sebahagian ahli family Public Bank. Tahniah atas kejayaan Public Bank Berhad, sekaligus memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur di luar sana. Teruskan kejayaan untuk kebaikan bersama.
We are pleased to inform that we will be declaring a Final Gross Distribution of 2.50 sen per unit to unitholders of Public Islamic Money Market Fund, who remain in the Register as at 30 June 2009. Kindly take note of the following: (i) The net distribution and tax credit per unit for the final distribution will only be determined once our auditors, Ernst & Young, have finalised the accounts. Unitholders will be notified of the net final distribution and tax credit through the Tax Voucher. (ii) For unitholders who opt for distribution reinvestment, the final distribution will be reinvested at NAV per unit, computed at the close of the first business day following the distribution date. No service charge will be imposed on distribution reinvestment. (iii) The Tax Voucher (including the distribution cheque), Annual Statement and Annual Report will be despatched to unitholders by 31 August 2009. Regards, TPF/YKY/mi cc : Chief Executive Officer All Departmental
Sebagai ibu tunggal, anda mempunyai beban kewangan yang sama seperti orang lain - cuma anda tidak mempunyai pasangan untuk berkongsi bebanan tersebut. Disebabkan anda terpaksa menyara keluarga dan diri sendiri secara berseorangan, amat penting bagi anda membuat keputusan kewangan yang bijak. Dengan mengguna pakai beberapa petua yang di diberikan di sini, anda akan lebih yakin dalam menangani masa depan kewangan keluarga anda.
Belanjawan
Setiap orang, tidak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin, perlu merancang belanjawan bagi pengurusan pendapatan yang lebih baik lagi. Walau bagaimanapun, sekiranya anda seorang ibu tunggal, keperluan merancang belanjawan adalah lebih besar lagi kerana pendapatan anda seorang perlu disalurkan kepada pelbagai perbelanjaan. Oleh itu, lebih penting anda bersikap teliti dalam membelanjakan pendapatan. Ibu tunggal perlu mempunyai perancangan belanjawan seisi rumah dan berdisiplin dalam mematuhi belanjawan tersebut.
Buat Perancangan Tabungan dan Mula Melabur
Apabila membuat belanjawan isi rumah, jangan lupa untuk menyediakan peruntukan setiap bulan untuk perancangan tabungan. Perancangan ini ada kala dipanggil sebagai "membayar diri sendiri dahulu", iaitu memasukkan sejumlah wang untuk diri sendiri dalam senarai perbelanjaan bulanan. Tabungan ini perlu dimasukkan dalam bentuk pelaburan yang kurang risiko kerana, sebagai ibu tunggal, anda tidak boleh mengambil terlalu banyak risiko kerana andalah sahaja yang menyara keluarga.
Tingkatkan Celik Kewangan
Kesilapan terbesar yang mungkin dilakukan oleh wanita ialah jahil mengenai perkara-perkara yang membabitkan perancangan kewangan. Didiklah diri sendiri dengan menghadiri seminar dan bengkel termasuk yang membincangkan mengenai bijak melabur dan merancang kewangan. Ini untuk memastikan supaya anda berada di landasan yang betul ketika membuat keputusan kewangan yang berdasarkan maklumat.
Sediakan Simpanan Darurat
Sebagai ibu tunggal, lebih penting kini bagi anda mempunyai persediaan "darurat", iaitu simpanan yang cukup untuk perbelanjaan hidup selama beberapa bulan. Sesetengah pakar kewangan mencadangkan supaya, selain tabungan sedia ada, sediakan juga simpanan yang cukup untuk perbelanjaan hidup selama sekurang-kurangnya tiga bulan bagi persediaan sekiranya berlaku sesuatu, umpamanya, anda kehilangan pekerjaan. Laburkan wang ini dalam pelaburan yang kurang berisiko atau unit amanah yang boleh anda tunaikan dengan mudah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Persediaan darurat lain yang juga penting ialah insurans, terutama insurans kesihatan dan kehilangan upaya. Dan sekiranya anda sumber utama yang menyara pendidikan anak-anak, anda perlu memastikan supaya insurans yang diambil mencukupi untuk membiayai pendidikan anak-anak.
Mulakan Perancangan Persaraan
Akan sampai masanya ibu tunggal pun mesti bersara. Oleh itu, penting bagi anda memulakan perancangan persaraan tanpa mengira berapa usia anda sekarang. Wanita patut mengambil kira jangka hayat mereka ketika membuat perancangan persaraan memandangkan ada statistik yang menyatakan bahawa wanita mempunyai jangka hayat lebih panjang daripada lelaki. Yang paling baik dilakukan ialah mulalah menabung dan melaburkan wang dengan bersungguh-sungguh mulai sekarang
Anak dan Wang
Didik anak anda mengenai wang, iaitu bagaimana wang boleh menaikkan semangat orang, bagaimana wang memerlukan kita membuat pilihan, dan bagaimana wang boleh menghalakan kita ke jalan yang salah jika kita tidak berhati-hati mengendalikannya. Anak-anak kepada ibu tunggal selalu mempunyai perasaan takut memikirkan apa akan jadi kepada mereka sekiranya ibu mereka sudah tiada lagi. Terangkan kepada anak anda mengenai perancangan kewangan anda, pelaburan anda dalam unit amanah, insurans, harta atau wasiat. Semua maklumat ini boleh memberi keyakinan kerana dapat mendidik anak-anak anda tentang betapa pentingnya membuat perancangan kewangan untuk masa depan.
Kesimpulannya, sebagai ibu tunggal, anda perlu mempunyai perancangan kewangan supaya anda dan anak-anak anda mempunyai masa depan yang lebih baik. Jika anda belum lagi mempunyai perancangan kewangan, sekaranglah masanya untuk mula membuat perancangan. Mulakan sekarang! Jangan berlengah lagi demi kepentingan mereka yang tersayang!
untuk Sebarang nasihat dan pandangan, hubungi 013-8291013
Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan Unit trust beroperasi dan apa strategic yang patut untuk keuntungan yang maksima. Strategik yang utama dan paling popular dikalangan para pelabur ialah – Beli semasa harga murah dan Jual pada harga Mahal. Walaupun dari tahun ketahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategic ini patut digunakan dalam membuat keputusan pelaburan. Persoalannya sekarang, bila masa pula harga unit amanah ini murah? Jawapannya, pertama unit amanah akan murah pada harga permulaan (yang baru launching iaitu pada kadar RM 0.25 seunit). Kedua, bila mana berlaku masalah kegawatan ekonomi serantau. Masalah ini berlaku di pada kebiasaannya di Malaysia pada anggaran setiap 10 tahun. Bermakna, Di Malaysia pernah berlaku pada sekitar tahun 1990, kemudian 1998 dan kini 2008. Pada masa tersebut, harga seunti unit amanah akan jatuh pada kadar yang terendah malah boleh jatuh pada harga launching (RM0.25). Oleh yang demikian, bila mana berlaku keadaan ini, para pelabur seharusnya mengambil peluang untuk membeli sebanyak mana unit amanah berdasarkan kemampuan untuk mendapat unit yang lebih. Saya mengambil contoh: Membeli semasa harga Murah Melabur RM 100,000 pada 20 Jan 2009 ke dalam dana Public China Ittikal Fund(PCIF) dengan matlamat mencapai keutungan pada jangka masa yang singkat. Pengiraan: Jumlah duit yang dilaburkan: RM 100,000.00 Harga jualan seunit: RM 0.1406 Profail dana : Agresif Service Charge : 5.5% Jumlah pegangan unit : RM 100,000 – (5.5% X RM 100,000) / RM 0.1406 = 672,119.49 unit.
Jual Pada harga semasa mahal
Harga Unit saham pada 12 Jun 2009: RM 0.1896 Nilai pelaburan sekarang: 672,119.49 X RM 0.1896 = RM 127, 433.86 Jumlah keuntugan(profit): RM 27,433.86 Tempoh : 6 bulan Peratusan keuntugan (%): 27.43% Pengiraan di atas adalah merujuk kepada harga yang sebanar pada tarikh tersebut. Ini bermakana anda boleh mendapat pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Berdanding pelaburan ASB, ASN, ASW dan sebagainya yang hanya memberi pulangan purata dalam6- 9% SETAHUN. Dalam Public Mutual anda sudah boleh mendapat keuntugan 27.43 % hanya dalam masa 6 bulan sahaja walaupun ekonomi yang merundum pada ketika ini. Oleh yang demikian, ini menunjukan bahawa strategic Beli semasa harga murah dan jual pada harga mahal adalah sangat berkesan untuk pelaburan jangka masa singkat, sederhana dan panjang. Maka itu, pada masa kini, harga seuit saham adalah adalah sangat murah, gunakan lah peluang ini untuk memenuhi matlamat pelaburan anda. Untuk maklumat selanjutnya atau sebarang nasihat mengenai strategic pelaburan anda hubungilah saya di talian 013-829 1013.
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk lima daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mei 2009 adalah seperti berikut:Public Dana Ittikal (6.00 sen) Public Dana Islamic Equity (1.75 sen) Public Dana Dividend Select (2.00 sen) Public Dana Balanced (5.00 sen) Public Dana Select Bond (2.50 sen)
Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata bahawa Public Mutual bersukahati kerana berupaya mengumumkan pengagihan untuk lima dana tersebut walaupun keadaan pasaran amat mencabar. “Sungguhpun keadaan pasaran mencabar, dana-dana kami berupaya menghasilkan prestasi yang lebih baik daripada tanda aras masing-masing dan mencapai pulangan tiga tahun setinggi dua digit kepada para pelabur kami,” kata beliau. Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Mei 2009, Public Dana Ittikal dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 16.87% dan 19.26% masing-masing untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009. Kedua-dua dana tersebut telah mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 7.92% bagi tempoh yang sama.Sementara itu, Public Dana Dividend Select telah menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 23.33% untuk tempoh berakhir 8 Mei 2009, iaitu satu pencapaian yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 6.30% bagi tempoh yang sama. Public Dana Balanced dan Public Dana Select Bond juga mencapai pulangan yang lebih baik daripada prestasi tanda aras masing-masing dengan menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 26.33% dan 13.85% masing-masing Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 69 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 43,000 perunding unit amanah. Pada 8 Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM27.4 bilion.
B.Finance Hons (UUM). Lahir di Kinabatangan dan membesarkan di Sandakan. Kini berkerja sebagai Unit Trust Consultant (Public Mutual).-Sandakan dan Tawau
1. Warganegara / Penduduk Tetap. 2. Berumur 18 tahun ke atas. 3. SPM (at least pangkat 3 / Kredit BM) 4. Full time / Part Time. 5. Graduate di alu-alukan.
Kerjaya dalam Perunding Unit Amanah
1. Stuktur insentif dan program faedah utk improve skill. 2. Potensi utk mendapatkan pendapatan yg tidak terhad 3. Waktu kerja yg fleksibel. 4. Pilihan yg luas utk peralatan perancangan dan penjualan profesional. 5. Insentif-insentif penjualan dan kempan utk menyokong penjual anda. 6. Subsidi utk kursus pensijilan Certificated Financial Planner(CFP) 7. Subsidi pinjaman kereta dan rumah. 8. Pelbagai subsidi utk merekrut dan subsidi utk pembagunan agensi. 9. dan banyak lagi.