Tuesday, April 5, 2011

Bentuk Simpanan yang berkesan

Dewasa ini, kesedaran terhadap individu akan pentingnya meyimpan semakin meluas sama ada diperingkat sekolah mahupun golongan dewasa yang sudah berkerja. Kesedaran ini lahir mungin daripada peranan pihak kerajaan, institusi kewangan, BNM, NGO, pihak sekolah dan sebagainya. Maka tidak hairanlah pada ketika ini pelbagai produk baru yang wujud berbentuk simpanan dan ia tumbuh bagikan cendawan. Hal ini disebabkan permintaan yang begitu tinggi.Sebagai contohnya ASB LOAN dan FD + UNIT AMANAH yang kini semakin hangat dipasaran.

Namun begitu, kesedaaran ini seharusnya perlu di tambahkan dengan ilmu pengatahuan tentang bentuk simpanan yang wajar setiap individu. Hal ini bagi memenuhi kehendak atau matlamat individu tersebut.

Oleh yang demikian, beberapa faktor perlu diambil kira sebelum anda membuat simpanan. antaranya faktor keuntungan yang diberikan, risiko, tempoh matang, dan kecairan. sekiranya anda hanya membuat simpanan sesuka hati anda,tidak mustahil matlamat anda tidak akan tercapai. Misalnya, sekiranya anda melabur dalam ASB LOAN dalam tempoh 20 tahun pada perjanjian awalnya, dan keaadaaan telah mendesak 2 tahun berikutnya anda sudah tidak berminat dengan keaadaaan ini, maka sudah tentu jumlah simpanan anda akan rugi.

Maka tidak hairanla hari ini, ada sesetengah pihak merasakan diri mereka tertipu kerana produk-produk sedemikian yang akhirnya tidak mendapatkan apa-apa pulangan. Bukan salah produk tersebut tetapi kesilapan terhadap pelabur yang tidak memahami bentuk produk tersebut.

Maka sebelum anda membuat sebarang simpanan atau pelaburan, anda perlu tahu akan ciri-ciri produk tersebut. Namun, di PUBLIC MUTUAL pelbagai dana yang sesuai untuk semua peringkat dan kehendak anda. hubungi PERUNDING UNIT AMANAH anda yang anda kenali atau berhubung terus dengan saya bagi maklumat lanjut.

sekian.

Friday, April 1, 2011

Public Mutual gondol 9 anugerah, jadi pemenang terbesar

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Anak Syarikat Public Bank Bhd., Public Mutual Bhd. (Public Mutual) hari ini berjaya merangkul anugerah 'Kumpulan Dana Keseluruhan Terbaik' dalam majlis Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper 2011.

Public Mutual juga dinobatkan sebagai pemenang terbesar pada majlis berkenaan dengan menggondol sembilan daripada 32 anugerah yang dipertandingkan.Pengerusinya, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini berkata, Public Mutual berjaya mengekalkan status dominan dengan mengekalkan rekod pemenang terbesar untuk lapan tahun berturut-turut dalam anugerah berkenaan.

Menurutnya, beliau berbangga dengan pencapaian yang cemerlang tersebut walaupun berhadapan dengan pasaran meruap pada tahun lalu.
''Anugerah ini merupakan bukti jitu dan komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai yang tinggi serta memenuhi keperluan pemegang-pemegang unit kami.
''Setakat ini, Public Mutual sudah menerima 169 anugerah dalam industri ini dan mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat," kata beliau.
Antara anugerah terbaik yang dimenangi Public Mutual adalah, Kumpulan Dana Keseluruhan, Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana, Ekuiti Asia Pasifik, Ekuiti Asia Pasifik tidak termasuk Jepun dan Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana.

Selain itu Public Mutual turut memenangi anugerah terbaik bagi kategori Bon RM-Islam , Bon RM 10 tahun, Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana 10 tahun dan Ekuiti Malaysia - Islam 10 tahun.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan mengurus sebanyak 84 dana.

Syarikat itu juga mempunyai seramai lebih 2,380,000 pemegang akaun dan pada 31 Januari 2011 dengan jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan sebanyak RM40.93 bilion.