Thursday, April 16, 2009

Public Mutual umum agihan dana

KUALA LUMPUR 31 Mac - Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen untuk Public Dana Aggressive Growth (PDAG) dan 3.50 sen bagi Public Dana Regular Savings (PDRS) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2009.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini berkata, beliau gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan itu di sebalik keadaan pasaran yang mencabar.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar Malaysia itu mengurus sebanyak 67 dana.

Harga Saham Terus Rancak

Kebimbangan orang ramai terhadap perkembangan ekonomi negara khususnya kepada pelabur kini boleh menarik lafas lega berikutan sejak akhir-akhir ini, pergerakan saham sudah menunjukan peningkatan yang agak menarik. Hal ini disebabkan beberapa ransangan ekonomi dan peranan BNM dalam menggawal ekonomi negara agar sentiasa stabil.
Namun, bagi pelabur yang bijak terutamanya mereka yang melabur dalam unit Amanah saham, turun naik harga pasaran saham adalah suatu perkara yang normal. Malah, penurunan harga pasaran juga merupakan peluang kepada pelabur agar dapat membeli unit saham pada harga yang lebih murah. Ini membolehkan pelabur mendapat keuntungan belipat kali ganda bagi pelaburan jangka masa sederhana dan jangka panjang.


Berikut merupakan berita dipetik daripada Berita Harian pada 17 april 2009



Pergerakan cergas ketepikan penurunan data pengeluaran awal

HARGA saham di Bursa Malaysia meneruskan pergerakan rancak untuk enam hari berturut-turut, sekali gus mengetepikan penurunan data pengeluaran yang dikeluarkan awal semalam, kata peniaga. Belian yang berterusan untuk saham Tenaga dan Bumiputra-Commerce menolak naik Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 4.6 mata atau 0.481 peratus kepada 961.28 pada penutup.

IK yang dibuka 6.21 mata lebih tinggi pada 962.89, bergerak antara 953.63 dan 969.93.

Indeks Kewangan melonjak 76.07 mata kepada 7,365.43, Indeks Perindustrian susut 8.71 mata kepada 2,224.91 dan Indeks Perladangan merosot 34.92 mata kepada 4,924.41.

Indeks FBMEmas menambah 24.45 mata kepada 6,334.34, Indeks FBM30 lebih tinggi 47.53 mata kepada 6,135.85, Indeks FBM2BRD pula 20.23 mata lebih rendah pada 4,108.95 sementara FBM-MDQ mengukuh 30.15 mata kepada 3,387.67.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 405 berbalas 310 sementara 166 kaunter tidak berubah, 363 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung. Jumlah dagangan pula lebih tinggi kepada 1.963 bilion saham bernilai RM1.463 bilion daripada 1.656 bilion saham bernilai RM1.394 bilion. MIMB Investment Bank, dalam nota penyelidikannya berkata dengan jumlah dagangan melepasi satu bilion saham, kerancakan KLCI sudah pastinya akan terus mempertahankan momentum teknikal menaik dalam tempoh terdekat. Dari segi asas, pelabur mungkin akan menantikan pengumuman dari Amerika Syarikat - keputusan kewangan korporat dan angka ekonomi utama akan dikeluarkan sebelum hujung minggu.

Ini akan menjadi petunjuk kepada arah tuju ekonomi dalam masa terdekat, katanya.

Antara saham aktif, KNM merosot dua sen kepada 53 sen, Axiata Group-OR menambah 1.5 sen kepada 57.5 sen, Iris Corporation dan waran-waran TA Enterprise, masing-masing naik setengah sen kepada 13 sen dan dua sen.

Saham utama, Petronas Dagangan dan Tenaga Nasional, masing-masing menokok 40 sen kepada RM8 dan RM6.90, sementara British American Tobacco dan Nestle (Malaysia) menambah 25 sen, masing-masing kepada RM46 dan RM29.50. Di kalangan saham berwajaran berat, Sime Darby turun 10 sen kepada RM6.35, Maybank meningkat enam sen kepada RM4.38, Bumiputra-Commerce meningkat 15 sen kepada RM7.85 sementara IOI Corporation lega empat sen kepada RM4.26. Jumlah dagangan di Papan Utama menokok kepada 1.615 bilion saham bernilai RM1.412 bilion berbanding penutup Rabu 1.464 bilion unit bernilai RM1.353 bilion. Jumlah dagangan di Papan Kedua lebih tinggi kepada 102.807 juta saham bernilai RM16.693 juta daripada 79.182 juta unit bernilai RM23.314 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menambah kepada 194.657 juta saham bernilai RM22.8 juta daripada penutup 81.769 juta unit bernilai RM11.129 juta semalam. Waran menambah kepada 33.025 juta unit bernilai RM4.649 juta daripada 19.925 juta saham bernilai RM2.901 juta sebelumnya.
Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 53.765 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 422.073 juta, pembinaan 101.508 juta, urus niaga/perkhidmatan 530.382 juta, teknologi 28.439 juta, infrastruktur 24.965 juta, kewangan 153.82 juta, perhotelan 32.996 juta, hartanah 240.761 juta, perladangan 24.488 juta, perlombongan 45,000, REITs 1.486 juta dan dana tertutup 136,700. - Bernama

Sekian.